BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Monday, February 2, 2009

PERAK SUDAH JADI GANGSA

Bila kita berbicara soal pingat Perak warna yang tergambar pastinya silver, tapi di negeri Perak warnanya dan berubah jadi gangsa @ hitam.

Tidak kering otak dengan berita Mr. Nasaruddin Hashim melumpat parti, kita digempar kan lagi dengan kehangatan berita bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menyerahkan surat rasmi memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak hari ini.

Berita ini berikutan, semalam Sivakumar ckp beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Ironinya Jamaluddin menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri. Beliau yang juga exco kerajaan negeri turut mencabar kesahihan surat tersebut. (ui? kalau yang baca binggung aku lagi mengong)

Aisehmen? apa bah sudah jadi sama pemimpin negeri Perak ini, kecian bah rakyat2 di sana. kamurang sibuk saja mau pilihanraya, bila ko mau karaja ini. nanti muflis negeri kamu? becakar ja kamu mau pilihanraya. bertanding-tanding! ndak da org mau turun mengundi.

Nah? kamu undilah diri kamu sndiri.

3 comments:

Apai Ngelai said...

salam mawar,

Perak sekarang sudah kena tsunami katak.. Macam gelombang juga, sekejap ke kiri, kejap ke kanan... itukan perumpamaan tsunami!

Sekarang Nizar sudah membayangkan kedudukannya yang kian tergugat. Belum puas lagi nak guna Camry baru tu. Bau kedai keta baru pun masih melekat kat baju kalau duduk kat dalam tu. Ish, ish, ish.... sedih... waaaaa!

B-Thinker said...

hi mawar..tk ada yg luarbiasa di Negeri Perak.. kan kita suda berpengalaman dalam bentuk situasi semcm ni.. egat tk 1985..sejurus selepas Praya, Presiden PBS dan USNO masing2 minta di lantik as a chief Minister. then 1994..PBS tumbang ganti Kerajaan BN disebabkan YB melompat keluar parti la.. so Perak akan ada pertukaran Kerajaan pada masa terdekat dan sudah pasti Kerajaan BN akan terbentuk semula di Negeri Perak. Apa yang penting siapa pun menerajui Kerajaan, semestinya kepentingan rakyat mesti di utamakan...

waritarakyat said...

Begitu la senarionya apabila kerajaan pembangkang menjadi pemerintah... pembelaan rakyat terabai kerana asyik memikirkan kepentingan diri. Sekarang baru sedar bahawa kerajaan pembangkang tak mampu menunaikan janji. Tidak hairanlah segelintir pemimpin pembangkang menyertai perjuangan UMNO-BN.