BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Saturday, February 28, 2009

EDISI PETANG: RESOLUSI EDISI PAGI TELAH DISAHKAN DAN ARTIKEL KALIMAH ALLAH UNTUK SEBARAN SAHABAT BPN ~ Malaysiakini


Oleh ABU BAKAR YANG


Menyentuh isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan bersama.

Kerajaan menerusi keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986 melarang mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, solat, Baitullah dan Kaabah.

Malah sesetengah kerajaan negeri menambah beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam.

Namun yang peliknya, kenapa masih ada yang cuba menuntut kerajaan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan cetak mereka?

Alasannya, kalimah Allah diterjemah daripada perkataan God dalam bahasa Inggeris seperti yang tertulis di dalam kitab Bible.

Bagaimanapun, kita perlu akui tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kerana ia lebih banyak menimbulkan kekeliruan.

Bayangkan kekeliruan terutama di kalangan kanak-kanak Islam apabila terbaca papan tanda atau kain rentang berbunyi: "Aku adalah anak Allah" atau "damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "Anak Allah yang hidup". Semua itu adalah terjemahan terus daripada Bible berbahasa Inggeris.

Bagaimanapun, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi Islam, mudah untuk difahami bahawa bahasa asal kitab suci al-Quran ialah Arab.

Apakah pula bahasa kitab Injil (Bible) dan Taurat? Bagi pengkaji sejarah, diketahui bahasa asal Taurat ialah Hebrew sementara bahasa Greek digunakan untuk Injil.

Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu ini.

Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk "Tuhan" dalam Taurat dan maknanya dalam bahasa Greek pula?

Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini, mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak akan timbul.

Dalam Hebrew, perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut: Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau tinggalkan aku?")

Sementara dalam bahasa Greek, Tuhan disebut Theos. Seperti yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau tamadun besar dunia, orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos.

Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.

Jika diteliti kita akan dapati bahawa dalam kedua-dua bahasa itu, sama ada Hebrew ataupun Greek, tiada satu pun kalimah Allah.

Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Arab.

Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Bible terjemahan Melayu dinamakan sebagai Kitab Berita Baik.

Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible Arab tersebut adalah kerana sesetengah keturunan Kristian Arab seperti di Mesir, Syria dan negara lain yang menganutinya sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW menerima dan meyakini fahaman Keesaan Tuhan.

Fahaman ini jauh berbeza dengan fahaman Trinity atau "Tiga Dalam Satu" seperti doktrin kebanyakan penganut Kristian sekarang.

Maka, hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima, bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity (mengakui satu Tuhan).

Selain daripada hujah itu, terdapat juga pandangan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan itu merujuk kepada terjemahan God dalam Bible sedangkan perkataan Tuhan pula daripada kalimah Lord.

Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Bible sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam Kristian?

Sekiranya Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula ialah Tuhan Bapa di Syurga, maka perlulah difahami bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja.

Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:"Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah: Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa."

Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa? Adakah ia merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan di atas merujuk kepada Allah semata-mata.

Sekali lagi ia bertentangan dengan apa yang dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible merujuk kepada Jesus.

Sekiranya hujah diteruskan dengan menyatakan bahawa dalil paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut: "Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu."

Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan antara kedua-dua ayat di atas. Jelaskan sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun turut merujuk kepada Allah.

Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keesaan Allah seperti di dalam The Gospel of St. John20:17 yang menyebut: "Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu."

Dalam kata lain, Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan Tuhan yang sebenar ialah Allah.

Maka jelaslah di sini, kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, maka ia akan mengundang padah.

Amat malang apabila keharmonian beragama di negara ini yang dibina atas dasar tolak ansur dan saling memahami, digoncang oleh tangan-tangan yang sengaja ingin mencetus ketegangan dan huru-hara.

PENULIS ialah Felo Pusat Sains dan Teknologi, Institut Kefahaman

Thursday, February 26, 2009

OTAK KIRI & KANAN C KARPAL LUMPUH

Berita sensasi pagi ini sudah pasti terhasil lantaran kebiadaban manusia yang bernama Karpal kepada Dunga..Mawar pun ndak tau mcm mana manusia mcm karpal ni buli jadik wakil rakyat..bukan saja buduh tapi kepala otak dia Mawar rasa sudah lumpuh kedua2 belah tanpa kompromi lagi.

Bila Mawar tenguk Buletin Utama +-100 laporan pulis terhadap c karpal ni lantaran ketambirangannya mau menyaman Sultan. Itu kira ok la memang layak pun sepatutnya bukan 100, juta2 pun buli. tapi yang ndak bestnya c karpal ni masi ampai2 lagi di dalam Dewan bekunyayang ndak da pun tindakan terhadap dia ni. hmm???

Apa yang menyakitkan dan menyegalkan pasal c karpal ndak guna ni, menuduh pulak Pemuda UMNO yang hantar kan dia 2 peluru kunun! ui? memang dasar otak lumpuh punya manusia lah dia ni..Sepatutnya lah, org yang menghantarkan dia ni 2 biji/batang (apa2 jua la perjodoh bilangan yang sesuai) peluru ndak payah susah2 p hantar kan. Bagus dan lagi afdal timbak ja terus kepala dia ni salasai daman.

Kalau pasal menuduh memang karaja nya, bukan itu saja kalau pasal mencabul kehormatan Perlembagaan juga memang hobynya habis2.

C Karpal otak lumpuh ni, ingat dia pandai sangat undang2? buat malu dirinya adalah, masa kes bantahan kemenangan Parlimen Sandakan pru ke-12, mcm mau ja aku tulak c janggut putih ni p lungkang buang masa dan tenaga. Buli2? bantahan keputusan p/r Parlimen Sandakan d org merujuk akta yang sudah dimansuhkan saya ulangi dimansuhkan!!! wa wa wa memang dasar otak luput tarikh.

Ndak kah merugikan smua org sebab itulah hakim telah membatalkan bantahan tersebut..dalam hidup ni jgn trep pandai karang ndak sadar ada juga org yang bakar c karpal ini sampai rentung..jadik kalau dah akta yang dirujuk sudah luput maka otak c karpal ni pun sudah luput tarikh dan layak digelar lumpuh sepenuhnya.
Pas ni mampus kau Karpal, Pemuda2 UMNO cabut janggut ko yang putih2 tu sampai gundul.

Tuesday, February 24, 2009

ADUN BN SARAWAK MENINGGAL DUNIA

Awal pagi ini, Mawar menerima sms dari AgendaNews dari seorang teman. Pinar2 jugak mataku membaca berita ini.

ADUN BN Batang Ai, Sarawak Datu K Dubin 54 tahun, Meninggal dunia jam 125 am. Batang Ai terletak dekat sempadan Kalimantan perjalanan 4 jam dari Kuching.

Dalam hati Mawar terus berkata2 - dariNya kita datang kepadaNya jua kita kan dikembalikan, ai nah pilihanraya kecil kah lagi ini??? tapi untuk Sarawak rasanya akan berlaku serentak sebelum akhir tahun ini. Apa pun sama2 lah kita nantikan keputusan dari yang berwajib,

Friday, February 20, 2009

SEMUA GARA2 LEMBU DAN KERITA! UH UH

KERETA & LEMBU : MB S'GOR AKAN DI DAKWA ~ malaysiakini.

Sementara menanti penerbangan ke Sandakan, Mawar sempat membuka notebook di KKIA untuk membaca berita2 hangat dan sensasi di pasaran politik tanah air. Apa yang membuat mawar tersenyum-senyum mengalahkan huduhnya senyum kambing tak kala Mawar membuka laman Malaysiakini.


Tekatawak gila aku eh oleh berita ini, kalau lah MB S'gor ni di tangkap magak gara2 Lembu dan karita ndak kah lucu namanya. Mcm2 juga kegiatan Parti Pakatan yang mcm talingung2 ni. kalau ndak pasal babi, lembu pun mau juga beli secara yang mencurigakan kui kui.


Member kat depan aku ni pun dah mluat tenguk aku senyum2 tak kala aku membaca berita ini. Kepaingan bah kali MB2 dari Pakatan ini..kalu c Nizar lagi lucu. Ada tu Mawar tenguk gambar nya kasi keluar kepala dari kereta Camry, musti mlm2 dia nangis ndak mau kasi MB Perak yang baru di lantik kereta itu ah ah ah...dek kerana tidak dapatnya dia menerima kenyataan bahawa dia adalah pemimpin yang memusnahkan masa depannya sndiri dengan memilih jalan untuk terus durhaka.

Berbalik kepada cerita lembu, bila baca berita2 ini, pengajaran kepada semua umat Islam diseluruh negara. Sambutlah raya kurban akan datang dengan membeli lembu dari sumber yang halal agar lembu2 itu tidak akan menyebabkan anda tertangkap atau di penjara ah ah ah..bak kata pepatah yang aku cipta sendiri.."kerana lembu nanti kau malu" ah ah ah

Tuesday, February 17, 2009

ELIZABETH WONG YANG LETAK JAWATAN!!! INGATKAN ELY MANA TADI?

Salam kepada smua pelayan2 blog yang budiman.


Pagi ni bukan segaja tak nak mensensasikan cerita yang agak2 panas ini dengan serta merta, sebab blog ni bukan blog "AMBOI2"?... tapi bila dapat sms dari Agendanews ni hati ku bermonolog juga " Elizabeth Wong letak jawatan! ingatkan ely kat filem the Pirates tu letak jawatan jadi heroin buli la aku ganti he he" wa wa Mawar ni memang agak2 suka berperasaan sikit tapi tidak la sehingga aku suka mengambil gambar2 dan membulikan jawatan itu terpaksa di letak dengan tidak semena2.

Apa yang tidak bestnya aku rasa - semasa sidang akhbar peletakan jawatan ADUN PKR Bukit Lanjan (nasib baik bukan terlanjan... kan?) uh uh..tabek2 sikit asau. Adalah peristiwa marah dan menjerit oleh penyokong2 heroin filem PKR ni..kira nak tunjuk sokongan padu la ni..org Sabah sakap 'kabe2' malu bah tu. Nama pun Elizabeth glamour tu nama, sama jugak dengan cerita gambarnya kan???

Tapi? tak yah la nak kecoh2, ini namanya suratan bukan kebetulan2 lagi. Jadik kepada heroin2 baru yang tengah berbaris mengantikan posisi dan kedudukan Miss Elizabet ni? pastikan memiliki ciri2 yang unggul lagi mempunyai 15 nilai2 murni wanita sejati. uh uh

Monday, February 16, 2009

PAKATAN YANG PELIK, LUCU DAN MEMBADUTKAN DIRI MEREKA

Pagi2 santapan musti kena baca news paper, itu mungkin santapan bagi mereka yang gemar akan berita terkini dan sensasi mengenai Dunia dan Malaysia.

Kat tempat Mawar ni, paper lambat sket maklumla kira jauh dari kota metropolitan yang mencetak kecuali akhbar tempatan awal pagi boleh la dapat..jadi tak menyempat2 baca yang nyata guna alam maya la..

Utusan Online, Zambry kata Pakatan pembangkang pelik, lucu - Mawar tambah je mereka ni suka membadutkan diri membuat org merasa lucu dan terketawak sampai teguling2 kat depan laptop.

Yang pakatan sewel pembangkang mahu merujuk pelantikan Menteri Besar dan enam Exco kerajaan negeri baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini buat apa??? kunun??

Aku ni bukan lah lulusan phd undang2...yang pakatan ini smua ada PHD tahap maharaja zaman neolitik wa wa wa semua ada perasaaan hasrat dengki, dahlah d timpa badai gelombang perbuatan sendiri suka jadi badut nak memalukan diri sendiri. Membodohkan rakyat menyusahkan orang.

Kalau Menteri Besar Perak (BN) sendiri yang melantik dirinya dia lah yang salah, dah Sah2 beliau diberi mandat oleh Sultan. Buat kiasan2 pulak kalau berani terus lah kepada niat, saja ja guna perang saraf2, nak berkias tak kena pada tempatnya! memang dasar badut.

Teringat pulak Mawar bait2 puisi Pang5 :

'Derhakalah demi rakyat biasa dapat menjadi Raja baru Malaysia '...

'Derhakalah dan malaikat pasti bertanya :'
"tidakkah kamu tahu derhaka pada Raja sama derhaka kamu kepada Allah yang Esa ?"


Sendiri Mau Pikirla Badut2 Pakatan!

Saturday, February 14, 2009

7 APRIL : DUA PILIHANRAYA KECIL SERENTAK

1) 7 April 2009 kita akan menyaksikan lagi:

i) Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak
Ahli Parlimen Meninggal Dunia

ii) Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah
ADUN meletak jawatan.

2) 29 Mac 2009
Penamaan calon

3) 16 dan 17 Februari 2009
Tarikh writ dan notis pilihan raya kecil dikeluarkan.


INFO:

1) P59 BUKIT GANTANG

Jumlah Pengundi: 55,471
Peratusan Kaum: M: 63.48% C: 26.77% I: 9.71% L: 0.04%

1. Roslan Shaharum (Pas) (20,015)
2. M. Murganan (Bebas) (872)
3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449)

Majoriti: 1,566
Jumlah undi: 40,187
Peratus mengundi: 72.45%
Undi rosak: 851

Penyandang: Datuk Tan Lian Hoe (BN)
(Majoriti: : 6,702 undi)


2) N25 BUKIT SELAMBAU

Jumlah Pengundi: 34,977
Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% L:1.02%

1. V. Arumugam (Bebas) (13,225)
(dia ni bertanding atas tiket bebas tapi masuk pkr)
2. S. Krishnan (BN) (10,863)

Majoriti: 2,362
Jumlah undi: 26,450
Peratus mengundi: 75.62%
Undi rosak: 2,362

Penyandang: Datuk V. Saravanan (BN)
(Majoriti: 7,695 undi)

sumber: utusan online keputusan pilihanraya ke 12

‘JANGAN BIADAP’

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.


Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009

Mawar : DAULAT TUANKU!
kepada anak watan yang dimaksudkan bukalah mata dan hatimu. Kalau kau masi tidak sedar, maka kau akan koma sampai kau menutup mata.

BILA PR MENUNJUKKAN KEHEBATAN ILMU UNDANG2 YANG DIPELAJARI DARI PLANET ZUHAL

Hari ini, Mawar melayari laman berita yang menjadi kewajipan ku setiap hari walaupun badan tidak begitu lunak untuk terus berkarya. Utusan Malaysia Online:

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Teketawak aku membaca berita ini dengan panjang lebar lagi. Beginilah bah ni kalau semua orang2 dalam PR adalah pemilik ijazah undang2 dari planet Zuhal pulak, tapi c Karpal kepala dungah 2 jak dari Planet Marikh dia dapat ilmu kebal mau saman mangat Sultan.

Kalau kita berpijak d bumi nyata tak kan jadi macm ini bah crita ini, dah jadik mcm cerita senitron Indon pulak aku rasa. Lepas tamat satu episod ada lagi sambungan nya. Adui? poning keponingan lah bah kecian masyarakat@ rakyat jelata di Perak tu oleh Pakatan Rakyat ini.

Napa bah kecian c Nizar ni? ndak cari kerja lain jak..jual kereta Camry kah? ok jugak bah tu, yang penting Halal. wa wa wa. kita tunggu jak la kan apa lagi sambungan DRAMA SINETRON SITANGGANG DI SUMPAH JADIK TAIK!

Wednesday, February 11, 2009

IKUT HATI MATI IKUT RASA? APA KO RASA OREN

Mawar rasakan c Karpal kepala dungah ni dah talabih minum uren bah ni..siap ckp tatap jugak mau saman mangak Sultan Perak. Mulau Tanak dietie'! mcm hebat sangat bah dia ni. Skula ndak tau di mana? di planet marikh kali..ndak pena bah dia ni baca rukun negara????

-KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
-KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
-KELUHURAN PERLEMBAGAAN
-KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
-KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Percayalah aku ada jugak manusia di bumi Malaysia ni, mcm ini org oh? Nizar lagi satu kasi penin kepala otak org ja ndak mau terima2 hakikat, dia bukan lagi MB uh uh..kecian Dello!

Dalam Fasal 16 Undang2 tubuh negeri Perak yang Mawar baca, memperuntukkan bahawa sekiranya seseorang Menteri Besar kehilangan keyakinan mejoriti anggota DUN beliau perlu meletakkan jawatan bersama-sama dengan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) beliau..

Nah Jadik kenapa bah kan d org ni, mcm kejakunan dapat jawatan ndak mau beranti sudah sedangkan ndak dipercaya sudah oleh geng2 nya sandiri... wa wa wa

Sebelum segalanya kan menjadi lebih hina dan menghinakan diri mereka sandiri, baik lah bukan saja Anwar, Karpal malah Nizar juga harus segera 'Bertaubat' seperti yang di laung2kan oleh Karpal semasa tekanan darah tingginya naik mendadak beberapa hari yang lepas.

Maklumat Lanjut ku suka layari:

Friday, February 6, 2009

JALAN UTAMA SANDAKAN KK RUNTUH (BATU 19)

Gambar : Jalan di Batu 19 Sandakan Runtuh..

Hari ini Mawar rasa tak sedap hati, bila ramai kawan2 yang tersekat di Jalan mau p bandar Sandakan. Lantaran jalan tu runtuh kelmarin semasa hujan turun lebat gila2...

Jalan alternatif akan dibuka bagi membolehkan masyarakat mengunakan jalan ini seperti biasa. Jadi buat kawan2 yang ingin datang ke Sandakan by road pandu lah berhati-hati. Musim2 hujan macam ni banyak perkara yang tidak diduga boleh berlaku. Lebih baik elakkan dulu mengunakan bas sebab jalan ndak berapa bagus.

MEMILIH JALAN KE LEMBAH KEDERHAKAAN!

Langganan berita melalui Sms hangat panas dan terkini dari AgendaNews terus datang menembusi talian sms rakan2 ku..aku pun dapat juga serpihan2 berita2 sensasi itu...

Nizar n d geng yang enggan menerima dengan hati terbuka dan tidak redha dengan keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Perak, kunun2 mengadakan PERHIMPUNAN 100 RIBU org, tup2 yang hadir tidak lebih dari 3,000. Semalam d org2 ni yang tidak dapat menerima kenyataan ini berhimpun dalam perkarangan rumah Rasmi MB dan UNIT AMAL PAS wujudkan benteng bagi pertahankan rumah itu agar "MB" mereka tidak diminta keluar..uh uh

Seram pun ada lucu pun ada, tapi mawar baru mau carik perasaan apa yang lebih sesuai bila terima berita ini he he...mcm cerita Hikayat Malim Kundang. Jaga2? cerita pasal ndak mau dangar cakap ni sudah banyak ada lagi satu cerita tu di sumpah jadi 'Taik'...

Thursday, February 5, 2009

HUJAN LEBAT MENGIRINGI KEHADIRAN ADA RAHMAT DAN PASTI ADA HIKMAHNYA




Menanti dengan penuh debaraan ketibaan Sultan Brunei di Lapangan terbang Sandakan, dalam hati Mawar sudah berkata2, bestnya dalam tenguk live wajah Sultan Brunei dan Permaisuri selama2 ni cuma dapat teguk kat TV ja.

Bila jam menunjukkan pukul 04.00 petang hujan masih turun dengan lebatnya lebat dan lebat lagi..dalam hati geram juga, tapi kan aku memujuk hatiku yang lara 'hujan kan tanda rahmat' hmm. bila udah beberapa jam menunggu kat lapangan tu kami di maklumkan Sultan dan rombongan tak dapat mendarat di sebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Walaupun dinner malam itu yang sepatutnya di hadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei...tapi Manusia hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan segala2nya.

Dengan perasaan berbaur disulami sedikit kecewa Mawar menyakini bahawa "SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA".

Walaupun keadaan keliling dewan digenangi air lantaran hujan yang tidak puas2 menurunkan dirinya di muka bumi ini, Mawar dan rakan2 menikmati hidangan yang disediakan oleh SABAH HOTEL SANDAKAN dengan cerita yang cukup sensasi "Runtuhnya Pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak" dengan helai tawa dan gumbira.



DEBARAN MAKIN TERASA - agendanews


10.41 am Mawar mendapat sms : Debaran makin terasa - TPM DS Najib telah selesai menghadap Sultan Perak. Pertemuan berlangsung kira2 30 minit. Najib kini sedang menuju ke Ibu Pejabat UMNO Perak.

10.59 am hp bebunyi lagi sms mendebarkan masuk : MAKIN MENARIK TPM DS Najib dan semua ADUN BN dan 3 ADUN Bebas di panggil menghadap semula Sultan Perak di Istana Kinta. Belum di pastikan tujuannya tetapi difahamkan ia berkaitan dgn penubuhan kerajaan baru negeri Perak. semua kini sedang dalam perjalanan dan laporan lanjut kan menyusul...

bah sama2 lah kita nantikan sms terkini dari Agendanews..uh uh


03.22 pm sms masuk lagi : TERBARU - Sultan Perak difahamkan tidak memperkenankan DUN Perak dibubar dan pada pertemuan dengan MB Perak, DS Nizar. Sultan Perak telah menitahkan beliau meletakkan Jawatan demikian lapor BERNAMA. Nizar dijadualkan akan mengadakan sidang media pada bila2 masa.


03.27 pm : DAH RASMI - Kenyataan Pejabat Sultan Perak titahkan DS Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta. kengganan berbuat demikian bermakna Jawatan Menteri Besar secara automatik kosong. Ini memungkinkan BN tubuhkan kerajaan baru.

05.06 pm : PM DS Abdullah yang berada di Perak minta DAP, PKR dan PAS terima hakikat BN kini boleh tubuh kerajaan yang baru seperti mana BN terima mereka bentuk kerajaan selepas P/raya umum lalu. Beliau turut rakam terima kasih kepada Sultan Perak atas keputusannya tidak bubar DUN-

05.16 pm : INI KATA NIZAR - beliau tidak akan lepas jawatan kerajaan negeri masih sah. akan pergi ke pejabat seperti biasa. Anggap 3 ADUN bebas bukan ahli BN dgn itu BN tiada majoriti. Beliau ada hak bawah undang2 tubuh negeri untuk cadang bubar dewan bagi bolehkan p/Raya diadakan.


Wah? ini sudah bagus ni..uh uh

Monday, February 2, 2009

PERAK SUDAH JADI GANGSA

Bila kita berbicara soal pingat Perak warna yang tergambar pastinya silver, tapi di negeri Perak warnanya dan berubah jadi gangsa @ hitam.

Tidak kering otak dengan berita Mr. Nasaruddin Hashim melumpat parti, kita digempar kan lagi dengan kehangatan berita bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menyerahkan surat rasmi memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak hari ini.

Berita ini berikutan, semalam Sivakumar ckp beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Ironinya Jamaluddin menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri. Beliau yang juga exco kerajaan negeri turut mencabar kesahihan surat tersebut. (ui? kalau yang baca binggung aku lagi mengong)

Aisehmen? apa bah sudah jadi sama pemimpin negeri Perak ini, kecian bah rakyat2 di sana. kamurang sibuk saja mau pilihanraya, bila ko mau karaja ini. nanti muflis negeri kamu? becakar ja kamu mau pilihanraya. bertanding-tanding! ndak da org mau turun mengundi.

Nah? kamu undilah diri kamu sndiri.