BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, August 6, 2010

LIDAH BECABANG CABANG...


teringat iklan kat tv...Tiada Binatang Mcm Manusia Tapi ramai Manusia Mcm Binatang (Kes Buang Bayi) Kalau isu ni, d buat iklan boleh lah skrip nya lebih kurang:

" Tiada Biawak Lidah Macam Manusia Tapi Ramai Manusia Lidah Macam Biawak" hehehe

Friday, July 23, 2010

KALAU DAPAT LESEN MAU DIVING D PULAU MATAKING

Impian percutian ke Semporna belum sempurna sejak mendengar wujudnya Pulau Mataking cuma mengambil masa 40 minit dari Pekan Semporna, Pulau Mataking dikatakan antara lokasi diving yang terindah d dunia.
Tunggu...

Saturday, May 15, 2010

BEBEDAR GAWAKA PEMADAS SIBU



Vote BN


Penghinaan yang terbesar yang PAS lakukan dan sangat-sangat tidak boleh diterima oleh Masyarakat di Rumah Panjang adalah isu "Pakai Cawat"...sangat tidak memaparkan moral seorang yang meninggikan syiar Islam dengan menghormati budaya dan agama orang lain. Inilah yang boleh dikatakan sebagai "kerana MULUT BADAN BINASA"...baru kamu rasa!

1 "PAKATAN" 3 DREAMS...

Esok akan jadi penentu ~ pengundi Sibu akan memberi mandat kepada Siapa untuk mewakili suara mereka ke Parlimen. Di Sibu jelas menunjukkan konsep 1 Malaysia diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Lebih daripada penerima kepada Pakatan yang jelas kekadang hilang arah dan pedoman katanya 1 Pakatan tapi di dalamnya terlalu banyak yang bercanggah dari segi matlamat dan impian setiap satu Partinya mempunyai visi masing2...dan jelas kekadang sanggup mengadaikan prinsip masing-masing.

Gesaan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din agar semua pihak termasuk pembangkang menghentikan penggunaan isu kalimah Allah sebagai modal politik pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, memaparkan Kempen PAS di Sibu membantu DAP akan mengadaikan maruah perjuangan PAS yang sebenar. Menjual agama dan prinsipnya demi kuasa yang belum tentu menguntungkan PAS dan mahluk didalamnya.

PKR janganlah cerita, dah macam gila meroyan dan buat kempen di Sibu...cerita panjang-panjang pun tak guna PKR memang tak di terima langsung di Sibu tak masuk kisah c DAP lagi best, kali ini cerita ini berlaku di Rumah Panjang Bulu, ada la rombongan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng di usir oleh Tuai Rumah..ka ka ka balik lah bagus!

Friday, May 14, 2010

VOTE FOR BN



MEWAHNYA RUMAH PANJANG DI SIBU







Kalau kita lihat gambar di atas, pasti ramai yang kagum melihat Rumah Panjang di Sibu sudah jauh berubah dari yang pernah kita gambarkan. 30 minit perjalanan dari Bandar Sibu ke salah satu Rumah Panjang pastinya kami gambarkan rumah panjang dengan lantai buluh, tapi bila tiba di destinasi yang dituju ia jauh menyimpang. Ia rumah panjang moden seperti sebuah banglo yang tersergam indah rumah panjang bertingkat +30 pintu merubah sama sekali persepsi aku tentang rumah panjang yang selalu aku gambarkan.

dengan kemudahan yang serba canggih dan hampir sempurna penduduk kawasan rumah panjang ini memberikan reaksi yang cukup positif terhadap pemimpin BN yang turun padang. Bagi mereka hanya kerajaan BN sahaja yang akan merealisasikan impian dan hasrat penduduk untuk terus menikmati kemudahan yang sewajarnya mereka nikmati dalam arus pemodenan hari ini.

PARTI KELUAR RAMAI2 (PKR) ~ TERUS MENGELUARKAN DIRI



Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, isytihar keluar Parti Keadilan Rakyat dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Rasa2nya ndak lama lagi PKR kan berkubur bersama Anu-war Uh Uh

Anu-war Banyak Tipu...


SUKUNG 1 MALAYSIA SUKUNG BN


ISU "PAKAI CAWAT" SATU PENGHINAAN TERHADAP BUDAYA SARAWAK

Mejoriti Penduduk Rumah Panjang Di Sibu beri sokongan kepada Calon BN Robert Lau Junior. Bagi mereka hanya calon BN sahaja yang mampu merialisasikan janji pembangunan dan membawa perpaduan. Pembangkang datang dan pergi membawa mimpi indah dan akhirnya rakyat ibarat menanti bulan jatuh keriba.

Isu yang hangat diperkatakan hampir di kesemua rumah panjang di Sibu adalah penghinaan Pakatan (PAS) terhadap budaya cara berpakaian bagi Rakyat Iban di Sarawak yang bagi mereka hanya 'memakai cawat'. Bagi penduduk di kawasan Rumah Panjang tidak guna untuk memilih pemimpin yang tidak tahu menghormati budaya rakyat Sarawak ia adalah satu penghinaan yang besar dan tidak boleh di maafkan.


BELUM CUKUP WALAU SERIBU KALI UCAP SYUKUR


Perjalanan ke Rumah Panjang memakan masa lebih kurang 30 minit dari Bandar Sibu, sepanjang perjalanan aku dapat menyaksikan deretan rumah banglo yang tersergam indah dan cukup mewah, tidak pernah dalam sejarah hidup aku melihat begitu banyak perumahan mewah di sepanjang jalan. Kalau d KL tu lain lah citanya.

Teringat kata2 seorang teman berketurunan Cina katanya di suatu petang yang damai, menjawab soalanku mengapa keluarganya ingin terus menetap di Malaysia jika diberi pilihan untuk ke negara lain. katanya " disaat pertama kali dia membuka mata di waktu pagi, seribu kali ucap syukur pun belum cukup untuk mengantikan betapa bertuahnya dia hidup di Malaysia, tidak pernah merasa takut"...katanya lagi dia dapat belajar tinggi2, dapat cari kerja di mana dia mau.

Hatiku bermonolog kalau semua rakyat Malaysia tahu mensyukuri nikmat sebagaimana sahabatku ini pastinya mudah untuk kita menjelaskan bahawa tidak ada kerajaan terbaik selain Barisan Nasional yang mampu membangunkan negara dengan penuh keamanan dan ketenteraman dalam sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum.

Berbalik kepada cerita Di Sibu, secara peribadi aku dapat rasakan Sibu adalah Bandar yang cukup indah dan mewah, jika rakyatnya tidak dapat merasakan ini mereka adalah golongan yang rugi.

Thursday, May 13, 2010

ORANG BIAK PATUT NYUKUNG BN!




Berasal dari keluarga yang berpengaruh Robert Lau Hui Yew mempunyai sifat kepimpinan kerana menanggung tugas sebagai Kaunselor Majlis Perbandaran Sibu (Pengerusi Jawatankuasa Kerja dan Trafik).

Aktif dalam persatuan dan pertubuhan merupakan Calon anak tempatan. Berkelulusan Ijazah Undang-undang Robert Lau Junior bakal menyuntik semangat kepada golongan muda untuk mengundi Barisan Nasional.

TANAM ANU-WAR, TANAM PKR, TANAM PAKATAN


UNIVERSITI DI SIBU MENJELANG 2012

NAIK TARAF KOLEJ LAILA TAIB KEPADA KOLEJ UNIVERSITI

Perdana Menteri telah mengumumkan secara rasmi menaiktaraf Kolej Laila Taib kepada Kolej Universiti menjelang 2012.

Kolej Laila Taib dahulunya dikenali sebagai United College Sarawak (UCS), Kerajaan negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah mengambil alih pentadbirannya atas pelawaan lembaga pengurusannya.

Dinamakan Kolej Laila Taib sempena Allahyarhamah Datuk Amar Laila Taib. Kolej Laila Taib akan memberi Fokus kepada melatih lebih banyak tenaga kerja teknikal dan pengurusan yang diperlukan untuk kejayaan pelaksanaan Koridor Pembangunan Wilayah Negeri SCORE (Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak).

Nota: Gambar sekadar hiasan

PEMIMPIN SABAH TURUN PADANG DI SIBU




YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah


Kampung Hilir Sibu : Ketua Menteri Sabah memberi sokongan penuh kepada Calon BN di Sibu, Robert Lau Hui Yew daripada parti SUPP. Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa rakyat Sibu bijak untuk menilai antara Kaca atau permata. Pembangkang akan terus menjanjikan apa saja untuk meraih undi, menjanjikan bulan dan bintang. Tetapi akhirnya janji tinggal janji, rakyat diabaikan impian kuasa terlaksana.


Mawar: Semoga rakyat Sibu tidak terbuai janji manis sang pembangkang yang hanya tahu mengangkangkan mulut menfitnah dan mencaci apa saja, yang baik jadi buruk, yang benar di dustakan yang fakta diputar belitkan.

Wednesday, May 12, 2010

DAP UTAMAKAN MASYARAKAT DAYAK HANYA WAKTU PILIHANRAYA

DAP NGAMBI BERAT RABAN DAYAK LEBUH MAYA BEPILIH AJA

Kepimpinan DAP Sarawak yang dipimpin oleh Wong Ho Leng tidak mengutamakan masyarakat Dayak.

DAP Sarawak ke dipegai Wong Ho Leng enda ngemerat ke raban Dayak

Tu Bukti Iya:
Y.B Voon Lee Chan madahka Wong Ho Leng dalam facebook enda ulih nerima jaku pikir ari Voon Lee Shan ke ka ngatur nama ke nuntung raban Dayak sereta enda besetuju ka ngadu cawangan DAP ba kawasan Serian enggau Sri Aman.

Pendedahan Y.B. Voon Lee Shan dalam Facebooknya mendedahkan Wong Ho Leng tidak menerima cadangan Voon Lee Shan untuk memperjuangkan permasalahan masyarakat Dayak dengan tidak bersetuju menubuhkan cawangan DAP di Kawasan Serian dan Sri Aman.

Mawar : Mana buli ini mcm ohh. kalau jadi Yb mau bela nasib satu suku sahaja susah lo itu mcm...bagus lu buat negara sandiri.

PAKATAN MENGHINA ORANG SARAWAK


[Petikan Ucapan Hadi Awang, Presiden PAS, Pada 11 Julai 2009]
"Semua Pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma d Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS"
Mawar : Beginilah kalau spesis ulama PAS punya cakapan. Islam konon? memalukan orang Islam saja, cuba lah c Hadi ni p masuk kampung Dayak d sumpit jua mulut dia ni..ndak buli ni besakap sudah sampai gol.

Ini satu penghinaan kepada orang Sarawak. memang kalau spesis sesumpah, di Kelantan berani lah dia cakap mcm tu. kalau dia masuk Rumah Panjang baru dia ckp itu mcm ahh ada ni tinggal tengkorang pulang.

Masyarakat Sibu perlu memilih wakil rakyat terbaik untuk kemakmuran dan kemajuan Sibu, bukan memilih wakil Pakatan yang suka meneguk di air keruh.

NADAI DIADU...JUKA SIDA YAK KE LEBIH AGI


KATA PAKATAN RAKYAT : "PAKATAN RAKYAT INGIN MEMBERI MESEJ KEPADA KERAJAAN NEGERI AGAR MENGHORMATI PERMINTAAN RAKYAT DAN JANGAN MEMPERKECIL SUARA RAKYAT"
KATA RAKYAT : " SUARA RAKYAT APA???...SUARA DIORANG YANG LEBIH!!!!!

RAMAI YANG BUTA SAMPAI DI SIBU

Sibu merupakan bandar ke~3 terbesar di Sarawak, selepas Kuching dan Miri. Peluang menyaksikan bandar Sibu sendiri pasti mematahkan semua hujah2 Pakatan yang mengatakan BN tidak menjalankan kerja dengan baik menjadi Ahli Parlimen di Sibu.

Oleh yang demikian, orang DAP dan konco2nya di Pakatan Retak tu memang udah kanak 'penyakit buta' bila sampai di Sibu.

Ahli Parlimen terdahulu YB. Datuk Robert Lau bersama wakil-wakil rakyat lain telah membentuk Pasukan Pembangunan Berwawasan BN Sibu dan telah menjadikan Sibu sebuah bandar yang indah dan bersih.

Rakyat Sibu harus bangkit dari terlena dengan taburan janji manis sang pembangkang yang memanglah kan terus menabur dusta hanya untuk meraih undi. Undi untuk menjadi tiket makan duit rakyat, namapun Pakatan Penipu Rakyat.

Tuesday, May 11, 2010

KUTAK PERINTAH PUN DICURI


PEMBANGKANG BULA (BOHONG) RAKYAT SIBU


Semua orang boleh cakap, sudah pegi atau belum setiap orang ada hak untuk bercakap. Tapi? kalau orang tu belum datang dia cakap mcm2 pasal Sibu, nampak sangat di tu penipu...lagi sadis kalau sudah datang tapi cakap mcm tak pernah pegi Sibu itu bukan lagi tahap penipu, pembohong tapi layak untuk digelar urang gila, best fren urang Hutan, bagus tinggal di hutan simpan katulistiwa.

Aku ndak tahu apa benggap lah pemimpin pakatan pembangkang mau meraih undi di Sibu mcm2 cerita dongeng d urang ckp mcm tiada skula sumpah jadi tengkorak gantung di tepi sungai Rajang kali bagus!

Di Sibu Pembangkang sakap BN tak selesaikan isu banjir, nampak sangat asyek duduk tekangkang makan nasi kangkang Anu-war (Emosi pulak tulisan aku ni) uhuh terlebih sudah!!!

Apapun mana lah pembangkang mahu ambil tahu mengenai:

5 projek Rancangan Tebatan Banjir sedang dilaksanakan di Sibu dan dijangka siap akhir tahun ini.

Tidak berhenti di situ 2 pakej projek Rancangan Tebatan Banjir untuk Sibu yang dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam RMK-10.

Dalam 5 projek itu, 4 projek RTB bernilai RM 78 juta termasuk dalam pakej Rancangan Ekonomi dan satu lagi RTB diluluskan dalam kajian separuh penggal RMK-9.

Projek RTB di Sibu merangkumi kawasan Sungai Antu yang menelan kos RM 8.4 juta, RTB Sungai Nangka (RM 9.8 Juta), RTB Sungai Lo Lembangan-Jalan Oya (RM 9 Juta) dan RTB Ang Chui Kow dan Sungai Loba Lembangan-Pumphouse (RM35.9 Juta).

Memang mudah bercakap kalau dah memang di asuh jadi pembohong @ penipu. Rakyat Sibu harus sedar dan tidak terpedaya dengan kata dusta dan sandiwara drama pakatan retak menanti belah.

ANANG KITAI KENA TIPU DAYA ULIH SEMAYA PARTI PEMBANGKANG




Mawar : Kesempatan berkunjung ke rumah panjang pasti memberi pengalaman baru, kepada setiap pengunjung. Tuai (ketua rumah panjang) bercerita panjang lebar, mengenai perubahan yang berlaku di rumah panjang. Dulu dan kini, terlalu banyak penambahbaikan yang mereka alami. Melalui ucapannya, beliau menyampaikan bahawa - ungkapan untuk merubah kerajaan adalah satu tindakan bodoh kerana bagi mereka kerajaan yang sedia ada telah banyak merubah kehidupan mereka, baginya perubahan apa lagi yang diinginkan rakyat sedang kini usaha penambahbaikan senantiasa dalam pelaksanaan.

Parti Pembangkang suka menabur janji, sedang kelak kehidupan mereka akan lebih terabai. Kesedaran Tuai mengenai gerakan parti pembangkang kini yang suka menghasut dan membibitkan api pekauman adalah tindakan yang sangat kejam dan membunuh keharmonian hidup bermasyarakat.

Ada senyuman yang bisa terukir bila masyarakat di rumah Panjang sedar akan pembohongan pakatan retak. Jangan jadi orang yang diperbodohkan, bertepuk bila orang luar mengatakan Sibu tidak membangun, jalan di Sibu kata Anu-war mcm d India. Ini Anu-war tersangatlah bengapnya, samakan Sibu mcm India...ini bongol tahap gajah. Anu-war tidak layak untuk bercakap bagi pihak rakyat Sibu. Anu-war dan kuncu2nya bukan saja buta dan tuli tapi dah tahap mcm gila meroyan, mata juling mau jadi PM tapi otak dah mcm otak2 dah layak jadi makanan buaya di Sungai Rejang. Sekian dan jumpa lagi.

Monday, May 10, 2010

Anu-war Datai Sibu Ka Makai Duit Orang Ditu?


SIBU : "ROBERT LAU CINA FOOCHOW MANYAK PANDAI NIAGA.."


D'ver Teksi (DT): "Itu Lobert Lau manyak kaya, (sambil menunjuk poster Robert Lau Hui Yen yang di pasang di tiang2 sepanjang jalan di bandar Sibu). Itu Li'ched Wong manyak miskin ohh..talak tau mau undi liya, manyak miskin, talak doi"...(sambil tangannya masih menunjuk ke arah poster calon dap)
Mawar (bukan nama sebenar) : "Ya kah uncle,"
DT : "Yo lo, itu Cina Foochow mayak pandai niaga, itu Li'ched miskin woo, susah lo, o'lang mau yang kaya ohh.." (Pakcik tu geleng2 kepala dek kerana tidak dapat menerima kemiskinan calon DAP)

Mawar (bukan nama sebenar) : he he he...

D'vr Teksi tu meneruskan hujah-hujahnya...
DT : " itu ahh, musti mau manyak loik malu bagus ohh...nanti kalu liya miskin talak loik, jadi yb manyak mau tipu saja..." bla bla dan bla
Mawar : "Tq uncle, selamat mengundi".
Perbualan kami berakhir pabila Mawar tiba didestinasi yang dituju. Daripada penilaian aku sebahagian mula sedar, berjanji saja di saat-saat berkempen bukan amalan yang baik untuk menang pilihanraya. Tapi itu cara Pakatan itu cara pembangkang, yang lain sudah sedar dan semuanya harus sedar bukan esok tapi harus bermula hari ini.

SIBU : AMBIL KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN

Pembuangan Undi PRK P. 212 SIBU akan berlangsung 16 Mei 2010 ini. Pagi tetap indah d Bandar Sibu, penduduk tidak begitu ghairah berkempen terutama masyarakat di kawasan bandar. Penduduk Sibu yang mejoriti adalah Cina Foochow tetap rancak dengan kegiatan ekonomi masing-masing. masyarakat ini sememangnya sangat sinonim dengan dunia perniagaan.

Tetapi yang menjadi keluhan bukan saja kepada penduduk malah orang luar yang datang mungkin saja untuk bertugas sempena PKR ini mahupun yang datang untuk melihat sendiri suasana pilihanraya di Sibu, mula mengeluh apabila sebilangan peniaga dan pemandu teksi mula 'mengambil kesempatan dalam kesempitan'.

Sepatutnya masa-masa ini diambil oleh penduduk di sini untuk memberi imej yang baik kepada orang luar bahawa Sibu adalah destinasi yang hebat untuk dikunjungi.

Pihak berkuasa harus melakukan pemantauan berterusan bagi mengelak hal ini dari terus berleluasa dan individu yang terkena dan dikenakan jua tidak harus mengeluh dan menyalurkan maklumat kepada pihak yang tidak boleh mengambil tindakan.

Dalam apa jua keadaan janganlah kita jadi manusia yang suka mengambil kesempatan disaat org lain dalam kesempitan. Selamat mengundi kepada semua pengundi bedaftar di Sibu.

Sunday, May 9, 2010

CINTA DALAM HIDUP


Mawar : Hari ni dikatakan sambutan hari ibu, tapi seharusnya bukan hari ini saja kita harus menghargai ibu dalam hidup kita. Selagi hayat dikandung badan sayangi dan hargailah ibu kita seadanya ia...Aku mungkin tidak dapat mengucup tangan ibu sempena sambutan tahun ini, tapi ku tahu ibu selalu mendoakan kejayaan ku begitu jua sebaliknya.

Bagi aku kehadiran insan yang bergelar ibu sangat menyempurnakan cinta dalam hidup ini.

Hari ini aku masih di SIBU, Melihat Ibu-ibu di Sibu hari ini di kawasan pasar dan deretan kedai rancak dengan kegiatan ekonomi masing-masing, aku dapat merasakan kehidupan mereka cukup aman di bawah pemerintah BN. Aku merasakan tidak wajar ibu2 ini terus disirami dengan kata2 fitnah pembangkang yang tidak habis-habisan mencerca pihak kerajaan dan membibitkan api perkauman.

Sahabat-sahabat terus bercerita kehidupan di rumah panjang sudah cukup jauh berbeza berkat usaha kerajaan BN memajukan masyarakat di kawasan ini. sedikit cela bukan harus memudarkan rasa cinta. kekurangan itu kadang2 adalah kekuatan. Cinta Ibu di Sibu akan lebih sempurna jika hatinya kekal bersama BN. Selamat Hari Ibu.

AIK? CALON DAP SIBU PUN SOKONG 1 MALAYSIA

MAWAR : Uh uh..ni tangan? kena jaga2 terutama bagi calon yang nak bertanding, sangking mungkin kerana, terluka sebelum bermula, calon DAP tersasul mau tunjuk 2 jari dah jadi 1Malaysia da???? he he he ni kira sokong 1Malaysia tak yah tandinglah..undi jak BN

Saturday, May 8, 2010

SIBU : PENYOKONG PAKATAN MENCARUT




Mawar : Mungkin pemimpin Pakatan boleh tersenyum pabila melihat video ini, kerana ini lah yang diajar oleh mereka, inilah anak didik mereka. Puak2 PAS terus merasa megah bila Tuhan dan agamanya di hina. PAS kononnya parti Islam S'Malaysia, tapi apa yang aku lihat dan dengar PAS yang membuat Umat dan agama Islam terus diperlekeh dan dipersenda. Matlamat ingin menuntut KeAdilan buat Anu-war menjadi PM ekspres ala2 naik KLIA Ekspres menjadikan PAS apatah lagi sekutu2nya ibarat hilang pedoman.

Jangan kan Perdana Menteri, Sultan sendiri pun sudah tidak boleh Pakatan hormati. Jadi? aku ndak rasa Pakatan Retak benar2 ingin memberi perubahan untuk kebaikan buat rakyat. Paling2 pun perubahan menjadikan Malaysia lebih huru hara.

Rakyat Sibu harus bijak menilai, memilih kerajaan bukan ibarat kawin dan cerai, kerana masa depan anak bangsa lebih penting dari sekadar menurut kata hati. Jangan sesekali mengikut parti roket ke Bulan (bulan penuh dan bulan berpecah). Timbangan lebih penting harus seimbang dunia dan akhirat.

BN YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT SIBU


3 Penjuru PRK P 212 Sibu

Barisan Nasional diwakili oleh Robert Lau Hui Yew

DAP diwakili Wong Ho Leng

Narawi Haron pula bertanding sebagai Calon Bebas