BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Wednesday, April 29, 2009

SALAK MADU SANDAKAN MANIS DAN BERKHASIAT

Isnin lepas Mawar berkesempatan menghadiri PROGRAM BUMI HIJAU anjuran Jabatan Pertanian Sabah yang telah di rasmikan oleh YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah, di Taman Fajar Sandakan. kehadiran masyarakat setempat dan pelajar-pelajar sekolah begitu mengalakkan. Apa yang menarik semasa program ini adalah gerai2 pasar tani yang menjual buah2an tempatan dan pelbagai tanaman herba.
Program ini mengalakan masyarakat untuk bercucuk tanam, menternak dan akuakultur. Apa yang paling penting program ini sebenarnya adalah satu kempen berterusan bagi menangani kenaikan harga barangan di pasaran dunia.



Gambar Atas : Ketibaan YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman

Berbalik kepada sarita pasal buah2an - Salak madu antara buah kegeraman Mawar dan mungkin kegeraman anda di luar sana, buah ini bukan saja sebenarnya sedap di makan tetapi ia juga berkhasiat dan kajian (anda cariklah sendiri ya) menunjukkan buah ini boleh mencegah penyakit kanser.

Kalau di Sandakan buah ini mudah didapati dikawasan Rancangan Sungai Manila batu 12 dan di Kampung Garinono/Pertanian batu 25. Penduduk di kawasan ini bukan saja menjual buah salak yang segar malah ia turut dikomersialkan menjadi jeruk dan org selalu cakap jadik asam2. Ok juga rasanya. Kalau yang berkesempatan berkunjung ke Sandakan tidak kira dari mana lah kunun destinasi jangan lepaskan peluang mencuba ini buah yang bagus bah.

Friday, April 17, 2009

PAKATAN SEWEL DAN PRK

Petang2 ni idea untuk berkarya memang telah kering dan kontang, setelah sekian lama meninggalkan alam karya marya.

MaWAR terus gagahkan hati melayari blog2 rakan BPN dan geng2 keras ku yang memang hebat2 smua kalu bab berkarya dan mengulas mulas ni...Blog JomoSama antara blog yang akan ku kunjungi setiap hari almaklumla c Jomo ni lazzer nya kalah juga mak joya jiran aku di kg tu..uhuh. Dalam Mawar pening keponingan segar terus otak ku mambaca karya c Jomo yang sgt lah lucu dan menerujakan utk aku copy dan publish kan di blog ku ini.

Berkat keyakinanku aku yakin c Jomo tak kan saman aku la sebab copy karya nya yang ala2 kehebatan karya majalah APO dan UJANG ini. kerna yang pasti c Jomo bukanlah C Keparat Singa yang suka saman dan meyamankan di balai2 polis dan penjara di Malaysia.

kepada pelayar blog yang sedang tidak dapat berfikir kenapa Pakatan suka hati nenek tiri dan sesuka hati mengerami pilihanraya kecil mcm piliharaya tu guna duit simpanan nya, baca artikel jomo yang cute di bawah ini. akhir kata dari MAwar ini pikir la sendiri!!!

Oleh : JomoSama

Pakatan Rakyat dan Pilihanraya Kecil sudah cukup sinonim dalam agenda kita hari ini. Sat lagi PRK...PKR...PRK..PKR...!! Inilah yang termampu mereka lakukan untuk `MENUTUP' ketidakmampuan mereka menyumbang atau menyelesaikan masalah-masalah dikawasan yang mereka kuasai.

Anda semua jangan hairan kalau selepas ini, akan ada lagi PRK dikawasan lain selepas PENANTI. Entahlah... surat letak jawatan tu dihantar sendiri oleh YB tu ke atau memang sudah ada dalam simpanan Anwar, cuma perlu faks sahaja kepejabat Speaker DUN bila `terdengar' YB Fairus mula tunjuk taring... seperti yang berlaku diPERAK.

Entahlahhh...... bila lah kita nak buat kerja pembangunan, kalau asyik-asyik sibuk pilihanraya. Sapa yang kaya nanti...TOKEY2 PERCETAKKAN.!! Kita hanya `langap-langap' mulut...basah kuyup dengan peluh, hilang suara...berkempen disana-sini..!!

Pakatan Rakyat cuba untuk menunjukkan pada rakyat mengenai `kekuatan' mereka dalam PRK kecil...dengan memilih kawasan-kawasan selamat mereka untuk diadakan PRK.. lepas tu, mereka akan HEBOHKAN SATU DUNIA...LIHATLAH MALAYSIA, KAMI MENANG LAGI MENENTANG KERAJAAN BN....!! Mahu menunjukkan pada umum bahawa `kononnya' Pakatan Rakyat diterima oleh rakyat...tetapi, kerajaan BN tidak berani buat PIRU ke-13. Alangkah `membazirnya' akal dan fikiran mereka-mereka yang ada dalam PAKATAN RAKYAT itu???

Cubalah fikirkan `sesuatu' yang boleh memberi manafaat jangka panjang pada penduduk-penduduk kawasan yang kamu wakili, habiskanlah tempoh `honeymoon' kamu itu `berkuasa' sementara menunggu PIRU ke-13 nanti.. buatlah apa saja..asalkan bukan tanam pokok `demokrasi' macam diPERAK, atau ladang khinzir moden diSelangor, bukan juga adegan tidur telanjang apa lagi buat anak haram macam di Bukit Selambau. Bukan juga `sembah derhaka' atau perkataan `CILAKA', jauh sekali menyondol buntut lelaki lain...(ishhh..adakah patut). ANDA SEMUA PATUT `BERTAUBAT' seperti apa yang siKERPALA SINGH CILAKA cakap. BERTAUBAT...!!!!!

Amboi-amboi...JomoSama makin `lazer' sudah sekarang...!!!

Wednesday, April 15, 2009

MASI WUJUD DAN KAN TERUS BERSINAR

SALAM KEPADA SEMUA SAHABAT YANG BUDIMAN

Setelah sekian lama, menyepi tanpa melayari blog, baru hari ini mawar dapat melayari blog ini dengan sedikit masa tersisa untuk ku mencoretkan kata2. hatiku terdetik menyatakan kewujudanku apabila seorang sahabat meninggalkan pesanan ringkasnya d YM ku. Tq lah buat c Apai walaupun tidak ku kanal rupa parasnya tapi aku rasa Apai ni ala2 pelayar blog ku yang paling setia ibarat setianya Shah Jahan kepada Muntaz Mahal he he he (talabih sudah). Musti c Apai panas dan terharu lalu membaling laptop nya ke dinding uh uh.

Kekecewaan yang masih tersisa dalam hatiku setelah ku membantu jentera BN berjuang d Bukit Gantang tidak pernah memadamkan sinar dan semangatku untuk terus berjuang di alam maya ni.

Melihat pelik nya matlamat dan pejuangan Pakatan Rakyat, harapanku sebagai generasi pelengkap pejuang parti di Sabah. tak kan sekali2 membiarkan pakatan bertapak d bumi Sabah.

Kepada pencaci2 Kerajaan tu, kalau korang kerja kerajaan makan gaji dengan kerajaan baik letak jawatan lah, kalau tak puas hati. buat malu jak, umpama tinggal dalam rumah org d kasi makan di kasi minum belakang ckp makanan tak sedap tapi perut dah kenyang dan beranak pinak, jadik darah daging. Ini lah manusia2 yang ndak tahu mau kenang budi bagus terjun ke laut.. Komen kat blog orang asyek guna nama mak enon...karang betukar jadik mak enon betul2 padan muka. (bahasa pasar dan luahan hati setelah menyepi) kepada yang tidak paham tu kena buka kamus kasi up sket korang punya kefahaman.

Seribu kali BN tak bagus pun Pakatan Rakyat lagi juta2 haprak. Sekian dan bersambung. uh uh