BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Thursday, January 29, 2009

BUBAR SAYAP PARTI IDEA NYANYUK

Mawar rasa tak relevan lansung idea nak bubarkan sayap parti dalam UMNO.
Untuk menentang pembangkang yang kian trep ok di bumi Malaysia ni, sayap parti perlu diperkuat, jentera perlu di kemaskan dan dimantapkan bukan di bubarkan.

Sayap parti seperti pemuda dan puteri bagi Mawar sangat relevan untuk generasi muda bertapak dan menjadi sebahagian dari penyambang kepada suara2 dalam mewarnai dunia politik di Malaysia.

Politik Wang? sayap parti di persalahkah! tak setuju!

Janganlah mengeruhkan keadaaan dengan idea2 yang sangat tidak dapat diterima oleh generasi muda seperti ku.

Semoga UMNO terus dapat diperkemas dan menjadi Jenama yang lebih berkualiti dan mampu menjadi wadah untuk memperkukuhkan agama dan bangsa.

Monday, January 26, 2009

SIUK JUGA TENGUK "LION DANCE" SECARA LIVE





Pabila tiba Raya Cina (Tahun Baru Cina) Mawar selalu berkesempatan hadir ke rumah terbuka pemimpin2 kat tempat Mawar ni, tapi tidak pernah bah aku tenguk betul2 "tarian singa2" (org sabah cakap). Siuk eh? (siuk tu sama makna ngan best he he). Bila dah mula beraksi Mawar mengalahkan budak2 pulak kesiukan meninguk tarian tu...Walaupun aku tak paham sepatah haram pun lagu-lagu yang dinyanyikan tapi begarak2 juga badan ku mendengar muziknya. Aku berbisik ke telinga sahabatku yang pun kesiukan dengan lagu 'Gong Szi Fa Choi'. Aku ckp ngan dia "satu ja yang aku faham, muzik nya rancak, hahahaha" pa lagi kami gelak la sama-sama.

Kehadiran kami bukan lah mau menguluk guluk bah, tapi lebih kepada tanda persahabatan dan persaudaraan kita hidup bermasyarakat.

Apa yang menariknya hidup di bumi Malaysia ni yang pasti, pelbagai kaum hidup dengan harmoni walaupun berlainan agama dan keturunan.

Buat mereka yang tahu berfikir jangan dikianati keamanan yang telah lama terjalin. Jangan di api -apikan perpaduan yang telah lama terpatri.

Beberapa keping gambar di atas adalah antara koleksi gambar yang sempat diambil pagi tadi, memandangkan mawar bukan juru photo internasional maka janganlah mengaus jika kualitinya tidak munsabah dan munasarawak.

Jangan tidak percaya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman meluangkan masa sehari menghadiri majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina di Sandakan.

Sunday, January 25, 2009

BANGANG BETUL MANUSIA INI!

Petang ni mawar mendapat sms dari seorang teman "ADUN BOTA Perak, Nasaruddin Hashim hari ini umum keluar UMNO dan sertai PKR,"Agendanews

Masa dalam perjalanan balik ke rumah tadi mawar juga dapat mendengar berita ni melalui radio kat dalam kereta Mawar. esh..esh..eshhh dalam berita melalui sms itu juga beliau dikatakan tidak disambung menjadi Pengerusi Felcra dan tewas bertanding jawatan Ketua Bahagian Parit.

Mawar termanggu seketika dalam hati ku berkata "Gila bangang betul manusia ni, rakyat undi dia atas tiket BN suka hati nenek tiri dia ja p masuk PKR".

Memang dasar manusia pentingkan diri sendiri. Kalau aku ni boleh berukar jadi Kingkong dan aku pengundi kat tempat tu aku patah2 hidung dia ni.

Dengan Mejoriti undi 2,068 pada pilihanraya yang lepas, mengalahkan calon PKR Usaili Alias nyata kawasan ini boleh dikatakan kubu kuat BN.. inilah yang dikatakan manusia bila sudah merasa hilang wang dan kuasa sanggup melakukan apa saja.

Mandat yang telah diberikan digadai tanpa ada rasa pertimbangan terhadap masa depan anak bangsa nya. Mawar selalu berdoa agar adun2 kat Sabah ni punya pendirian dan teguh jati diri tidak mudah goyang oleh kata2 indah Pakatan Rakyat.

Monday, January 19, 2009

TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH

1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.

2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.

3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.

4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.

5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.

6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.

7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.

8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.

9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!

10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.


* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU


Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Jumlah Undi: 30,252

Mohd Abdul Wahid Endut
Jumlah Undi: 32,883



Azharudin Mamat
Jumlah Undi: 193


Info:

Majoriti : 2,631

Undi Rosak : 665

Pemilih berdaftar : 80,229

Keluar Mengundi : 63,993

% Keluar Mengundi : 79.9%

Sumber : Berita Harian

Thursday, January 15, 2009

Abdullah Janji Impian Rakyat Terengganu Jadi Kenyataan

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu melihat kemajuan yang dicapai oleh Terengganu sekarang diteruskan tanpa sebarang gangguan, sekali gus memenuhi impian setiap rakyat di negeri itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan memastikan setiap rancangan yang dirangka untuk negeri itu sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih daripada parti PAS akan dilaksanakan.

"Saya nak lihat kemajuan di negeri ini berterusan, tak tersangkut, tak tersekat atau apa-apa projek yang dirancang diketepikan, bahkan apa yang dirancang akan dibina.

"Apa yang diimpikan oleh rakyat Terengganu tetap akan jadi kenyataan," katanya berucap pada majlis peletakan batu asas Kompleks Pakar Materniti dan Kompleks Psikiatri Kesihatan Mental Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini hari ini.

Untuk itu kata Abdullah, kerjasama baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang berlangsung sekarang harus meliputi semua peringkat termasuk peringkat bawah bagi memudahkan pelaksanaan setiap projek yang dirancang.

"Oleh sebab itulah kita mahu wakil yang sama dengan kita seperti sebelum ini untuk kawasan ini bagi memudahkan kita bekerja," katanya.

Perdana Menteri berkata sejak BN mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada PAS pada 2004, pelbagai projek yang membawa manfaat kepada rakyat telah dilaksana termasuk penubuhan Universiti Malaysia Terengganu, menaiktarafkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan pembinaan lebuh raya.

"Apa yang kita nak buat ini (pembinaan kompleks pakar) juga satu lagi kejayaan yang dibawa oleh kerajaan BN di Terengganu dan kerajaan BN Persekutuan, iaitu satu lagi projek impian yang menjadi realiti bagi orang Terengganu," katanya.

Abdullah juga menegaskan bahawa sejak BN mengambil alih pentadbiran negeri daripada PAS pada 2004, tahap kemiskinan berjaya dikurangkan dari 15.4 peratus kepada 6.5 peratus sekarang.Selain itu katanya, Terengganu juga berada di tempat paling atas daripada segi pencapaian dalam peperiksaan yang kejayaan itu tidak mudah dicabar pelajar di negeri lain.

Abdullah berkata semua kejayaan itu menunjukkan projek yang dilaksana kerajaan membawa impak besar kepada rakyat Terengganu.

"Saya bersyukur kerana kerajaan negeri ini sentiasa beri perhatian kepada keperluan rakyat dan setiap yang dilaksana itu adalah untuk semua, tanpa memilih keturunan, bangsa atau agama," katanya.

Perdana Menteri berkata walaupun rakyat bebas memilih kerajaan yang dikehendaki, adalah menjadi tugasnya menyampaikan kepada masyarakat mengenai maklumat yang tepat bagi membantu rakyat membuat keputusan bijak.

"Saya tahu apa yang diputuskan pengundi adalah hak pengundi, tapi menjadi kewajipan saya untuk memberitahu maklumat yang baik," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Datuk Ahmad Said.-- BERNAMA

Mawar : Buat semua pengundi kat KT 'Cari-cari tempat mandi, pertama teluk kedua pantai, cari2 apa nak undi, pertama BN tak yah pilih PAS" uhuh

Wednesday, January 14, 2009

RAMALAN CUACA MENJADI NYATA





SALAM SEMUA? Kalau yang berkesempatan melayari blog mawar, crita mawar hari ni berkisar dengan kejadian ribut yang melanda Kampung Tinusa II yang terletak di Sandakan Sabah. Ribut berlaku berikutan fenomena air pasang diikuti angin yang bertiup kencang, kejadian ini berlaku pada Isnin lepas dalam 'pukul satu malam' (mcm crita p ramlee plak)

Beberapa hari sebelum kejadian ni berlaku, ramalan cuaca memang ada memberi amaran bahawa kawasan Sandakan akan di landa ribut, masa dengar berita tu mawar cakap ja dalam hati "o ramalan saja bah 2"..tup2 na kau jadi bah!!

Paling menarik hati mawar tuk menulis hari ni adalah apabila melihat YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman yakni Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN N 42 Sungai Sibuga membuat lawatan ke tapak Bencana.

Mawar minat sangat ngan pemimpin ni, jiwa nya betul2 telus dalam mentadbir negeri Sabah dan tidak pernah lekang menemui rakyat pabila saja ada masa terluang. Uhuh
Gambar2 di atas adalah diantara yang sempat di tangkap oleh ku sendiri dalam lebatnya hujan, mawar pelangkung kepala seorang kawan suru kasi payung mawar sebab hujan turun dengan lebat dan angin bertiup kencang (hebat tak hebat mawar jadi juru photo hari ni) heheheh

Tenguk lah kamu jambatan2 pun terbang bah oleh kekuatan angin bersama ombak yang kencang.uhuh

Masa berjalan dengan kawan mawar tadi dia sempat g mengeluarkan kata2 yang terbuku dihatinya "inilah yang dinamakan, jika ndak berani di lambung ombak jangan berumah di tepi laut" Hmm betul juga katanya 2.
Mawar sempat berbual dengan seorang makcik namanya Puan Saiba (nama glamour)

Mawar : "Berapa umah terlibat sini makcik?"

Makcik: "Nah kau tanya dengan org yang ada maklumat ni"

Mawar : Menahan ketawak dek kelawakan makcik 2

Makcik: "7 buah kesemuannya, dua ranap habis bah, 3 lagi cedera parah dan yang lain rusak sikit2".

makcik saiba meneruskan bicara dengan penuh semangat...

Makcik: "2 hari lepas Ndak kami tidur ni sampai subuh, duiiiii...kuat nya angin! nah kau habis tarbang rumah bah"

Mawar : "uiiiiiii bahayanya makcik, bah saya jalan dulu ya makcik makaseh lah makcik sudi juga menjawab sualan ku"

Makcik : "Sama2 kalau kau di layan bah"

Heheh mawar teketawak juga oleh makcik ni. tapi dia kenal ngan mawar (mawar kan ala2 artis juga kalau kat kawasan ni heheh)

Tapi keadaan hari ni sudah reda sebab semua yang terlibat telah berpindah, namun masi ada lagi yang duduk kat umah mereka walupun angin masi bertiup kencang.

Semoga keluarga yang terlibat sabar menempuh dugaan...

Thursday, January 8, 2009

Oda Bumi Anbia




Dunia Hanya Mampu Melihat
Membutakan Mata Memekakkan Telinga
Kekejaman Israel di papar di mana-mana
Kanak-kanak terus mati menjadi mangsa
Bangkitlah yang punya suara dan kuasa
Bukan membisu, suara hilang entah kemana?

Teringat Mawar pada bait2 lagu ct nurhaliza
Penyanyi Kegeramanku: Oda Bumi Anbia

Iznkanlah aku bercerita Sebuah kisah
yang telah engkau tahu Dari kaca TV
dan di dada-dada akhbar Kau sendiri melihat dan mendengarnya bukan?
Penganiayaan datu bangsa terhadap Satu bangsa yang lain.
Begitulah apabila kemanusiaan Di penghujung kewarasan

Merengkok tubuh mungil
Di atas pasir berbumbung langit
Entah apalah dosanya
Rebah dihinggap peluru yang tak bermata

Berkawat lasykar angkuh
Di balik jentera perisainya
Berselendangkan senjata
Tiada belas nuraga nun dihatinya

Dunia bagai pejamkan mata
serta terpasung tangannya
tidak mampu berbuat apa sedangkan mungkar beraja...

oh mengapa?

Netzarim, Khan Yunis, Gaza, Jenin,Namlus dan sepanjang tebing barat
Hari demi hari Lasykar angkuh ini Terus mengganas mencari mangsanya
Kanak-kanak atau orang tua Tidak mengapa
Pada mereka sama sahaja!

Mengalir darah merah Di atas bumi suci Anbia
Laungan Intifada Bergema membakar semangat perjuangannya
Sampai bila...? Sampai bilakah penindasan dan Kekejaman ini akan berterusan?
Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus
Terkapai-kapai mencari keadilan dan kebebasan?

Aku sendiri menanti jawapnya...

Wednesday, January 7, 2009

Sekolah Di Beluran Ditutup Akibat Banjir

BELURAN, 6 Jan (Bernama) -- Lebih 60 pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Bawang Sugud Paitan di sini tidak dapat memulakan sesi persekolahan mereka sejak semalam selepas sekolah itu dilanda banjir.

Penyelia Pejabat Pendidikan Beluran, Roslin Ghanie, berkata sekolah itu dijangka ditutup sepanjang minggu ini disebabkan keadaan hujan yang berterusan menyebabkan air terus naik.

Arus sungai Paitan yang semakin deras juga berbahaya kepada penduduk kampung khususnya pelajar untuk menyeberang sungai atau ke sekolah, katanya ketika dihubungi hari ini.

Roslin berkata kehadiran murid di kebanyakan sekolah lain di Beluran merosot 20 peratus disebabkan banjir.Menurutnya antara sekolah yang turut menghadapi masalah banjir adalah SK Simpangan, SK Lingkabau, SK Pinangkan dan SK Maidan tetapi masih meneruskan sesi persekolahan.

Mawar : Mawar pena pegi paitan, kecian pulak bila kawasan ni dilanda banjir.
Berita kelmarin juga meramalkan kawasan Sandakan akan di landa ribut, belum sempat berita tengahari habis kami tinguk, kawan mawar halo2 (menalipun), katanya tanah perkuburan di Sim-sim Sandakan runtuh lebih 120 kubur terlibat. (Semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama insan2 yang beriman) Amin. Mungkin ini satu pengajaran buat kita bersama agar jangan mewakafkan tanah di kawasan berbukit sebagai tanah perkuburan.

Monday, January 5, 2009

ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA

Resolusi bertajuk : ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA

1.Kami ahli BPN sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel keatas umat islam di bumi palestin' Kami juga mengesa agar semua blogger diMalaysia tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperikemaknusiaan tersebut.

2. Pengguna Islam Digesa Boikot Barangan Yahudi/ US . Marilah kita bersama-sama melaksakan kewajipan agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.

3. Kami juga menggesa agar pihak PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak Amerika agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.

4. Kami juga mengesa agar pihak kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan Amerika terhadap pencerobohan ini. Sekiranya pihak Negara Amerika masih terus juga meneruskan dasar polisi luar mereka menyokong dan membantu pihak Yahudi Zionist maka kami mengesa pihak kerajaan Malaysia memutuskan perhubungan diplomatik dengan mereka.

5. SEMUA BLOGGER DIGESA MENYEBAR LUASKAN RESOLUSI INI DAN MENGHANTARNYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELETRONIK SERTA MENAMPAL DI MANA MANA FORUM ATAU MYSPACE ATAU YOUTUBE ATAU KOMEN BAGI MEMASTIKAN KESAN OPTIMUM GERAKAN INI

6. BPN mengesa agar pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau.Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.

7. BPN menggesa semua ahli BPN dan juga para blogger menyiarkan logo BOIKOT ISRAEL USA dan Link senarai barangannya di blog blog masing masing demi agama bangsa dan negara kita.
Disediakan oleh :Panglima Perang CyberYdp Blogger Pembela Negara (BPN)

Link untuk barang barang Israel dan USA ada disiarkan di sini untuk disiarkan juga di blog blog sahabat BPN semua atau bukan.

Sunday, January 4, 2009

adibahahmed : Blog Baru Hina Nabi Muhammad S.A.W

Blog terbaru yang menghina Nabi Muhammad s.a.w....


http://adibahahmed.blogspot.com/


Flagkan Blog ni beramai2 agar manusia ni kan nyah dari alam siber dan muka bumi.

Friday, January 2, 2009

SEBELUM PARTI KOMPONEN PR HILANG KEPERCAYAAN, ANWAR TERPAKSA BERTINDAK CEPAT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah ternyata sedang menghadapi masalah dalaman semakin ketara. Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam sudah bergeseran dengan PAS dan Menteri Besar Selangor.

Speaker ADUN Selangor sudah bertelagah dengan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, PKR sudah goyang apabila Datuk Fauzi Abdul Rahman ambil alih tempat Zakaria Abdul Hamid.

Di Sabah pula sudah mempersoalkan??? kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih pengerusi PKR Sabah dan Sarawak, 7 orang dilucutkan jawatan dan daripada 11 orang, hanya 4 sahaja yang dikekalkan.

Jeffry yang dilucutkan jawatan Pengerusi Sabah sudah menyatakan tidak puas hati terhadap Anwar yang menempatkan dirinya sebagai pengerusi kedua-dua buah negeri Sabah dan Sarawak menunjukkan seolah-olah orang Sabah dan Sarawak tidak ada yang layak.

Dalam hal Manikavasagam, PKR akan menghasak beliau meletak jawatan yang mana Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di kawasan Kapar dalam waktu terdekat ini.

Naib Presiden PKR, Syed Husin Ali dikatakan sudah mula naik angin kerana anggota PKR menggunakan media untuk menegakkan benang basah masing-masing.

Namun perkara yang menggodak kestabilan PKR dan PR tidak dapat dielakkan kerana pihak media tidak akan mendiamkan diri dan terus mendedahkan apa saja perbalahan yang berlaku dalam PR itu walaupun ia dilarang oleh Syed Husin.

Syed Husin boleh melarang orang-orangnya supaya tutup mulut dan segera duduk di meja bulat cari penyelesaian. Tetapi masing-masing tidak boleh diam kerana pendedahan rasa tidak puas hati itu dirasakan perlu bagi mereka yang terlibat dan kerana mereka tertekan dengan keadaan sekarang.

Rata-rata mereka yang dilucutkan jawatan menganggap ini adalah permainan kotor yang dirancang oleh Anwar yang mula tidak yakin dengan pengerusi-pengerusi negeri untuk menjalankan tugas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Walaupun dijangka Anwar menjadi pengerusi di Sabah dan Sarawak hanya bersifat sementara, tetapi itu adalah percubaan Anwar mengenepikan orang tempatan kerana pada mata Anwar, orang Sabah dan Sarawak belum pandai bermain politik dan mudah dikotak katikkan oleh orang BN yang tentunya mempertahankan kedua-dua negeri itu yang membawa kelebihan kepada BN.

Perebutan BN dan PR di Sabah dan Sarawak dijangka sentiasa panas kerana keinginan Anwar untuk menawan kedua-dua negeri itu dengan apa cara sekalipun telah diketahui lama oleh BN.

Tanpa Sabah dan Sarawak, kedua-dua BN dan PR akan menjadi lemah di peringkat pusat. Kerana itulah fokus Anwar di Sabah dan Sarawak tidak dapat dinafikan kesungguhan beliau memberi perhatian penuh.

Dalam pada Anwar sibuk mengatur strategi di Sabah dan Sarawak, PKR di Semenanjung telah timbul macam-macam masalah yang memungkinkan Anwar akan berhadapan dengan nasib yang dikendong tercicir dan yang dikejar tak dapat.

Walaupun isterinya Wan Azizah selaku presiden PKR, tetapi pada hakikatnya Anwar adalah yang berkuasa untuk membuat sebarang keputusan untuk parti itu. Dalam pada itu juga antara parti dalam pakatan seperti PAS dan DAP sudah mula meragui antara satu sama lain apabila PAS melalui Husam Musa telah memulakan propaganda hukum hudud yang kemudiannya mendapat tentangan hebat dari DAP.

Penganalisis politik berpendapat, kekecohan yang berlaku dalam PR ialah disebabkan ramai daripada anggota pakatan tersebut termasuk dari dalaman PKR sendiri sudah hilang keyakinan terhadap Anwar setelah beliau gagal menjadikan tarikh 16 Septermber lalu sebagai hari PR meraikan sambutan mengambilalih kerajaan daripada tangan BN.

Malahan yang menyebabkan Anwar terpaksa melucutkan jawatan beberapa orang kepercayaannya sebelum ini adalah atas sebab mereka adalah antara yang mencemuh kewibawaan Anwar dan menganggap taktik Anwar yang penuh mulihat itu memalukan 'orang kuatnya' sendiri.

Langkah Anwar cuba mengawal Sabah dan Sarawak secara sendiri akan menjadi sebab utama Anwar akhirnya kecundang lagi kerana sentimen kenegerian di sana masih kuat dan dengan mudah Anwar di tolak mentah-mentah.

Nampaknya, kembalinya Anwar dalam dunia politik tidak akan kekal walaupun beliau berjaya menang besar di Permatang Pauh dan berjaya mengetuai barisan pembangkang di parlimen, tetapi pertanda sudah menunjukkan kemuncaknya tidak terus kekal apabila beliau tidak lagi dipandang sebagai insan yang boleh dipercayai.

Sikap tergesa-gesanya untuk mengambilalih kerajaan masih lagi dilihat bagaikan terpaksa dilakukan kerana berhasrat untuk menutup kes liwat dengan Mohd Saiful yang masih hangat diperkatakan. Itulah yang menghantui Anwar hingga terpaksa bertindak cepat sebelum semua parti dalam PR hilang kepercayaan terhadap beliau.

Oleh Mahfir Sabtu

Mawar: Kalau manusia dah gila kuasa memang macam ni lah jadinya...kunun mau bantu sabah serawak yang terabai oleh pemerintahan BN. Rakyat Sabah Sarawak tak cakap pun, pasal Anwar yang sibuk2 ah. Ni bukan sibuk mau tolong ni tapi lebih kurang mau jadi macam along hisap darah (mcm drakula) mengebas harta negeri org kalu hebat ndak pa. cakap banyak2 pun ndak guna. mudah2an rakyat Sabah secara keseluruhannya tidak kan terpedaya dgn manusia licik ni. Hm? sudalah nanti tekanan darah mawar naik plak mendadak. sama2 kita fikikan nya.!

Thursday, January 1, 2009

Pusat Memproses Tongkat Ali Di Kota Marudu

Sebuah pusat memproses produk Tongkat Ali akan diwujudkan di Kota Marudu untuk memajukan lagi dan memberi nilai tambah kepada pengeluaran tanaman herba popular itu di daerah berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili, yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu, berkata daerah itu merupakan pengeluar terbesar Tongkat Ali di Sabah dengan kebanyakannya dipasarkan secara mentah di Semenanjung dan negara-negara jiran.

"Tanaman Tongkat Ali atau Eurycoma Longifolia adalah tanaman herba popular kerana kandungan antioksida yang tinggi dan boleh menguatkan tenaga dalaman."

Tanaman itu banyak tumbuh secara semulajadi di kawasan Langkon tetapi terlalu banyak yang ditebang sehingga bilangan tanaman itu yang tinggal berada pada tahap kritikal.

"Dengan mewujudkan kemudahan itu, ia akan menggalakkan banyak usaha penanaman Tongkat Ali dan teknologi memproses yang akan memberi nilai tambah kepada produk serta meningkatkan pendapatan petani," kata Maximus (Isnin Lepas).

kira-kira 70 petani akan terlibat dalam projek itu. Bernama

Mawar : Berminat membaca berita ini, bukan apa tak sangka pulak mawar rupa2nya Kota Marudu (terletak di utara Sabah bagi yang tidak tahu la) pengeluar Tongkat Ali yang terbesar di Sabah...

Mawar percaya dengan ke poweran tongkat ali ni menguatkan tenaga dalaman,(kalau dah minum terus bertenaga untuk bekerja dan tidak mengantuk hm) bukan itu saja baunya yang harum best di jadikan minuman panas untuk brk1st. Uhuh

Selamat Mencuba bagi mereka yang tidak pernah meminumnya.

Joseph Kurup Kekal Jawatan Presiden PBRS

Tan Sri Joseph Kurup mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada Perhimpunan Perwakilan Tahunan Ke-13 pada 30hb Dec yang lepas.

Turut mengekalkan jawatan dengan menang tanpa bertanding ialah Timbalan Presiden parti Datuk Ellron Angin, manakala tiga Naib presiden yang dipilih pada perhimpunan itu ialah Baharuddin Nayan, Datuk Kadoh Agundong dan Cyrill Yansalang.

Seramai 264 perwakilan dari 17 bahagian turut mengundi untuk jawatan Anggota Majlis Tertinggi parti dan yang terpilih ialah Francis Yantim, Paiman Galimbu, Dr.Florentius Epin Banik, Justin Majiun, Weills Magium, Fatimah Ibrahim, Johori Botohong, Alfian Koroh, Taulani Ismail, Jaiping Minsu dan Jailin Lian.

Kurup yang memegang jawatan sebagai Presiden PBRS sejak 1994 mengucapkan terima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan terhadapnya untuk sekali lagi menerajui partiitu sehingga tahun 2011.

"Saya sedar tiga tahun yang akan datang merupakan satu perjalanan yang bukan senang, malah penuh dengan cabaran, namun saya juga sedar bahawa saya tidak akan berjalan keseorangan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.-- BERNAMA

Mawar : Semoga dengan pengekalan jawatan2 dalam PBRS ni menjadi lambang dan titik tolak kesetiaan parti ini terhadap Barisan Nasional di Sabah. Apa jua isu yang ditimbulkan bukan ugutan yang harus dilemparkan kepada BN tetapi permuafakatan dan jalan penyelesaian terbaik agar kepentingan rakyat Sabah yang berbilang suku dan keturunan dapat di bela secara lebih bersepadu.