BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Thursday, February 5, 2009

HUJAN LEBAT MENGIRINGI KEHADIRAN ADA RAHMAT DAN PASTI ADA HIKMAHNYA




Menanti dengan penuh debaraan ketibaan Sultan Brunei di Lapangan terbang Sandakan, dalam hati Mawar sudah berkata2, bestnya dalam tenguk live wajah Sultan Brunei dan Permaisuri selama2 ni cuma dapat teguk kat TV ja.

Bila jam menunjukkan pukul 04.00 petang hujan masih turun dengan lebatnya lebat dan lebat lagi..dalam hati geram juga, tapi kan aku memujuk hatiku yang lara 'hujan kan tanda rahmat' hmm. bila udah beberapa jam menunggu kat lapangan tu kami di maklumkan Sultan dan rombongan tak dapat mendarat di sebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Walaupun dinner malam itu yang sepatutnya di hadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei...tapi Manusia hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan segala2nya.

Dengan perasaan berbaur disulami sedikit kecewa Mawar menyakini bahawa "SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA".

Walaupun keadaan keliling dewan digenangi air lantaran hujan yang tidak puas2 menurunkan dirinya di muka bumi ini, Mawar dan rakan2 menikmati hidangan yang disediakan oleh SABAH HOTEL SANDAKAN dengan cerita yang cukup sensasi "Runtuhnya Pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak" dengan helai tawa dan gumbira.



1 comment:

Bro Jinggo said...

Salam MB Mawar...
Sudah ketentuan illahi... kita manusia hanya mampu merancang hanya allah sahaja yang menetukannya... mungkin satu hari nanti ada rezeki dapat jua Mawar bertemu dengan slt brunei tu... mudah-mudahan...

Pelik juga BJ ngan Nizar ni ngan sultan Perak pun dia sanggup ingkar... baru jadi MB setahun jagung dah nak tunjuk belang...

Terbaru mereka buat mereka berpakat buat surat benci kepada sultan pula... http://books.dreambook.com/duli/duli.html
melampau betul mereka ni... nak jadi pengkhianat bangsa pula... perbuatan seperti ini harus dihentikan kerana boleh mencemarkan nama baik sult....

Salam Perjuangan