BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, September 26, 2008

SALAM RAYA BUAT SEMUA!


SALAM RAYA BUAT SEMUA PELAYAR BLOG MAWAR. ESOK MAWAR BALIK KAMPUNG.
MAAF ZAHIR DAN BATIN DI ATAS KESALAHAN BAHASA, TATABAHASA DAN PRIBAHASA.

Wednesday, September 24, 2008

Doremon - Episod Bertukar Menjadi PM


Di kesempatan pagi2 di bulan Ramadhan ni, bila buka blog Mr. dedah ja, karau2 aku katawak tenguk kartun ni, best gile ehh!...kesudahan cerita ni lu pikilah sandri.

Monday, September 22, 2008

TERESA KOK MAHU MAKANAN DI PENJARA BERTARAF 5 BINTANG


Aku kalau crita pasal pompuan yang bernama Teresa ni kapla aku naik pusing. sungguh tidak aku memahami kata2 pompuan ni, mengeluh pasal makanan masa dia di tahan ISA, dah kau dalam penjara tak kan mau makan macam d hotel plak teresa oi?.
Bagus kau di kasi lapas juga, kalu kau ditahan sampai bisu padan muka kau. Sudah cakap ndak berani mau mengaku. Kalau ni lah pemimpin yang Pakatan Rakyat banggakan aku memang tak paham...

Raymond Tan kekal Timbalan Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU 22 Sept. – Kerajaan Sabah mengekalkan Datuk Raymond Tan Shu Kiah sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, meskipun tidak menyertai mana-mana parti politik pada masa ini.

Shu Kiah berkata, keputusan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, selepas pertemuan dengan beliau di Wisma Innoprise, di sini hari ini.

"Jawatan saya kekal kerana Ketua Menteri mempunyai hak istimewa dan perkara itu adalah di bawah bidang kuasa beliau untuk berbuat demikian.

"Ini selaras dengan kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri dan selepas ini saya akan kembali bertugas seperti biasa," katanya yang bertindak keluar daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan kini bergerak sebagai anggota Bebas tanpa parti.

Shu Kiah yang juga bekas Timbalan Presiden SAPP keluar daripada parti tersebut kerana tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi parti pada 17 September lalu, keluar daripada BN selepas hampir tiga bulan menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat itu pada awalnya merancang menyerahkan surat peletakan jawatannya dalam kerajaan hari ini berikutan keputusan SAPP itu. – 22/09/2008,Utusan Online.

Walau apa pun harapan mawar. semoga Datuk Raymond dapat memilih satu parti dalam komponen BN bagi membolehkan keutuhan kepimpinan BN di Sabah

Friday, September 19, 2008

BN SABAH KUKUH TANPA SAPP MILIK MR.YONG

Tarikh 17 Sept. 08 mungkin bukan satu kejutan besar bagi peramal politik Di Malaysia tak kala Parti Maju Sabah ( SAPP) mengisytiarkan keluar dari Komponen Barisan Nasional (BN). Walaubagaimanapun kesannya tidak memberi tekanan yang terlalu kuat untuk BN yang memerintah kerana SAPP hanya mempunyai 2 kerusi Parlimen dan 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di Sabah.
Reaksi masyarakat ramai yang mengaitkan tindakan ini didalangi oleh Presiden SAPP iaitu Datuk Yong Teck Lee (Mr. Yong) yang kecewa kerana tidak mendapat Jawatan dalam kerajaan.
Beliau mempengaruhi ahli-ahli majlis tertinggi parti yang dianggap miliknya itu untuk bertindak keluar dari BN walaupun tanpa perbincangan dan persetujuan penyokong akar umbi malah tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin kanan parti seperti Datuk Raymond Tan Shu Kiah, ADUN Tanjung Papat yang juga Timbalan Presiden, En. Au Kam Wah ADUN Elopura selaku Ketua Pemuda dan En. Jimmy Wong selaku setiausaha Agung.
Tiga pemimpin kanan Parti Maju Sabah (SAPP) ini yang menentang keputusan parti tersebut keluar daripada Barisan Nasional (BN), mengisytiharkan keluar parti (SAPP) berkuat kuasa hari ini.
Tindakan Mr. Yong ternyata untuk kepentingan diri semata-mata bukan untuk kepentingan rakyat dan masa depan generasi pewaris pemerintahan negara. Inilah yang dikatakan wang dan kuasa tidak mungkin dapat dipisahkan daripada mereka yang pernah mengecapi kedua-duanya...
Seandainya rakyat Sabah terus celik dan tidak terlena dengan kata2 c Mr. Yong ni pasti ramai yang telah menyedari semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sabah beliau juga tidak memberi rahmat dan pembangunan yang baik untuk Sabah.
Janganlah kita tahu mengata saja sedang diri sendiri belum tahu baik budinya??? . SAPP bukan milik lu sorang tapi milik ahli2 yang menyokong dan berjuang ke arah kemenangan BN di Sabah. Lu pikir la sandiri Mr.Yong.

Wednesday, September 17, 2008

SAMA-SAMA KITA HAYATI


oLeh Kerana ramai kawan2 yang memperakui Bro Anwar dah tidak normal dan menghadapi tekanan yang melampau maka wad psiakiatri adalah tempat yang paling sesuai, agar beliau tidak berkeliaran dan mengugat ketenteraman awam...

Friday, September 12, 2008

POSTER PILIHAN MAWAR DARI Blog C DeS


Kagum Juga Melihat Poster ni (kira Posterlah ni)
boleh di letak di Galeri tu..kira hasil karya paling berseni di Malaysia.

Thursday, September 11, 2008

DEMI CITA-CITA ANWAR BUKAN BELAJAR DI TAIWAN TAPI MAU LARI P TAIWAN KEJAR MP

Adui? ndak habis2 juga c DSAI ni, ingatkan untuk mencapai cita2 nya dia sanggup p taiwan sambung belajar dapat PHD dalam bidang politik, jadi tak lah mengapai impian mau jadi pm 2 dengan beli MP.

Tapi dsai ni memang pun ada PHD (Perasaan Hasrat Dengki) bukan saja dengki tapi hidup ibarat dalam Lurah Dedam tak berkesudahan, haprak betul lah stail dorg ni. melaut dan meluat membaca dan melihat gelagat pakatan pembangkang yang kian gusar pabila 16 sept. tak lama menjelang tiba. kalau tak dapat 16 sept ni tukar lagi pi 19. tak pun 20 atau taim raya. org semua sibuk beraya c dsai ni sibuk di balai raya kempen mau jadi PM, yang hadir 2 pasti matanya cuma ada RM juta2 yang digembar-gemburkan.

Macam ada Penyakit Jiwa lah dsai ni. kalau mau tau berita lanjut wahai pelayar blog layari bernama.com 11/09/08.

Tuesday, September 9, 2008

Apa Cita-Cita Anda?


Cita-cita gadis dalam gambar ni jadi Penjual Mawar tak payah lah nak beli katak mahupun menfitnah orang, di Sabah macam di kundasang misalnya tanah subur2 o? kalau tanam bunga mawar pasti menjadi.


Semasa kanak-kanak di alam persekolahan guru2 sering bertanya tentang cita2 kita. Sekolah rendah pasti ramai yang menyaksikan pelajar2 kan menjawab nak jadi guru. masing-masing punya cita2 untuk di gapai dengan usaha tanpa mengoyah rezeki dan ketenteraman orang lain.

Tapi lain pula ragamnya kan? bila orang dewasa punya cita2 yang tinggi, nak jadi Perdana Menteri. sanggup menyebar fitnah, mencemar demokrasi, menidakkan mandat rakyat.

Keghairahan yang mengelirukan, mengugat perpaduan. Ironinya mereka hidup terus tertawa dan bahagia dengan impian yang tak bertukar2 jadi kenyataan. malangnya rakyat terus dengan kekeliruan melihat janji yang tidak berkesampaian, hari-hari dihujani kata2 dusta.

Entah apa mahunya?...menjadi PM bukan sekadar tahu membeli 'Katak'. musnahkan impian yang tak kan jadi kenyataan, kerana banyak lagi cita-cita lain bukan sekadar jadi PM.

Tuesday, September 2, 2008

Kanak-Kanak Lebih Patriotik

Peranan keluarga penting untuk membentuk masyarakat bersatu padu.

RAMAI yang berpendapat kanak-kanak lebih bersatu berbanding orang dewasa kerana mereka tidak membataskan rakan menerusi pengkelasan warna kulit, kaum, agama dan latar belakang keluarga.

Pensyarah Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Rozumah Baharudin, berkata kanak-kanak lebih cenderung untuk bergaul mesra kerana pergaulan itu berlandaskan aktiviti seperti bermain dan permainan yang mereka sukai...

Terfikir juga, kenapa orang dewasa yang lebih berupaya berfikir dengan kritis, selalu terlupa mengenai semangat perpaduan dan lebih menekankan isu perkauman sehingga mencetuskan kemarahan dan lebih teruk lagi konflik serta rusuhan yang menggugat keamanan negara. Berita Harian Online 02908