BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Wednesday, December 7, 2011

Bantuan Tunai RM500 Bermula Sabtu 10 Disember 2011

SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
______________________________________________________________________
KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II
DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN
BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah
mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off,
sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan
RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan
Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos
sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau
wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau
ketua keluarga. Ini merangkumi individu:

 Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama
ibu bapa;

 Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;

 Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai
tanggungan; dan

 Warga emas sebatang kara 3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai
RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk
tempoh satu bulan.

Borang-borang pendaftaran boleh didapati
secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan
Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil
Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan
hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan
Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta
pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah
yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta
isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara
ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6