BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Tuesday, July 21, 2009

FENOMENA PASANG SURUT

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kalendar Islam berasaskan kepada peredaran bulan berbanding Kalendar masihi yang berasaskan atau berpandukan matahari, peredaran bulan memberi kesan kepada bumi dan isinya. secara saintifiknya telah terbukti bahawa peredaran bulan penyebab kepada fenomena pasang surut yang berlaku di bumi.

Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa pasang surut air bukan hanya bergantung kepada bulan dan matahari tetapi juga dipengaruhi oleh keadaan geografi, arah angin, lokasi dan kedalaman laut.

Jika kita merujuk kepada kajian dan kajian maka semua persoalan memberi jawapan. Namun apa yang pasti setiap kejadian alam yang Tuhan ciptakan melatih kita untuk berfikir dan mengagumi ciptaan dan kebesaranNya.

Bercerita soal pasang surut, hari ini di kampung Mawar pun gempar berhubung fenomena air pasang ni. Apa tidaknya? dimaklumkan air laut akan pasang lebih 20-30% daripada biasa, jika ramalan ini benar belaka maka ia akan mencecah lantai rumah di perkampungan tu.

pelbagai andaian dibuat oleh penduduk, apa yang penting kanak-kanak sudah diberi amaran untuk tidak ke sekolah kerana guru-guru bimbang akan keselamatan mereka.

Golongan yang mahir ilmu sains dan geografi di kampung aku mula membicarakan soal kedudukan bulan pada masa ini dikatakan terlalu dekat dengan bumi.

Pasang Surut air laut ini dijangka belaku (paling dalam) selama tiga hari berturut-turut bermula pukul lapan pagi dan kan surut pada 11 pagi.

Apapun jawapan kepada fenomena ini, aku harap jangan lah air laut tu menyebabkan kampung aku ditengelami air, semua selamat dan hidup sejahtera.

Friday, July 17, 2009

KEDUDUKAN MATAHARI BERADA BETUL-BETUL DI ATAS KAABAH DI MADINAH


Tentu ramai diantara kita yang telah mengetahui akan bermaknanya tarikh 17.07.09 (Khamis) pukul 5.28 petang. Berita di Tv dan akhbar telah memaklumkan bahawa umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman, atau lebih tepat dari ruang solat mereka.

Mawar pun tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri, matahari terbenam dari kediaman kami sekeluarga. bertuah sebab rumah kami memang tada halangan mau lihat matahari terbenam hanya dihalang oleh rimbunan bakau di perkampungan Nelayan yang aman damai. Kelmarin adalah masa kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.


13 Julai lepas dalam Bernama Online : Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), En. Omar Said berkata arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam. Beliau berkata Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya.


Wednesday, July 15, 2009

APABILA MANIK SUDAH TERBURAI..

Manik hitam yang terburai

Mejoriti 65 undi, PAS mengekalkan kedudukan di Manik Urai. 5,348 pemilih telah mengundi semula calon PAS 'mereka' yang dulunya telah disingkirkan dan kini mengantikan semula calon yang telah meninggalkan dunia yang fana ini.

5,283 pemilih lagi memilih BN. kerna kelebihan 65 itu PAS kiranya tatap berkuasa sebagai wakil kat Manik Urai...

Apa yang tak terurai dan terburai lah kini. seorang sahabat mengirimkan mesej berbaur kegembiraan apabila calon pilihan beliau menang dengan gelaran ku beri menang 'Siput Babi H1N1" dalam kurungan menang tipis. Kata sahabat itu "rusak lagi timbangan malam ini" ku baca sms dengan hati yang berbaur2 mcm sweet n sour pulak?

Aku menjawab dengan tenang setenang air d kolam he he "Timbangan BN tak pena rosak dan kan tetap begitu, selaras dengan perjuangannya yang tak kan pudar, timbangan di pasar ikan kali yang rusak itu uhuh.."

Itulah sudah pilihan pengundi kat manik2 tu mengekalkan PAS lambang kemenangan untuk terus berada dalam kemunduran sebagai lambang dan tangga menojo ke syurga konok2.

Wednesday, July 8, 2009

SUKAU DAN HIDANGANNYA!


Bagi yang gemar melancong pasti sudah begitu kenal akan Sukau lokasi terletaknya Abai Jungle Lodge Kinabatangan Riverside Lodge. Berbekalkan pakej penginapan 3 hari 2 malam dengan kos rm 250 seorang Sukau juga menjadi kunjungan pelancong dari luar.

Kami belum berkesempatan menginap di Sukau, lawatan ke sana hanya memberi kesempatan untuk kami menikmati makanan yang popular di kalangan penduduk tempatan - pa lagi kalau bukan udang galak. Perhhh sedah juga masakan gerai pilihan kami, ndak sedar ohh habis kami makan udang2 ni dengan hidangan nasi kuning.

Bagi anda yang berkesempatan ke Sukau jangan lupa untuk menikmati kelazatan udang galak Sukau.

Wednesday, July 1, 2009

CAKAP BEBELIT MCM ULAR SAWA DA!

Mawar berkata: ramai juga sudah ku jumpa manusia yang selalu lupa apa dia kata, apa yang dia buat, apa dia sudah makan, apa dia sudah minta, apa dia sudah marah?, apa dia sudah pernah gila?...tapi ini org2 ah termasuk ni En. Hadi (rujuklah berita di bwah ini) tersangatlah melupai diri dan kata2nya. Apakah sudah ada simptom gila atau sebagainya dan sewaktu dengannya? tak kala idea kerajaan perpaduan dia yang canang minta UMNO terima, tup2 dia juga sendiri bekunyayang mcm manusia sudah tiada memory mau simpan apa dia sudah ckp???

Kalau Urang utan Sepilok tu buli becakap ah, diuluknya bah ni urang2 PAS ni...Kesimpulanya HADI MEMANG MUDAH LUPA!


UMNO gagal jadi model perpaduan - Hadi (Berita Utusan Online)


KUALA LUMPUR 30 Jun - Selepas cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan ditolak oleh pakatan pembangkang, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang kini menyalahkan UMNO pula dengan mendakwa parti itu gagal menjadi model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat negara ini.

Katanya, UMNO tidak mungkin akan menjadikan Islam sebagai sumber perpaduan orang Melayu walaupun sebelum ini parti berkenaan menerima baik cadangan kerajaan perpaduan itu.
"Orang Islam perlu menunjukkan model perpaduan dalam kalangan kita sendiri.

"Perpaduan umat Islam adalah berdasarkan hubungan akidah, tetapi UMNO gagal bahagian itu," katanya ketika berucap pada ceramah perdana pakatan pembangkang di sini malam ini.
Beliau mendakwa UMNO tidak menggunakan al-Quran sebagai rujukan bagi mewujudkan perpaduan.

Hadi berkata, pakatan pembangkang akan terus menolak Barisan Nasional (BN) termasuk mengadakan sebarang kerjasama.

Sementara itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membangkitkan persoalan mengenai projek- projek yang diusahakan oleh kerajaan BN demi kepentingan rakyat Malaysia sendiri.

Beliau terus mendakwa kerajaan BN hanya mengggunakan wang rakyat untuk melaksanakan projek- projek yang sedang dirancang termasuk pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang demi kepentingan politik.

Dakwanya, konsep 1Malaysia yang dianjurkan kerajaan BN masih belum jelas, manakala konsep perpaduan yang dianjurkan pakatan pembangkang adalah lebih baik.