BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Thursday, August 21, 2008

2 Exco, bekas Adun Perak ditahan BPR

Suspek disyaki minta suapan percepat projek perumahan RM180j

KUALA LUMPUR: Dua ahli Exco Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah antara enam orang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membantu siasatan kes rasuah seks dan sogokan lebih RM123,400. Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO yang juga Adun Changkat Jering, Kapten (B) Osman Mohd Jailu dan bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, ditahan bersama seorang lelaki di sebuah hotel di Ipoh pada jam 6 petang kelmarin, manakala dua lagi ditahan di sekitar bandar raya itu antara 9 hingga 10.30 malam kelmarin.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan yang juga Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, pula ditahan di Pejabat BPR Perak, jam 10.30 pagi semalam. Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegah Rasuah 1997 bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan satu projek perumahan di Seri Iskandar bernilai RM180 juta...berita harian Online

Inilah bukti Kerajaan Perak cuba untuk merealisasikan Kerajaan Bersih. Bersih Ke?... semalam bila ditanya dengan kuncu2nya. Jawapan mereka "seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah" kalau tidak bersalah kepada tutup muka mcm pesalah jenayah seks, takut ke? belum salah lagi kan kenapa takut?

Wednesday, August 20, 2008

Virus Yang Lebih Kejam Dari HIV!

Kalau baca Utusan Online hari ni salah satu topik yang diutarakan adalah 'Tiada Jalur Gemilang'...Faktor Utama sebagai seorang rakyat Malaysia aku melihat semua ni akibat kegairahan DSAI mau jadi Ahli Parlimen, satu Malaysia huru hara..bukan sebab dia ni hebat sangat tapi DSAI ni ibarat virus kalah virus HIV. virus yang memudarkan rasa cinta segenap hati rakyat untuk mengimarahkan bulan kemerdekaan.

Apa tidaknya pilihanraya dah tamat, ni sibuk lagi mau pengundi di Permatang Pauh berkempen, kalau pkr 2 tatap menabur fitnah kepada Kerajaan BN. Kerajaan yang pada asasnya telah memberi kemerdekaan kepd negara kita Malaysia.

Sibuk nak jadi PM, kalau tanya pada DSAI apa makna kemerdekaan rasanya jawapannya "Merdeka bila dapat jadi PM" tak paham ah mengapa perjuangan pkr ni macam org2 gila kuasa.

Pencabul kedaulatan bangsa Melayu. Menggugat Perpaduan Rakyat Berbilang Kaum. Kalau DSAI kemaruk sangat nak jadi PM sebab sejarah lepas dia tak dapat dan mempergunakan rakyat untuk menuju kemuncak kehancuran bangsanya sendiri, Anwar tak layak jadi warganegara Malaysia bagus tukar kewarganegaraan p Amerika jadi timbalan c Bush.

Monday, August 18, 2008

Jangan biadap Pembangkang tidak menunjukkan rasa hormat pada lawan – Najib

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pembangkang yang bersikap biadap terhadap pemimpin UMNO dan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sikap berkenaan melambangkan imej pembangkang yang tidak berbudi bahasa dan akan diamalkan jika diberi peluang memerintah negara.
“Mereka gunakan kumpulan untuk bersorak dan menunjukkan isyarat lucah kepada pemimpin BN dan turut mengejar ke mana sahaja pemimpin berkenaan pergi.

“Pembangkang tidak menunjukkan rasa hormat pada lawan mereka, adakah ini imej parti yang nak perintah negara,” katanya selepas mengadakan tinjauan di Bilik Gerakan Induk, Pemuda BN di sini malam ini.

Apa yang penting, kata Najib, Pemuda UMNO tidak akan takut dan gentar dengan tindakan tersebut pembangkang itu. “Malah lagi gasak dia (pembangkang) main, lagi semangat Pemuda UMNO. Saya nak ingatkan jangan bermain api dan menguji Pemuda UMNO kerana kita tidak takut kepada mereka,” katanya...utusan online

Hari ni teman2 blog ada memberi nama baru buat Parti KeAdilan Rakyat akibat insident raba Pu3 UMNO...nama baru yang wajar dan dipersetujui ramai "Parti Kuat Raba"...pa nak buat bos dia pun Kuat Liwat!

Friday, August 15, 2008

APA SUDAH JADI PAKATAN PEMBANGKANG?

Bila masa aku melayari berita2 di akhbar secara online, rasa mengeletar lutut aku melihat kekalutan pakatan pembangkang sudah 'katar2' mau rebut jawatan PM. Ingat? jawatan PM ni mau tadbir Lembu sekandang ke? ni kes besar o? mau mentadbir pemerintahan segenap pelusuk Malaysia.

Pembangkang dapat beberapa buah negeri tapi mcm huru hara jadinya! Kalau dapat satu Malaysia. Ehhh? seram. Ni lah yang mau memerintah jadi PM?...mungkin boleh jugak tapi bukan Perdana Menteri tapi "Pak Mencarut".

Apa lagi yang lebih memberi rahmat selain dapat hidup dengan aman dan tenteram di bumi kelahiran...tak lama g 31Ogos08, kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan..siapa bah yang berani menyangkal bahwa kemerdekaan ni bukan dari Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO. Kalau ada yang berani mengatakan 'tidak' itu Durhaka namanya.

Jangan terlalu ghairah untuk menjadi PM. Buktikan dulu Pakatan Pembangkang mampu mentadbir negeri2 yang dinaunginya...Ni tidak baru jadi Menteri Besar, sana? Ladang Khinzir di bina besar2an, sana? mau bagi Kouta 10 % uitm tuk bukan melayu. Jangan ah ckp mau hormat Perdana Menteri? Raja pun mau di Gaduhnya...

kepada pengundi2 pembangkang. Ikut Rasa Binasa, Ikut hati mengundi nanti mati rugi!

Wednesday, August 13, 2008

BILA PENGUNDI SALAH PANGKA


NYATA PENDIRIAN: Pelajar UiTM berhimpun di depan pintu masuk utama Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam bagi membantah cadangan Khalid membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera. bharian Online
Kalau suara generasi muda ni tidak diendahkan lagi, tambah bergerutu lah wajah mu wahai c Menteri Besar Selangor. Wahai pejuang2 PKR yang pro amerika...Kejadian ini satu pengajaran besar kepada segenap penyokong2 PKR yang keliru dengan perjuangan PKR dan kerajaan campurannya. Bangkitlah wahai c pejuang2 PKR kamu sudah salah pilih, inilah namanya "pilih-pilih langsat..." hujung jawapan pribahasa ni kmu org carilah sandiri.

Tuesday, August 12, 2008

UiTM tentukan dasar ambil pelajarnya: PM

SERDANG: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata Universiti Teknologi Mara (UiTM) sendiri yang mempunyai kuasa dan hak dalam menentukan dasar pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi itu.

Perdana Menteri berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mencadangkan supaya kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan bumiputera. “Ini bukan dia punya kuasa. Hal yang berkaitan dengan pengambilan (pelajar) adalah hal yang berkaitan dengan institusi pengajian yang berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini...Berita Harian Online

Kalau Orang Sabah cakap kes Menteri Besar Selangor ni 'kes kejakunan' dapat jadi menteri, ni lah natijahnya. Dia ingat semua benda dia punya kuasa. almaklumlah tak paham tapi buat2 pandai.

Monday, August 11, 2008

Menang jika jentera kerja kuat

ALOR STAR 10 Ogos - Barisan Nasional (BN) boleh memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini sekiranya ahli parti itu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

Pengerusi BN Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pencapaian BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini membuktikan parti itu mampu berbuat demikian.
''BN mempunyai banyak pengalaman menghadapi pilihan raya kecil. Sebelum pilihan raya umum lalu, kita pernah menghadapi lima atau enam pilihan raya kecil, jadi tidak ada masalah.


''Malah pada pilihan raya umum 2004, kita cuma tewas dengan majoriti 500 undi sahaja,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan BN Kedah mengenai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Bangunan UMNO di sini malam tadi.

Mengenai cabaran yang bakal dihadapi BN dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pembangkang, Mahdzir berkata, BN Kedah telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya berkenaan...http://www.utusan.com.my/

Mawar : Aku Pun suka kalau BN menang tak da lagi kerajaan lagi bagus selain Barisan Nasional di Malaysia ni yang dapat membuatkan semua tanaman subur dan bunga-bunga berkembang di halaman selain BN. Hidup BN!

Thursday, August 7, 2008

SALAM PERTEMUAN DI ALAM MAYA

WELCOME....

Mula melayari blog...berkongsi dan mencurah rasa