BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Saturday, April 24, 2010

DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK




Mawar : Detik 12 mlm, saat2 akhir parti bertanding bekempen D Hulu Selangor. Esok terpulang kepada pengundi Hulu Selangor untuk menentukan Parlimen Hulu Selangor akan dicorakkan oleh Parti mana ~ BN ataupun PKR? Pilihlah yang terbaik wokkk... Jangan pilih pemimpin yang kuat mabuk mewakili kamu ke Parlimen, jangan pilih pemimpin kamu yang kuat bejudi! Tuhan bagi mata boleh lihat, Tuhan bagi telinga boleh dengar, Tuhan bagi akal boleh Fikir.

KERJA KERAS UNTUK HULU SELANGOR


JANGAN PILIH KATAK MABUK


SEMUANYA DITANGAN ANDA...PENGHUNI HULU SELANGOR

JANGAN SALAH PILIH



Friday, April 23, 2010

200 AHLI PKR KELUAR PARTI


MAWAR: YANG LAIN BILA LAGI..PARTI KELUAR RAMAI-RAMAI

PKR DENGAN SIMBOL DAJJAL


BONEKA DAP...AKAN CUCI DOSA ZAID HARI INI


HARI NI POK HJ NAK CUCI DOSA ZAID D HULU SELANGOR. ZAID NI? KALU POK NIK DAH CUCI, TAK BERSIH JUGAK KENA GOSOK DAN SENTAL GUNA BESI TAK PUN GUNA KAYU JATI BIYO TEKUPAS SELURUH KULIT DAN TERSENTAL LEMAK2 TEPU...POK NIK? ZAID KALAU SOKONG PAS BOLEH MASUK SYURGA TAK TAK? KE TAK? KE KATAK?

+4000 TEMPAT JUDI, HIBURAN & SPA OPERASI SECARA HARAM SEJAK PAKATAN MEMERINTAH D SELANGOR

Mana lebih Darul Maksiat?


Dulu...YB Dr. Halimah EXCO Pendidikan Selangor pernah menggelar Selangor sewaktu pemerintahan Barisan Nasional sebagai Darul Maksiat dan Darul Mungkar kerana masalah sosial dengan merujuk pada data masalah sosial
Tetapi kini mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih daripada lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah, sedang sewaktu BN lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja ini lah Darul Maksiat yang sebenar.

DILATIH MENJADI BERUK DAN KUAT BERDEMONSTRASI


Semasa Hari Penamaan Calon Penyokong2 PKR lebih gemar duduk d atas pokok, menari tarian Suffle tepekik mcm beruk tapi tak heran lah memang itu budaya Kerajaan Negeri yang dilatih untuk penyokong Pakatan - terbukti Mempelopori "Budaya Berdemonstrasi”.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dilaporkan berkata Selangor negeri paling panas kerana insiden demonstrasi jalanan yang berlaku di Selangor ialah lebih kurang 420 kes tahun 2009 dan 483 kes tahun 2008.

Sejarah menunjukkan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor yang mempeloporinya. Dengan Perhimpunan “Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat” pada 14 April 2008, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur. Menteri Besar Selangor juga hadir...Mr. Khalid tu lah

Tidak berhenti disitu Pada 6 Julai 2008 bertempat di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, dianjurkan pula “Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat”. Perhimpunan tersebut telah meninggalkan kontroversi yang memualkan dengan adegan penyanyi ‘melondeh seluar’ – “jilat-jilat”. Memang tidak pernah merasa malu pada 16 September 2008, Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ, Kelana Jaya kononnya tarikh pembentukan “kerajaan baru Malaysia” yang nyata satu pembohongan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Thursday, April 22, 2010

MUNGKIN KHALID MAKAN PASIR SEMBUHKAN GAGAP NYA


Kerajaan Negeri Selongor gagal menunai janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009. Janji sasaran kutipan RM 150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan bajet 2009 Oleh MB lah...
Kalau anda mengikuti perkembangan semasa pasti dah tahu, Ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, Mr. Khalid d G...menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalt pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84. Ini hanya 3 % sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.
MAWAR : Kemana pergi yang lain, tak kan Khalid makan pasir untuk menyembuhkan penyakit beliau yang memang sangat popular dewasa ini.

"ZAID TU ORANG PKR SENDIRI PUN TAK SUKA"


PEMBOHONGAN PAKATAN DI SELANGOR


Dalil-Dalil Mengapa PKR (Pakatan) Tidak Layak Menang Di Hulu Selangor

1 ) 16 September 2008, Perhimpunan Perdana ~ BOHONG
Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ,
Kelana Jaya kononnya pembentukan “kerajaan
baru Malaysia”

2) Kerajaan negeri mensasarkan kutipan hasil ~ BOHONG
pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009.
Tetapi royalti pasir 2009 hanya RM 4,6 juta

3) Kerajaan negeri mengumumkan Pakej ~ BOHONG
Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima
projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi
RM 50 bilion melalui inisiatif pembiayaan
swasta - Tidak Tercapai

4 ) Kerajaan Selangor "membeli" hutang syarikat ~ Tidak Bermoral ZALIM
korporat Talam Corporation menggunakan
wang kerajaan / duit rakyat bernilai RM 392
juta

5 ) Kerajaan Selangor merampas aset tanah YBK ~ Salah Guna Kuasa ZALIM
di Serendah dan memulangkan bayaran cukai
tunggakan cukai RM 5.7 juta walaupun telah
dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan
persetujuan Bendahari Negeri Selangor

Manifesto

6) Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah ~ Tidak Jelas BOHONG

7) Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan ~ Tidak Jelas BOHONG

Manifesto – Sosial & Kebajikan

8) Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap ~ Tidak Laksana BOHONG
anak yang dihantar ke nurseri

9) Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi ~ Tidak Laksana BOHONG
pendidikan pra-sekolah

10 ) Memberi bantuan kepada anak-anak muda ~ Tidak Laksana BOHONG
untuk mendirikan rumah tangga

11 ) Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi ~ Tidak LaksanaBOHONG
bagi belia

12 ) Memberi elaun ibu tunggal yang layak ~ Tidak Laksana BOHONG

13 ) Memberi elaun khas suri rumah yang memilih ~ Tidak Laksana BOHONG
untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil
mereka

14 ) Membantu setiap rakyat Selangor untuk ~ Tidak Laksana BOHONG
mendapatkan kediaman sendiri

Manifesto – Kesihatan Rakyat

15 ) Menyediakan perubatan percuma untuk warga ~ Tidak Laksana BOHONG
65 tahun ke atas

Manifesto – Ekonomi Rakyat

16) Menyediakan premis perniagaan yang cukup ~ Tidak Laksana BOHONG

17 ) Memberi bimbingan perniagaan kepada ~ Tidak Laksana BOHONG
golongan belia dan wanita muda

18) Galakan kepada belia dan wanita muda ~ Tidak Laksana BOHONG
berniaga - sewa minimum / membayar air dan
elektrik dua tahun pertama

19 ) Mengurangkan cukai pintu kediaman ~ Tidak Laksana BOHONG
20% dan cukai premis komersial - 10%

20 ) Program bagi rakyat miskin - petani dan ~ Tidak Laksana BOHONG
nelayan jana pendapatan yang lebih tinggi di
atas garis kemiskinan

Mawar : Menjadi pemimpin pembangkang bukan seindah menjadi Pemimpin sebenar untuk negeri dan rakyat. Menyulam pemerintahan dengan kata-kata manis dan indah saja belum cukup untuk menjanjikan keterusan hidup buat rakyat. Berhenti lah menjadi manusia yang bodoh tapi sombong dan suka menipu Rakyat.

UNISEL MERUNDUM INILAH PRESTASI PAKATAN RETAK


Sejak Pakatan Retak mengambil alih Pucuk pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor antara perkara yang Khalid Gagap lakukan adalah mengubah Kepimpinan UNISEL termasuk TNC nya. Satu demi satu Bencana yang menimpa UNISEL gedung ilmu yang dibanggakan oleh segenap lapisan masyarakat yang mengenali prestasi Universiti ini.
Tidak cukup dengan Kemasukan Pelajar UNISEL Merudum, Data menunjukkan Universiti Industri Selangor (UNISEL) mengalami keuntungan yang paling teruk dalam sejarahnya sehingga negatif RM 20 juta (2009) - ( RM 6 juta (2007), RM15 juta (2008).
Masalah dari segi kemasukan bilangan pelajar dan jumlah Bilangan kemasukan pelajar 6,758 (2007), 4,477 (2008), 2,481 (2009) dan hanya 400 (Jan 2010). Masalah pengurangan pelajar dikatakan kerana ramai lepasan diploma enggan melanjutkan pelajaran ke Peringkat Ijazah. Peningkatan kos pula kerana emolumen meningkat sebanyak 53% pada 2009 antaranya kerana membiayai kos Naib Canselor (JUSA A), 4 TNC (JUSA
B), dan 2 – Pendaftar dan bendahari (JUSA C)
APA SUDAH JADI? BIJAK NYA PEMIMPIN PKR MENCORAK GEDUNG ILMU...APA GUNA AIR FREE KALAU GEDUNG ILMU YANG DIBANGGAKAN HARUS LINGKUP KERANA KEBODOHAN YANG DISULAM DENGAN KESOMBONGAN...
Mawar : Mawar mengulangi semula isu ini kerana sedih, terlalu ramai yang leka dengan janji sang Pambangkang yang hanya tahu berjanji. Membentuk kerajaan tidak cukup dengan janji manis. Rakyat buka mata dan minda mu, menukar kerajaan bukan ibarat mencuba atau membeli kasut baru dan boleh d buang kalau dah rosak. Bumi yang dipijak tidak boleh dibuang jika ia dah rosak dan merosakkan anak bangsa kita.

Don't Drink And Vote!!!


P/s : Minum air kosong tak pa lah, nanti kehausan plak nak mengundi.

Wednesday, April 21, 2010

CARTA : PARTI KELUAR RAMAI-RAMAI


MALAYSIA SUDAH CUKUP SELAMAT DI BAWAH BN

Seminggu masa bekempen PRK Hulu Selangor pastinya digunakan sepenuhnya oleh kedua-dua Parti bertanding. Poster dan kain rentang digantung dan papar di merata tempat.

Hati pasti tercuit tak kala membaca dan Melihat poster dan kain rentang Parti PKR bukan nama sebenar...atau lebih sinomin dengan gelaran Parti Keluar Ramai2.

Mawar paling tak tahan baca Kain rentang PKR "Selamat kan Malaysia"...gelak kejap ha ha ha...PKR ingat Malaysia ni tengah perang ke siap nak hantar bantuan Keselamatan pulak adui lah lawakz ehh!

Hulu Selangor hanya layak dengan slogan "Selamatkan Rakyat Hulu Selangor" daripada Peliwat Rakyat dan Kaki Mabuk dan Gila Judi...tak paham2 lagi.

Pilihlah calon Barisan Nasional - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Untuk semua rakyat jelata tanpa mengira kaum dan Agama. Hanya BN yang mampu menjamin masa depan anak bangsa kita. Sekian dan jumpa lagi.

P. KAMALANATHAN AKAN BEKERJA KERAS


Melalui semangat Setiakawan dalam Barisan Nasional dan penghayatan Gagasan 1Malaysia, Calon MIC P. Kamalanathan,dipilih menjadi calon BARISAN NASIONAL pilihanraya Hulu Selangor. Berjanji untuk bekerja keras siang dan malam demi kebajikan rakyat di Kawasan Hulu Selangor.

CALON PKR HULU SELANGOR MENGAKU MINUM ARAK DAN MEMILIKI KUDA LUMBA


Sumber http://anginperubahan.blogspot.com/ : Berikut adalah rekod kuda bernama "Kelantan" yang menang banyak perlumbaan di Singapura. Kuda ini sudah berlumba sebanyak 33 kali dan memenangi tempat pertama sebanyak 7 kali. Sila lihat laman ini. Kuda yang bernama "Kelantan" ini bagaimana pun dipunyai oleh seorang yang bernama Ng Hock Heng. Apakah ini kuda "Kelantan" yang dikaitkan dengan Zaid Ibrahim?

MAWAR : Kalau aku kaya, aku rasa aku ndak mau guna duit untuk beli kuda lumba? aku rasa aku mau beli Unta..Unta boleh guna untuk Sukan ka ahh he he he? OK lah tu..

Don't Drink And Drive

KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI HULU SELANGOR TERUTAMA PUAK2 PKR DAN SESIAPA JUA YANG MENGEMARI AL-ZAID AL-MABUKI, DISINI ADA SEDIKIT PESANAN MAUT, WALAUBAGAIMANAPUN ANDA MENGEMARI ORG2 YANG KUAT MABUK SAMA ADA, MASA SILAM DAN MASA KINI (BUKAN NAK MENGATA TAPI NAK MENGUNGKIT)...JANGANLAH SESEKALI ANDA MENGIKUTI JEJAK LANGKAH ITU KETIKA HENDAK MEMANDU KENDERAAN. SEBAB ITU BUKAN BERMAKNA ANDA KELUAR DARI PaTI Kerat Rakyat, ITU HANYA AKAN MEMBAWA ANDA KELUAR DARI ALAM NYATA..SEKIAN JUMPA LAGI HEE

Tuesday, April 20, 2010

PAKAT KELUAR RAMAI2 (PKR)

KELUAR SEBELUM KARAM...

Apabila Keadilan hanya untuk Anu-war seorang saja, buat apa nak sokong Pati KeraT Rakyat, Jadi apa tunggu lagi? Keluar-keluar...

Berikut disenaraikan tokoh-tokoh yang telah mengambil langkah bijak sebelum terjunam jauh dengan agenda perjuangan bang Nuar yang menuntut Kuasa untuk dirinya sendiri:


1. Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
2. Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
3. Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
18. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
19. Calon PKR Teluk Kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
20. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat

Kerusi Parlimen

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin

Kerusi DUN

Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
Adun Lunas, Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
ADUN Bakar Arang di Kedah, Tan Wei Shu

DAN RAMAI LAGI yang akan anda saksikan secara Live sama ada di radio atau d kaca TV. Jangan Kasi Lama...PKR kan rebah dan terjunam dengan labu2nya!

DIUGUT DENGAN SENJATA API KERANA NAK KELUAR PKR

Roshanita (Baju merah jambu) & Suraya (Baju Coklat)

Ketua Penerangan Wanita PKR Suraya Sulaiman dan Roshanita Mohd Bashir, Timbalan Ketua Wanita Cabang Bagan Serai telah mengumumkan keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

kedua-dua mereka telah diugut dengan senjata api semalam kerana berita nak keluar dari PKR. Kedua-dua wanita ini telah menyertai Pkr sejak 1998 lagi.

Uii? Ramainya! bukan pakat datang, pakat2 pulang

Aku dah bosan, aku dah bosan, aku dah bosannnnn...pakat2 duduk rumah, bawa2 berehat, daripada dengar Ceramah PKR uhhhh!...

Ramainya? datang Ceramah PKR Di Kuala Kubu, Hulu Selangor aduiii lahhh...PKR dah hilang sokongan. Parti banyak Bohong, Banyak Tipu...Keluar Parti ramai-ramai!

2 Penjuru PRK Hulu Selangor


Dua calon Bebas PRK Hulu Selangor V.S. Chandran dan Johan Md. Diah menarik diri. Persaingan merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini, menjadi dua penjuru.

Mereka menyerahkan borang penarikan diri kepada Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan.


Dengan penarikan diri itu, pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) P.Kamalanathan dan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.


Chandran, ahli perniagaan dan bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor menyerahkan borang penarikan diri kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 19 April 2010.


Chandran membuat pengakuan penarikan diri beliau berpunca rasa hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain amat menyayangi Barisan Nasional (BN) yang menjadi platform perjuangannya sejak 35 tahun lalu.


Chandran akan memastikan penyokong beliau menyokong BN.

Johan Md. Diah pula menarik diri dan mengibaratkan diri beliau berada diantara 2 ekor Gajah dan bersedia meninggalkan gajah...he he (ada pulak mcm tu kan) tapi bagi Mawar ok lah, tak de lah susah-susah nak g kempen lagi.

Mawar : BN dah ada banyak bonus kat Hulu Selangor semoga semua jentera kan bekerja keras dan memastikan BN menang di Hulu Selangor.

Monday, April 19, 2010

PAS Mengata Orang? Kena Batang Hidung Ha Ha Ha

Bila Mawar Baca Posting GaraManis ni..teringat ngan Filem P-Ramlee (Bujang Lapok) skrip Cikgu Murni...
Cikgu Murni : "Pok Haji ni ketawak banyak sangat?...cuba Pak Haji pulak? (Ni bukan BN yang rasuah, PAS Lah..) Tulah jangan suka ketawakan orang..." .

Dek kerana suka sangat mengata orang kan dah kena batang hidung sendiri" ha ha ha...duhhsss

LAGI KELUAR PKR


Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat keluar parti dan menyertai UMNO.

Bah yang lain apa tunggu lagi...keluar lah jangan kasi lama! Keadilan untuk siapa? ...Keadilan hanya untuk Anu-war Sorang jeee...

Calon Bebas PRK Hulu Selangor, V S Chandran Tarik Diri

Bekas Naib Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V. S. Chandran menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.

Chandran, 56, menyerahkan surat menarik diri kepada Pegawai Pengurus pilihan raya kecil itu Nor Hisham Ahmad Dahlan yang juga Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Beliau, yang digantung keanggotaan selama setahun oleh MIC, berkata akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan pada pilihan raya kecil itu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu sidang akhbar di sini, calon yang berhasrat menarik diri daripada bertanding perlu menghantar borang penarikan diri selewat-lewatnya 12 tengah malam ini.

Chandran yang tiba di Pejabat Daerah Hulu Selangor pada kira-kira 1.10 tengah hari bersama 15 penyokongnya berkata keputusan beliau menarik diri bukan atas desakan mana-mana pihak sebaliknya untuk menyatakan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN).

"Selepas mengadakan perbincangan bersama beberapa rakan, sedara terdekat (anak dan menantu) dan sahabat politik termasuk bekas setiausaha sulit (Presiden MIC) Datuk Seri S. Samy Vellu...sebagai orang BN akan terus menyokong (BN) dan mengambil keputusan menarik diri," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang menarik diri itu.

Chandran yang telah berkecimpung dalam politik selama 25 tahun, berkata beliau tidak menyesal di atas penarikan diri dan berbesar hati untuk memberi laluan kepada calon BN dan mereka yang lain bertanding.

"Saya gentleman tidak ada desakan daripada mana-mana pihak, kehilangan wang deposit bukan menjadi masalah. Saya berharap rakyat Hulu Selangor boleh membuat pilihan yang bijak," katanya.

Seorang lagi calon Bebas Johan Mohd Diah, 31, pula dijadual membuka bilik gerakan bagi memulakan kempen dan membuka Facebook serta blog talian rakyat di Felda Sungai Tenggi petang ini.

Dalam reaksi segera terhadap keputusan Chandran itu, Samy Vellu berkata penggantungan keanggotaan Chandran akan ditarik balik dan tidak akan dipecat daripada parti seperti dirancang.

MIC menggantung keanggotaan Chandran selama setahun pada Oktober lepas.

Berikutan penarikan diri oleh Chandran, pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor kini hanya membabitkan pertandingan tiga penjuru antara Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Johan, anggota Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Shah Alam.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang Datuk Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak.

PARTI KEADILAN KONON???

Meluatnya tenguk Bendera Logo Dajjal tu..Parti Keadilan Rakyat konon?...Kalau benar-benar pentingkan keadilan apa kah pasal Anu-war menangguh-nangguhkan proses keadilan untuk Saiful???.

Bersekongkol dengan PAS melalui Pakatan Rakyat, apa pasal PAS tak nasihatkan Anu-war agar kes dibicarakan di Mahkamah Syariah? kenapa mesti di Mahkamah Sivil..Keadilan ke apa namanya 2? Keadilan untuk Anu-war jak sorang bukan Keadilan untuk rakyat..kenapa rakyat2 tak sedar2 lagi ni???

Sehingga kini telah berlaku 27 kali penangguhan. Anu-war memfailkan satu demi satu permintaan, tidak secara serentak agar proses menjadi panjang...

Jangan ckp pasal Keadilan kalu tak sendiri lari dari kenyataan...uhhh

PALING LAYAK UNTUK HULU SELANGOR


CALON 1 MALAYSIA

P KAMALANATHAN a/l P. PANCHANATHAN PJK., APR.,

Calon Mesra Rakyat

Inilah calon BN untuk pilihanraya P.094, Hulu Selangor, calon 1Malaysia. Para pengundi Hulu Selangor, kembalikan kerusi ini kepada BN selepas dipinjamkan kepada PKR = "Pakat Keluar Parti " demi untuk kesinambungan pemerintahan yang lebih sempurna tanpa Penipuan dan Pembohongan yang menjengkelkan.

PKR bukan nak 'Selamat Kan Malaysia" tapi 'menjahanamkan Malaysia' adalah..Jika anda sayangkan Malaysia tumbangkan PKR, bermula di Hulu Bernam.

Sunday, April 18, 2010

Anwar Pilih Zaid Untuk Jadi Benteng Serta Pembela Anwar di Parlimen menghadapi Kes Liwat

Bernama : Ketua, Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Shah Alam keluar parti

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta.

Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd. Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti.

Nor'isham berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan Zaid yang rekodnya sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi serta keadilan yang kami sertai sejak 1999, katanya.

"Kami yakin pemilihan beliau bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang perlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng serta pembela beliau di Parlimen dalam menghadapi kes liwat beliau,'' katanya.

Mawar : Patutlah Anwar pilih Zaid ha ha hakzz katoi lagi kamurang ni..ngam lah tu peliwat minta bela dengan c Peminum Arak..uh uh

RASANYA PAS MASIH CURIGA DENGAN ZAID TAPI REDHA DAN TERPAKSA HE HE

Sapa yang tidak tahu? kalau tidak tahu, maknanya org tu tak mau ambil tahu - sekitar 2003 Calon Hulu Selangor ni Al-Zaid Ibrahim menggemparkan masyarakat dengan memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri KELANTAN berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang didakwanya tidak sah mengikut Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Zaid kecut dan menarik semula saman tersebut, namun Pemimpin PAS pada masa itu mengecam tindakan Zaid dan menyifatkan Zaid mencabar hukum Allah di Mahkamah.

Kini Pak Nik terpaksa tersenyum dan menerima Zaid, walaupun mungkin jauh d sudut hatinya malu-malu 'kucing' kerana terpaksa menerima calon pakatan yang pernah mempertikaikan Hukum Hudud...

Tidak cukup dengan itu pasti puak2 PAS terkedu, apabila Bekas pelajar UITM ini yang terkenal sebagai penganjur 'ball' (Parti-parti yang melibatkan majoritinya wanita) sambil minum arak adalah individu yang tidak percaya kepada agama 'Free thinker' dan yang pasti peminum arak semenjak kecil...mungkin kah sebab suka minum arak menyebabkan Zaid jarang mandi pagi ha ha ha...uhhh

ZAID MENGAKU MINUM ARAK


Akhirnya Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau nama sebenar Parti Kelentong Rakyat, bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

Teringat Plak Mawar dengan lagu "cerita kedai kopi, cerita kedai kopi, tiada hakim tiada saksi, cerita sensasi di kedai kopi" uh uh...apa2 lah Zaid Oiii??? kantoi dah pon uhhh

MONYET PUN BENCI NGAN PKR..UHHH

Mari beramai-ramai tumbangkan Parti Paling Pembohong Di Malaysia...yang dikepalai Oleh Anu-war (lelaki Kuat Meliwat)...

Saturday, April 17, 2010

Friday, April 16, 2010

PAKAT PAKAT KELUAR REALISASIKAN PAKATAN RETAK

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 15 April 2010 memberi petanda kepada pengundi-pengundi bahawa kepimpinan PKR semakin tidak diyakini pemimpin-pemimpinnya sendiri.

Yang yakin adalah lah anon2 yang suka bagi komen kat blog aku dan mengata diri mereka saja Islam. Orang lain kuno dia sokong Anu-war konon moden, sebb anu-war moden boleh pulak mau rampas kuasa melalui pintu belakang!!! selalu pelik tapi d sokong oleh anon2 yang buta hati...pembohong besar.

Yang bersih tak rasuah kunun2 nya Pakatan, padahal lebih dahsyat dan mengerunkan.

semua benda mau kasi percuma, ketut lah percuma..ndak lama Selangor di gadai, tu nahh Mr. Khalid the Gagap Man menerima saman dari Bank Islam untuk membayar hutang berjumlah RM 66.6 juta untuk urusan pinjaman pembelian saham Kumpulan Guthrie...pasal? bes tu hasil pasir Selangor p mana? ke Khalid dan puak2 nya makan pasir kah?..ke masuk poket mengubat penyakit suka bohong..

aik? taip panjang2 ndak habis ni..yang penting jangan kasi lama puak2 pakatan ngam sudah tu..pakat2 lah kamu keluar kalau berani, jangan kasi Lama nanti meggi kamu kembang!

INIKAH YANG HULU SELANGOR MAHU? CALON YANG TERLEBIH2 SUDAH


SOKONG JANGAN TAK SOKONG..


Thursday, April 15, 2010

SAMPAI BILAKAH UNISEL AKAN BERTAHAN DI BAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN RETAK

Tetiba jak aku rasa mau cakap pasal Universiti Industri Selangor (UNISEL) bukan sebab apa? ia hadir selepas aku melawat sahabat ku d sna..

Hairan bin ajaib lah, pasal bila Pakatan ambil alih pemerintahan tambah2 lagi dikepalai oleh mahluk yang bernama Mr. Khalid kemasukan pelajar dan keuntungan UNISEL merundum...uhhhh tulah? pakatan ni rajin sangat berdemostrasi - "perhimpunan Menghitung Masa" lah kunun..."Protes Sejuta" lah kunun...banyak buhung saja!

Statistik menunjukkan kemasukan pelajar merundum dari tahun 2007 seramai 6,758 kepada hanya 400 pelajar pada Januari 2010..uh uh gila punya jatuh ni!

Paling menyedihkan lagi keuntungan UNISEL RM 6 Juta (2007) menjadi negatif RM 20 juta (2009)..

Hai? nah rayang, jangan gara2 kasi free air, free free jua Universiti tutup di Selangor.

Ni lah yang dikatakan "kalau mencari tempat mandi, pertama teluk ke dua pantai, kalau mencari pemimpin, pertama elok kedua pandai dalam kurungan ndak gagap. (terlebih sudah).

P/s buat adik2 d UNISEL belajar kamu bagus-bagus jadi pemimpin yang elok dan pandai, jgn asyek ikut demontrasi ndak berguna nanti otak ndak boleh guna untuk agama bangsa dan negara. sekian

Wednesday, April 7, 2010

Maliau Basin akan dicalonkan Tapak Warisan Dunia


KOTA KINABALU : Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata, kawasan konservasi Lembangan Maliau (Maliau Basin) akan dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia yang baru di negeri ini.

Katanya, Kabinet negeri telah bersetuju dengan cadangan kementeriannya untuk mencalonkan Maliau Basin yang lebih dikenali sebagai “The Lost World” sebagai Tapak Warisan Dunia, selain Taman Kinabalu yang sudah pun diwartakan sebagai salah satu daripada 12 Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak 2 Disember 2000.

Di samping itu, katanya, dalam mesyuarat awal juga ada cadangan supaya Lembah Danum (Danum Valley) juga dimasukkan terus bersama-sama dengan Maliau Basin untuk dicadangkan sebagai Tapak Warisan Dunia yang baru di Sabah.

“Cadangan untuk Danum Valley masih dalam peringkat perbincangan para pegawai, ia sama ada ia dicadangkan bersama secara bersama dengan cadangan untuk Maliau Basin atau dibuat secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada persidangan media selepas merasmikan seminar Sintifik Gunung Tambuyukon di sini, kelmarin. Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Taman-Taman Sabah, Paul Basintal dan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Musa Ahmad.

Masidi berkata, dengan mencadangkan kawasan Malisu Basin sebagai Tapak Warisan Dunia yang baru di negeri ini, ia membuktikan bahawa kerajaan tidak berniat untuk mengusik kawasan itu untuk aktiviti yang boleh mengancam keadaan alam sekitar.

Selain itu, kita perlu menerima hakikat bahawa Maliau Basin mempunyai khazanah alam semula jadi yang unik yang tidak terdapat di tempat lain.

“Banyak pihak yang khuatir, malah ada juga dakwaan bahawa punca utama kerajaan mahu membina loji arang batu di Lahad Datu sekadar hanya alasan untuk mengusahakan arang batu,” katanya.

Maliau Basin terletak di Sungai Maliau dan Sungai Kinbatangan dan Maliau Basin merupakan salah satu kawasan semula jadi

Dalam pada perkembangan lain, Masidi mencadangkan supaya dipromosikan pakej iaitu “dua dalam satu” untuk aktiviti mendaki Gunung Kinabalu bersama dengan Gunung Tambuyukon yang juga terletak dalam kawasan Taman Kinabalu.

Ini katanya, boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi cabaran pengembaraan, kerana selama ini mendaki Gunung Kinabalu sekadar sebagai aktiviti rekreasi dan bukan lagi sebagai ujian fizikal.

“Saya memikirkan kalau kita ingin menambah dan menerapkan elemen pengembaraan dalam pendakian gunung, kita boleh pakejkan pendakian “dua dalam satu” iaitu mendaki Gunung Tambuyukon dahulu kerana ia boleh kita panggil sebagai “The son of Kinabalu” dan selepas itu barulah pendaki mendaki Gunung Kinabalu,” katanya.

Katanya, kita mugkin boleh megwujudkan kategori, iaitu dengan memberikan sijil emas kepada pendaki yang berjaya mendaki kedua-dua gunung tersebut sekaligus.

Masidi berkata, ia bermatlamat untuk menambah cabaran dalam pendakian gunung, ini kerana mendaki Gunung Kinabalu kini sudah terlalu mudah dan kita pastikan supaya ada tarikan baru yang boleh membuat orang merasa teruja untuk datang semula ke Sabah.
Menurutnya, Gunung Tambuyukon yang berada pada ketinggian 200 meter dari aras laut hingga 2,580 meter di pucaknya sangat mencabar untuk para pendaki dengan kawasannya turut merentasi pelbagai jenis tanah dan batuan.