BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Monday, June 29, 2009

NIKMAT PUDING KELAPA DAN KERANG KG. SALUT

Berkesempatan menghabiskan hujung minggu di Kudat pastinya menjanjikan pengalaman baru buat Mawar dan geng2 kerasku...mungkin ramai yang pernah ke Kudat tetapi perjalanan kami lebih dari itu. sepulang dari kudat kami singgah dulu d kiki. Mau di jadikan cerita kami lalu jalan kk balik Sandakan, Kawanku c Bun balik2 ckp mau makan puding kelapa. Jadik dreba kami yang baik dan berbudi pekerti bawa ha kami p Kg. Salut (telipuk). Mula2 tu rasa mengantuk ndak mau jua Mawar turun, bila kawan2 semua turun ku gagahkan hatiku lah menikmati puding kelapa yang sudah dipesan.

Bah? sagar terus mataku, sampai licin jua puding tu kami gasak uh uh. Belum Habis puding kawan pesan kerang bakar, perhhh sadap gia karang nik ada lagi sambal2 nya makan sama limau (ndak nampak tarus telinga hehe memang ndak nampak pun!).

kepada teman2 yang berkesempatan ke Kota Kinabalu jan kamu lupa singgah di Kg. Salut, gerai d org ni tepi2 jalan ja. Pasti menyegarkan dan memberi pengalaman baru, mcm program 'jalan2 cari makanan' bah.

Paling glamour di Kg. Salut ni pastinya kepala bakar. ramai yang mempercayai bahawa kepala bakar boleh menjadi penawar kepada penyakit.
Mula-mula mcm ndak mau makan bah kerang ni, tapi bila sudah rasa ai? na sadap pula gia. dijual dengan harga RM 12.00 kerang bakar ni pasti lain daripada yang lain

Puding Kelapa. nyaman banar di makan bah.


Wednesday, June 24, 2009

SIAPA BAH YANG MAU NI?

(Poster Pilihan Mawar dari blog Abg Tuah)

BILA KITA SAKAP2 PASAL KERAJAAN PERPADUAN, KINI TERLERAI SUDAH YANG MENGUSUTKAN...KU BACA2? KU TENGUK BERITA MCM C HADI BAH GIA YANG MAHU ITU BARANG AH?...MAWAR INGAT G MASA TU KU TENGUK BERITA TV3 C AL HADI TU SAKAP " LAMBAT LAUN UMNO KAN TERIMA JUGA KERAJAAN PERPADUAN"

TUP TUP D ORG SIBUK2 SAMPAI MEETING2 KUNUN NDAK MAU PULAK HE HE HE MCM ADA SIKIT BELENG2 (ORG SABAH CAKAP) INI PAS NI.

D ORG NI TELAMPAU BERILMU AGAMA SALAH2 PUN SUSAH JUGAK!

DULU KU INGAT PAS NI BETUL2 BERJUANG UNTUK MELAYU ISLAM KINI, HEMPEH????? KUSUT SUDAH PIKIRAN URANG2 PAS NI, SEKUSUT FIKIRAN JESICA (URANG UTAN DI SEPILOK) KERANA TIDAK MENDAPAT BEKALAN MAKANAN YANG BAIK.

DARIPADA MENYAKITKAN OTAK KESIMPULANNYA PAS MEMANG TIDAK JUJUR, TERUSLAH MELUDAH KELANGIT YANG KENA MUKA KAMU JUGAK SENDIRI. SEKIAN

Tuesday, June 23, 2009

KALAU PERGI KE SANDAKAN JANGAN LUPA KE PASAR SIM-SIM


Macam buli jadik pantun pulak tajuk posting hari ini. Mawar saja ingin mempromosikan Sandakan bah.

Terutama kepada pengemar sup kaki ayam pasar sim-sim adalah jawapannya di hidang bersama sambal pedas pasti tidak mengecewakan pengemar sup.

Menawarkan harga yang berpatutan pasar sim-sim tidak pernah mengecewakan pengunjung.

Selain sup, pasar sim-sim juga terkenal dengan ikan bakar dan sambal pedas. kepada pengujung yang sering atau baru hendak berkunjung ke Sandakan jadikan pasar sim-sim yang terletak di jalan buli sim-sim sebagai salah satu destinasi untuk menjamu selera.

Friday, June 19, 2009

ADA JUGAK MUSIM IKAN









Salam kepada semua pelayar blog yang proaktif lagi inovatif, kekadang ada yang sensitif...uh Melayari rutin harian ku setiap hari dengan membaca akhbar secara online. termanggu jugak aku seketika pesal al tok guru nik aziz lebih rela bepadu dan memadu dengan dap dari membetuk perpaduan parti Pas tu ngan UMNO..esh2 esh2. Uhm? cerita ni memang langsung tak da kaitan dengan post mawar hari ni. jadik kepada blogger2 yang sekalian yang rapat ngan Tok Guru mereka tu harap2 dinasihatkan la beliau untuk mementingkan perpaduan dikalangan Melayu-Islam dari terus meminum madu yang kian bertukar racun dengan PKR dan DAPe2 tu. Sekian.

Kembali kepada tajuk asal 'MUSIM IKAN' he he...bukan musim buah2an jak ada, musim ikan pun ada bah. Mawar suka mengimbas zaman masa aku kecik dulu dibesarkan di perkampungan nelayan, di pinggir bandar Sandakan. Kalu tenguk awan (seperti gambar yang dipaparkan di atas) musti dalam hati terdetik uhh? ni musti banyak ikan ni di laut. Yelah pernah juga aku bertanya dengan arwa bapa semasa hayatnya tentang kebenaran cerita2 yang mungkin boleh kita gelar sebagai 'Mitos tentang Awan' diceritakan kepada kami masa kecik2 dulu..Bila saja ku bertanya tentang kebenaran cerita ini. soalan ku pastinya berbunyi "betulkan pa kalau awam tu mcm becicik (berkepul2) banyak ikan di laut, musim ikan"????.

Jawapan yang selalu ku terima pastinya positif "kadang2 juga kami di laut tenguk langit, di mana awan bersisik kami ke tempat itulah, selalunya memang banyak ikan"...

hmm detik hatiku ajaib juga petanda yang diberi Tuhan untuk nelayan di laut. Subhallah. Hati ku terus memuji kebesaran Allah, tiada yang mustahil dengan kehendaknya, sebagai manusia semua ilmu Tuhan harus kita teroka agar kita tidak terus hidup dengan berbekalkan perasaan semata2.

Tetapi kejadian-kejadian ini semamangnya punya penjelasan dari ilmu geografi masa kita sekolah-sekolah dulu. Penjelasan-penjelasan yang berlegar di zaman kanak-kanak ku (awan becicik/berkepul=banyak ikan d laut)terus digelar 'Mitos Awan' lantaran manusia dikatakan menginginkan penjelasan yang terlalu cepat tentang sesutau perkara/kejadian alam. Apapun penjelasan ilmiah hari ini mungkin juga banyak yang bersumberkan mitos yang disampaikan dan tersebar dari alam kanak2.

Aku tersenyum sendiri tak kala melihat Awan bersisik, aku ndak ingat pulak apa namanya Cirrostratus, Cirrus ataupun Cirrocumulus kah? (kelompok awan tinggi) apakah?? tapi dalam hatiku terus berbisik "aik awam ikan musti banyak ikan di laut" he he he (mitosnya jugak yang aku ingat uh uh)Apa pun penjelasannya yang penting aku masih bersandarkan bahawa semua yang tercipta di langit dan di bumi adalah bukti kebesaran Allah.

Sekian dulu esok Mawar post kan Kelunakan Sup Kaki Ayam Pasar Sim-sim Sandakan, jangan kasi lama bah.

Thursday, June 11, 2009

Edisi Pagi : Video Adun PR samseng dan 24 Kesalahan mereka semasa Persidangan DUN Perak ke 12 pada 7 Mei yang lalu

Nota Panglima Perang Siber : Sila Sebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia video dan artikel ini untuk menunjukkan perangai sebenar Pakatan Rakyat yang gila kuasa dan tidak hormat Raja sehingga baginda terpaksa menunggu 6 jam sebelum persidangan dimulakan. Adakah rakyat masih mahu menyokong Pakatan Rakyat lagi selepas menonton video ini ?






Sumber-sumber Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri Khamis.

Ini termasuk provokasi,mengeluar kan kata-kata kesat,memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.

Berikut disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.


1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong Mee Meng.

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang bermaksud "pergi mati engkau...." dengan tujuan menghina kepada Y.B. Timbalan Yang Dipertua Dewan.

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.

9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising.

10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui.

12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan.

13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku.

14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.

15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN.

16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas.

17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN.

18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas.

19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan.

20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker.

21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN.

22. 5 – 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang.

24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Wednesday, June 10, 2009

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN

Bulan merayakan pesta Keamatan yang lazimnya dirayakan pada bulan Mei telah berakhir. Apa yang pasti sambutan peringkat negeri telah berlangsung dengan meriah di Padang Merdeka, Kota Kinabalu Sabah pada 7 Jun, 2009 yang lepas. Walaupun perayaan ini adalah amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun di Sabah tapi ia diterima baik oleh semua lapisan masyarakat di Sabah. Perayaan ini bukan saja lambang penyatuan masyarakat Kadazan-Dusun malah ia adalah manifestasi budaya yang disahami oleh semua kaum di Sabah.

Apa yang pasti ia selaras dengan konsep "1 Malaysia', menyatukan masyarakat agar sahami (kongsi) budaya dan apa jua yang baik demi perpaduan dan menghidar sengketa.

Mawar Berkesempatan menghadiri program tersebut yang turut dihadiri oleh T.Y.T Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah, Yang Di-Pertua negeri Sabah & Y.A. Bhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah binti Awang Japar dan beberapa pemimpin tertinggi Malaysia termasuk Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah YB. DSP. Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Ketua Menteri Sabah.

Berkongsi info untuk tatapan pelayar blog mengenai Perayaan ini

Pesta Keamatan (Tadau Kaamatan atau dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bombazon" iaitu menurut kepercayaan suku Kadazan-Dusun adalah semangat padi. Perayaan ini merupakan amalan tradisi yang diwarisi sejak zaman berzaman. perayaan ini pada kebiasaaannya diadakan selepas menuai padi.

Pesta Keamatan yang dirayakan ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi. oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Antara sambutan yang menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. tarian ini ditarikan oleh petani dengan memakai pakaian tradisi. Tarian dipersembahkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibarkan-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

selain daripada persembahan tarian Sumazau, Pertandingan nyanyian "Sugandoi", pertunjukan bina badan dan ratu cantik 'Unduk Ngadau' juga diadakan . Tidak dilupakan persembahan memaparkan segala jenis kesenian dan kraftangan.

Hidangan popular semasa perayaan adalah tapai atau lebih dikenali sebagai "Kinomol". Tapai merupakan minuman tradisi diperbuat daripada beras (nasi) dan ubi kayu. Nasi akan diperam lebih kurang 2-3 minggu. bagi memberi rasa sebenar ia dicampur dengan ragi. Keunikan suku ini menikmati minuman tersebut adalah mereka mengunakan "Sumbiling" iaitu buluh kecil untuk menyedut air tapai dari tempayan besar. Gelas yang digunakan pula pada kebiasaaannya mengunakan buluh yang digelar "Singgarung".

Akhir kata, dari Mawar sama-samalah kita menjayakan "1 Malaysia". Berkongsi citra budaya dan kebudayaan tanpa menjejaskan amalan kita selaras dengan tuntutan agama dan bangsa masing-masing.