BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, November 13, 2009

BERHENTILAH BERPOLITIK UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI

Berpeluang membaca laman akhbar online di petang Jumaat ini, memberi kesempatan kepada aku untuk membaca smua laman yang ada d utusan Online bila bukan laman politik, terpapar berita di bawah ni :
Tindakan Anwar sabotaj
Oleh Saiful Haizan Hasamsaiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Strategi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai satu usaha untuk mensabotaj ekonomi negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussain berkata, tindakan mereka itu akan menyebabkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara terhakis.

Sedangkan kata beliau, kerajaan telah bertindak pantas untuk menangani masalah ekonomi global dengan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi, meliberalisasi pelbagai sektor dan menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia.

“Semua ini untuk memulihkan ekonomi negara supaya rakyat kembali mendapat pekerjaan yang sewajarnya untuk mereka menyara hidup keluarga dan anak-anak yang masih di bangku sekolah.

“Namun apabila wujud usaha yang digerakkan Anwar dan sekutunya untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan, sudah tentu ia akan menyebabkan keyakinan pelabur terhakis dan mereka tidak akan menanam modal di negara kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengenai keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar awal minggu ini.

Menurut Zulkifli, pada mesyuarat tersebut Anwar menasihati ahli-ahli mengenai strategi baru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri.

Mengenai imej negara dari sudut ekonomi, Awang Adek berkata, pelbagai tindak tanduk pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 menyebabkan sebuah akhbar di Jerman baru-baru ini melabelkan Malaysia sebagai mempunyai masalah yang sama dengan Thailand.

“Masalah kita dan Thailand adalah politik yang tidak berkesudahan, jika ada tulisan sebegitu dalam akhbar negara asing, siapa yang nak datang melabur.

“Usaha menarik pelabur asing sekarang bukannya tugas yang mudah kerana kita perlu bersaing dengan negara-negara lain yang juga giat melakukan perkara sama,” katanya.

Awang Adek melahirkan rasa sedih kerana perancangan yang menyebabkan ekonomi negara menjadi mangsa dilakukan oleh rakyat negara ini sendiri, bukannya oleh pihak asing.
Lebih-lebih lagi, katanya, ia digerakkan oleh Anwar yang merupakan bekas Menteri Kewangan yang sepatutnya arif dengan kesan buruk tindakannya.

“Ini sesuatu yang amat tidak adil kepada rakyat, mereka semua (Anwar dan pemimpin pembangkang) mempunyai duit simpanan yang banyak tapi rakyat ada apa? Rakyat hanya menang sorak tapi kampung tergadai, inilah yang sedang berlaku sekarang.

“Dalam suasana ekonomi dunia yang amat mencabar dan kerajaan giat berusaha untuk memastikan negara mampu bersaing di arena ekonomi global, tiba-tiba ada orang kita sendiri yang ‘sekat kaki’ dan mewujudkan halangan dan rintangan, bagaimana kita nak berjaya,” tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, perancangan Anwar itu mungkin disebabkan beliau kini berada dalam situasi ‘buku bertemu ruas’ dengan gandingan Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

.Katanya, walaupun pada mulanya rakyat mempunyai rasa sangsi dengan pelbagai pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan, mereka kini mula merasakan angin perubahan yang sedang berlaku.

kataku: Mungkin Anwar bukan siapa2 untuk kita, tetapi pengaruh beliau dalam memberi maklumat kepada dunia luar sangat2 dan sangat lah "Membahayakan". Tanpa memperdulikan kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Untuk apa? yang empunya diri saja yang ada jawapannya, berhentilah dari berpolitik untuk kepentingan peribadi. Mengata itu dan ini tapi Anwar tetap hidup mewah bersama seisi keluarga.

Benarlah bagai di kata "menang sorak kampung tergadai".

Thursday, November 12, 2009

SUATU MASA DULU AKU NDAK SUKA



SUDAH LAMA BETUL RASANYA TIDAK MELAYARI BLOG INI. RASA RINDU UNTUK BEKARYA MARYA NI DATANG SECARA MENDADAK, APABILA ADA OM YANG SUKA2 HATI MENEGUR BLOG KU YANG TIDAK PERNAH AKU UPDTE DEK KESIBUKAN YANG MELANDA KU SABAN HARI.

ENTAH MENGAPA TETIBA AKU RASA MCM MAU MAKAN TOMATO BUAH YANG SUATU MASA DULU SANGAT TIDAK AKU GEMARI.

HMM...DISEBALIK GEMAR NDAK TIDAK GEMAR, SUKA JUGAK AKU UNTUK MENGETAHUI APA KHASIAT DISEBALIK BUAH INI.

BILA SUDAH TAHU BUKAN JUGAK AKU TAMBAH SUKA, TAPI SEKARANG NI MEMANG BEST LAH MAKAN BILA ADA TOMATO NYAM-NYAM...

MELALUI SUMBER YANG AKU BACA TOMATO KAYA DENGAN ZAT BESI, SERAT, VITAMIN A DAN C IA DIPERLUKAN UNTUK MENGEKALKAN KECERDASAN BADAN DAN BAIK UNTUK MELICINKAN KULIT DAN MERUPAKAN SATU BAHAN AWET YANG PENTING.

SATU KAJIAN MENUNJUKKAN BAHAWA BUAH INI DAPAT MENGURANGKAN RISIKO BAGI KAUM LELAKI DARIPADA PENYAKIT BARAH PROSTAT. INI KERANA TOMATO MENGANDUNGI SEJENIS BAHAN YANG DIGELAR LYCOPENE, DENGAN MEMAKAN 10 BIJI TOMATO SEHARI IA BOLEH MENGURANGKAN SEHINGGA 45% RISIKO PENYAKIT BERKENAAN. INFO DI BAWAH NI MUNGKIN BERGUNA UNTUK PENGEMAR TOMATO...


Tomato atau nama saintifknya Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur .Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Perkataan tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl. Nama spesifiknya, lycopersicum, bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama biasa "epal-serigala"). Antara spesies lain dalam genus Solanum ialah terung dan ubi kentang, serta beberapa spesies beracun.

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.