BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Wednesday, April 7, 2010

Maliau Basin akan dicalonkan Tapak Warisan Dunia


KOTA KINABALU : Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata, kawasan konservasi Lembangan Maliau (Maliau Basin) akan dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia yang baru di negeri ini.

Katanya, Kabinet negeri telah bersetuju dengan cadangan kementeriannya untuk mencalonkan Maliau Basin yang lebih dikenali sebagai “The Lost World” sebagai Tapak Warisan Dunia, selain Taman Kinabalu yang sudah pun diwartakan sebagai salah satu daripada 12 Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak 2 Disember 2000.

Di samping itu, katanya, dalam mesyuarat awal juga ada cadangan supaya Lembah Danum (Danum Valley) juga dimasukkan terus bersama-sama dengan Maliau Basin untuk dicadangkan sebagai Tapak Warisan Dunia yang baru di Sabah.

“Cadangan untuk Danum Valley masih dalam peringkat perbincangan para pegawai, ia sama ada ia dicadangkan bersama secara bersama dengan cadangan untuk Maliau Basin atau dibuat secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada persidangan media selepas merasmikan seminar Sintifik Gunung Tambuyukon di sini, kelmarin. Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Taman-Taman Sabah, Paul Basintal dan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Musa Ahmad.

Masidi berkata, dengan mencadangkan kawasan Malisu Basin sebagai Tapak Warisan Dunia yang baru di negeri ini, ia membuktikan bahawa kerajaan tidak berniat untuk mengusik kawasan itu untuk aktiviti yang boleh mengancam keadaan alam sekitar.

Selain itu, kita perlu menerima hakikat bahawa Maliau Basin mempunyai khazanah alam semula jadi yang unik yang tidak terdapat di tempat lain.

“Banyak pihak yang khuatir, malah ada juga dakwaan bahawa punca utama kerajaan mahu membina loji arang batu di Lahad Datu sekadar hanya alasan untuk mengusahakan arang batu,” katanya.

Maliau Basin terletak di Sungai Maliau dan Sungai Kinbatangan dan Maliau Basin merupakan salah satu kawasan semula jadi

Dalam pada perkembangan lain, Masidi mencadangkan supaya dipromosikan pakej iaitu “dua dalam satu” untuk aktiviti mendaki Gunung Kinabalu bersama dengan Gunung Tambuyukon yang juga terletak dalam kawasan Taman Kinabalu.

Ini katanya, boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi cabaran pengembaraan, kerana selama ini mendaki Gunung Kinabalu sekadar sebagai aktiviti rekreasi dan bukan lagi sebagai ujian fizikal.

“Saya memikirkan kalau kita ingin menambah dan menerapkan elemen pengembaraan dalam pendakian gunung, kita boleh pakejkan pendakian “dua dalam satu” iaitu mendaki Gunung Tambuyukon dahulu kerana ia boleh kita panggil sebagai “The son of Kinabalu” dan selepas itu barulah pendaki mendaki Gunung Kinabalu,” katanya.

Katanya, kita mugkin boleh megwujudkan kategori, iaitu dengan memberikan sijil emas kepada pendaki yang berjaya mendaki kedua-dua gunung tersebut sekaligus.

Masidi berkata, ia bermatlamat untuk menambah cabaran dalam pendakian gunung, ini kerana mendaki Gunung Kinabalu kini sudah terlalu mudah dan kita pastikan supaya ada tarikan baru yang boleh membuat orang merasa teruja untuk datang semula ke Sabah.
Menurutnya, Gunung Tambuyukon yang berada pada ketinggian 200 meter dari aras laut hingga 2,580 meter di pucaknya sangat mencabar untuk para pendaki dengan kawasannya turut merentasi pelbagai jenis tanah dan batuan.