BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Monday, January 19, 2009

TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH

1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.

2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.

3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.

4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.

5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.

6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.

7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.

8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.

9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!

10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.


* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...

12 comments:

Panglima Perang Cyber said...

salam ziarah.

maaf kerana saya tidak perasan saudari juga penyokong bpn.

saya menemuinya di blog rajahmas aka apaingelai.dan terus blog mawarberduri dimasukkan dalam list ahli bpn...

terima kasih kerana memberi sokongan dan moga perjuangan kita akan dapat berkat dan rahmat Tuhan.

Salam.

KHAIRUL said...

APA YANG DI UTARAKAN ADA BETULNYA.TP MASALAH DI KUALA TERENGGANU PAK PILIH KRONINYA SEBAGAI CALON.TIIDA DIBINCANGKAN.DAN BN UMUMKAN CALON TERLALU AWAL SEDANGKAN MASALAH DALAMAN DI PERINGKAT BAHAGIAN X SELESAI LAGI.TGK MCM PAS.MEREKA TGU HARI2 LAST BRU UMUM CALON.DORG SELESAI MASALAH ANTARA DORG DLU.SAYA ADA DI SANA.MEMANG PENYOKONG BN X LARI.TAPI YANG ATAS PAGAR SBLUM INI SOKONG ARWAH DATUK RAZALI TELAH BERALIH PADA PEMBANGKANG N X TURUN MENGUNDI.KEBANYAKKANNYA GOLONGAN PENDIDIK DAN JURURAWAT.DAN MUNGKIN PENYOKONG ARWAH SENDIRI.KERANA SEMASA PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN TEMPOH HARI ABANG KEPADA WAN FARID TELAH KALAHKAN ARWAH DATUK RAZALI DALAM JAWATAN NAIB KETUA BAHAGIAN.DAN WAN FARID MENYOKONG ABANGNYA.MASA KENDURI TAHLIL ARWAH,WAN FARID DGN PENYOKONG2 NYA X HADIRKAN DIRI PUN.YANG DTG DATO SERI NAJIB N DATUK SERI HISHAM.KESIMPULANNYA BUKAN SALAH TUN.APA YANG DI SUARAKAN TUN ADA BENARNYA.

KHAIRUL said...

untuk pengetahuan penulis saya seminggu di sana.yang buat keje semua jentera luar.cawangan2 di situ tidak bersatu.bila buat perjumpaan bersama cawangan ada saje masalah yg di timbulkan.lagi pun wan farid sblm nie x penah turun ke bawah walau beliau ketua bahagian kat situ.

Junid Bin Gunsalam said...

HYE GENG...
SAYA SUKUNG PENDAPAT KO TU. KALU TIDAK KITA TAKUT BANGSA DAN NEGARA KITA TERGADAI ANGKARA PERGADUHAN PEMIMIPIN BN. SUDAH LAH ANWAR, HADI DAN NIK AzIZ TIDAK BLOEH DI HARAP. PEMIMPIN KITA LAGI BERAKARAN SESAMA SENDIRI...HEHEHE

BAH KO KOMEN2 LA BAH BLOG SY...

MAWAR BERDURI said...

dear pang5!

mawar tidak lah pernah berkecil hati walaupun pang5 tidak memeransankan kehadiran ku dalam bpn kerana mawar bersama bpn ikhlas di hati bukan kerana ingin anugerah mawar paling cantik@ apa2 juga anugerah yang pang5 tawarkan.

teruskan perjuangan mawar sentiasa bersama BPN. UH UH

rumandawi said...

lepas PAS menang ni x timbul pulak soal pengundi hantu la,PDRM berat sebelah la, SPR berat sebelah la n mcm2 lagi yg berat sebelah...bukankah sebelum ni PAS ataupun PR menuduh BN main politik kotor? jadi kesimpulannya BN adalah parti yg BERSIH DAN ADIL.

MAWAR BERDURI said...

kepada en. khairul

dalam perjuangan membela nasib agama, bangsa dan negara, semua pihak harus muhasabah diri.

biar sedikit sumbangan kita, yang penting kita telah berjuang secara ikhlas. pecayalah en. khairul yang budiman, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya untuk kita renungi bersama.

MAWAR BERDURI said...

kehadapan junid!

kalau kau di layan bah. mawar selalu buka blog ko bah, tapi belum ada wktu tuk komen. karang2 aku free aku bagi ah kata2 hikmah tuk ko ah.. hehe

selamat berblog junid. all d best

Anonymous said...

Salam, sdr. khairul ada hikmah BN kalah di KT, kalah tak semesti nya jalan noktah, apa yang sedara nampak itu jugalah diharapkan DS Najib nampak, (Pak Lah dah tak boleh harap lagi)dan membetulkan keadaan bukan saja di terengganu malah di semua negeri, berani mengubah cara, jangan diikut sangat sistem hiraki, suara orang bawahan dan kehendak org bawahan diambil pertimbangan sebelum dibuat keputusan. KT BN masih mendapat undi 30,000 lebih dah itu membuktikan BN disana masih diterima rakyat.

Sedara teruskan perjuangan, tahniah kerana memberi sumbangan untuk mempertahankan maruah BN di KT.

Ali Abdullah said...

salam mawar,

sepatutnya tiada berlaku di dalam umno. Tun seharusnya melupakan usahanya terus menerus mengkritik PM sehingga menyebabkan perpecahan di dalam parti.

Mengapa tidak dihentam sahaja parti yang terang-terangan mencabar hak bumiputra dan melayu seperti DAP? Apa untungnya PM kita diburuk-burukkan, jika pada masa yang sama Pakatan Rakyat terus meraih sokongan daripada rakyat yang terkeliru?

Kita kena terus bersama berjuang mempertahankan khazanah warisan yang dipertahankan selama ini tanpa mengira dari mana kita datang dan di mana kita bertapak.
Tanpa adanya kesedaran ini, maka kita tidak akan lihat lagi semua yang kita kecapi dalam masa-masa yang akan datang.

B-Thinker said...

Tun M keluar parti UMNO je...pada saya Tun M masih ahli UMNO...seluruh jiwa raganya adalah UMNO...Tun M lebih memahami tindakannya.. Tun M sayangkan UMNO tetapi Tun M lebih sayangkan umat Melayu yang cuba di hancurkan oleh pemimpin UMNO sendiri!

Anonymous said...

Huh....berdamai???
Lepas dr.gila babi tu palit tai dimuka pak lah...ko suruh berdamai,?? apa..ko pun ikut gila sudah kahhh???
Dr.gila babi tu adalah musuh UMNO no.1 sekarang....dia punya misi utama ialah menghancurkan UMNO...
Lupakan dia...dia ada atau tiada, sama ja...UMNO terus maju...