BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, January 2, 2009

SEBELUM PARTI KOMPONEN PR HILANG KEPERCAYAAN, ANWAR TERPAKSA BERTINDAK CEPAT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah ternyata sedang menghadapi masalah dalaman semakin ketara. Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam sudah bergeseran dengan PAS dan Menteri Besar Selangor.

Speaker ADUN Selangor sudah bertelagah dengan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, PKR sudah goyang apabila Datuk Fauzi Abdul Rahman ambil alih tempat Zakaria Abdul Hamid.

Di Sabah pula sudah mempersoalkan??? kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih pengerusi PKR Sabah dan Sarawak, 7 orang dilucutkan jawatan dan daripada 11 orang, hanya 4 sahaja yang dikekalkan.

Jeffry yang dilucutkan jawatan Pengerusi Sabah sudah menyatakan tidak puas hati terhadap Anwar yang menempatkan dirinya sebagai pengerusi kedua-dua buah negeri Sabah dan Sarawak menunjukkan seolah-olah orang Sabah dan Sarawak tidak ada yang layak.

Dalam hal Manikavasagam, PKR akan menghasak beliau meletak jawatan yang mana Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di kawasan Kapar dalam waktu terdekat ini.

Naib Presiden PKR, Syed Husin Ali dikatakan sudah mula naik angin kerana anggota PKR menggunakan media untuk menegakkan benang basah masing-masing.

Namun perkara yang menggodak kestabilan PKR dan PR tidak dapat dielakkan kerana pihak media tidak akan mendiamkan diri dan terus mendedahkan apa saja perbalahan yang berlaku dalam PR itu walaupun ia dilarang oleh Syed Husin.

Syed Husin boleh melarang orang-orangnya supaya tutup mulut dan segera duduk di meja bulat cari penyelesaian. Tetapi masing-masing tidak boleh diam kerana pendedahan rasa tidak puas hati itu dirasakan perlu bagi mereka yang terlibat dan kerana mereka tertekan dengan keadaan sekarang.

Rata-rata mereka yang dilucutkan jawatan menganggap ini adalah permainan kotor yang dirancang oleh Anwar yang mula tidak yakin dengan pengerusi-pengerusi negeri untuk menjalankan tugas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Walaupun dijangka Anwar menjadi pengerusi di Sabah dan Sarawak hanya bersifat sementara, tetapi itu adalah percubaan Anwar mengenepikan orang tempatan kerana pada mata Anwar, orang Sabah dan Sarawak belum pandai bermain politik dan mudah dikotak katikkan oleh orang BN yang tentunya mempertahankan kedua-dua negeri itu yang membawa kelebihan kepada BN.

Perebutan BN dan PR di Sabah dan Sarawak dijangka sentiasa panas kerana keinginan Anwar untuk menawan kedua-dua negeri itu dengan apa cara sekalipun telah diketahui lama oleh BN.

Tanpa Sabah dan Sarawak, kedua-dua BN dan PR akan menjadi lemah di peringkat pusat. Kerana itulah fokus Anwar di Sabah dan Sarawak tidak dapat dinafikan kesungguhan beliau memberi perhatian penuh.

Dalam pada Anwar sibuk mengatur strategi di Sabah dan Sarawak, PKR di Semenanjung telah timbul macam-macam masalah yang memungkinkan Anwar akan berhadapan dengan nasib yang dikendong tercicir dan yang dikejar tak dapat.

Walaupun isterinya Wan Azizah selaku presiden PKR, tetapi pada hakikatnya Anwar adalah yang berkuasa untuk membuat sebarang keputusan untuk parti itu. Dalam pada itu juga antara parti dalam pakatan seperti PAS dan DAP sudah mula meragui antara satu sama lain apabila PAS melalui Husam Musa telah memulakan propaganda hukum hudud yang kemudiannya mendapat tentangan hebat dari DAP.

Penganalisis politik berpendapat, kekecohan yang berlaku dalam PR ialah disebabkan ramai daripada anggota pakatan tersebut termasuk dari dalaman PKR sendiri sudah hilang keyakinan terhadap Anwar setelah beliau gagal menjadikan tarikh 16 Septermber lalu sebagai hari PR meraikan sambutan mengambilalih kerajaan daripada tangan BN.

Malahan yang menyebabkan Anwar terpaksa melucutkan jawatan beberapa orang kepercayaannya sebelum ini adalah atas sebab mereka adalah antara yang mencemuh kewibawaan Anwar dan menganggap taktik Anwar yang penuh mulihat itu memalukan 'orang kuatnya' sendiri.

Langkah Anwar cuba mengawal Sabah dan Sarawak secara sendiri akan menjadi sebab utama Anwar akhirnya kecundang lagi kerana sentimen kenegerian di sana masih kuat dan dengan mudah Anwar di tolak mentah-mentah.

Nampaknya, kembalinya Anwar dalam dunia politik tidak akan kekal walaupun beliau berjaya menang besar di Permatang Pauh dan berjaya mengetuai barisan pembangkang di parlimen, tetapi pertanda sudah menunjukkan kemuncaknya tidak terus kekal apabila beliau tidak lagi dipandang sebagai insan yang boleh dipercayai.

Sikap tergesa-gesanya untuk mengambilalih kerajaan masih lagi dilihat bagaikan terpaksa dilakukan kerana berhasrat untuk menutup kes liwat dengan Mohd Saiful yang masih hangat diperkatakan. Itulah yang menghantui Anwar hingga terpaksa bertindak cepat sebelum semua parti dalam PR hilang kepercayaan terhadap beliau.

Oleh Mahfir Sabtu

Mawar: Kalau manusia dah gila kuasa memang macam ni lah jadinya...kunun mau bantu sabah serawak yang terabai oleh pemerintahan BN. Rakyat Sabah Sarawak tak cakap pun, pasal Anwar yang sibuk2 ah. Ni bukan sibuk mau tolong ni tapi lebih kurang mau jadi macam along hisap darah (mcm drakula) mengebas harta negeri org kalu hebat ndak pa. cakap banyak2 pun ndak guna. mudah2an rakyat Sabah secara keseluruhannya tidak kan terpedaya dgn manusia licik ni. Hm? sudalah nanti tekanan darah mawar naik plak mendadak. sama2 kita fikikan nya.!

4 comments:

waritarakyat said...

Orang semua tahu sikap dan strategi DSAI tu.... Jangan bimbang orang Sabah & Sarawak tak akan termakan umpannya. Cuma sebahagian kecil penghianat negara kita perlu hapuskan kerana orang ni sanggup menggadai maruah bangsa.

Anonymous said...

salam mawar,

Memang setuju dengan mawar.. Anwar hanya nak mempergunakan orang lain untuk naik, dia tak kira sapa. Yang penting dia boleh naik. Itulah sikap orang yang jual ikan. (sellfish).

Tahniah juga diucapkan kepada jeffrey sebab sebelum ini pun dia adalah orang yg bekerja keras utk mat kencing ni. Hasilnya indah untuk dibuat sebagai amaran dan peringatan rakyat di sabah dan sarawak ini.

Berhati-hati semasa memilih pemimpin. Orang yang hendak memperjuangkan keadilan sendiri tidak ada niat nak memperjuangkan nasib orang lain.

Captain Jack said...

Salam Mawar dan rakan2 lain...

PKR yang setahun jagung itu, dan masih belum ‘baligh’ lagi, tidak faham apa itu pakatan. Orang melayu kalau sebut istilah ‘pakat’ biasanya merujuk kepada pekerjaan yang tidak baik. Ini berbeza dengan perkataan ‘kerjasama’

Mana mungkin Anwar mententeramkan pembantu-pembantu dan rakan-rakan beliau daripada yang berlainanan keturunan iaitu dari kalangan Cina dan India!. Setelah dia menggunakan ’senjata’ untuk merosakkan perpaduan dalam BN (malah rakyat Malaysia), maka sekarang ini, senjata yang serupa telah memakan dirinya sendiri. Inilah contoh dan tauladan, serta kesan daripada ’senjata’ yang akan memecahkan PKR, dan akan terus melarat kepada PR yang juga terdiri daipada PAS dan DAP.

Akal daripada pimpinan Anwar yang jelas tidak berfikiran jauh dan hanya cetek akal untuk mendapat kemenangan sementara. Dia telah melakukan banyak kerosakkan, bukan hanya pada BN malah pada PKR itu sendiri, dan yang lebih menyedihkan merosakkan perpaduan kaum dan kestabilan negara.

Kita bernasib baik PR tidak menguasai Kerajaan Persekutuan… Jika tidak akibatnya tentulah parah pada negara dan rakyat Malaysia.

Anwar sebenar buruk berpolitik. Dia hanya akan mencapai kejayaan yang seketika, sambil merosakkan Malaysia.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat…
Masa untuk kita tolak PR…

Salam Perjuangan

CJ

Anonymous said...

salam, sdri mawar, usaha sdri murni, teman bangga dgn usaha sdri, kesedaran kepada gadis muda perlu di tekankan.

sesiapa yg kenal sebenar2nya ANWar tahu akan kebolehan nya dan kepakarannya yg sebenar2, bagi yg tak mengenalinya akan terjerumus dan terpesong, teman bercakap sebab teman kenal AN War sejak tahun 1990 lagi, kebolehannya dalam melakunkan gaya bahasa dan gaya penampilan amat tinggi jaguhnya, sebab dia tahu dalam politik kata2 senjata utama, kerja belakang kira.

ANWar cukup cekap mengguna psikologi dalam menarik dan mengguna mereka yang membiarkan diri mereka digunakan.

teruskan sdri.... ada masa teman lawati blog sdri. biasa teman di blog sahabat baik teman abangtuah, apai ngelai dan pemuda enggang. wassalam.