BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Thursday, January 1, 2009

Pusat Memproses Tongkat Ali Di Kota Marudu

Sebuah pusat memproses produk Tongkat Ali akan diwujudkan di Kota Marudu untuk memajukan lagi dan memberi nilai tambah kepada pengeluaran tanaman herba popular itu di daerah berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili, yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu, berkata daerah itu merupakan pengeluar terbesar Tongkat Ali di Sabah dengan kebanyakannya dipasarkan secara mentah di Semenanjung dan negara-negara jiran.

"Tanaman Tongkat Ali atau Eurycoma Longifolia adalah tanaman herba popular kerana kandungan antioksida yang tinggi dan boleh menguatkan tenaga dalaman."

Tanaman itu banyak tumbuh secara semulajadi di kawasan Langkon tetapi terlalu banyak yang ditebang sehingga bilangan tanaman itu yang tinggal berada pada tahap kritikal.

"Dengan mewujudkan kemudahan itu, ia akan menggalakkan banyak usaha penanaman Tongkat Ali dan teknologi memproses yang akan memberi nilai tambah kepada produk serta meningkatkan pendapatan petani," kata Maximus (Isnin Lepas).

kira-kira 70 petani akan terlibat dalam projek itu. Bernama

Mawar : Berminat membaca berita ini, bukan apa tak sangka pulak mawar rupa2nya Kota Marudu (terletak di utara Sabah bagi yang tidak tahu la) pengeluar Tongkat Ali yang terbesar di Sabah...

Mawar percaya dengan ke poweran tongkat ali ni menguatkan tenaga dalaman,(kalau dah minum terus bertenaga untuk bekerja dan tidak mengantuk hm) bukan itu saja baunya yang harum best di jadikan minuman panas untuk brk1st. Uhuh

Selamat Mencuba bagi mereka yang tidak pernah meminumnya.

4 comments:

Apai Ngelai said...

Salam mawar,

Boleh order ke? Itu untuk menguatkan segala jenis tenaga bagi lelaki haha..

Minum power root tak cukup kuat sebab sudah dicampor ngan gula..

Kawan nak minum air rebus tongkat ali itu lah.. yekk.. walaupun pahit pasti ku telan jua..

MAWAR BERDURI said...

salam apai?

ngarang juga kau ni.

alang2 kau minum airnya, kau makan ja lah bah tingkat ali 2 kunyah sampai lumat. sapa tau ko bleh bertukar jadi pai epal ke? hehhehe

ok tak cadangan mawar ni. uhuh

jgn marah ah apai, nanti sayap ko luka terhiris ole tongkat ali. tq

panglimapitas said...

ABANG PUN MAHU TONGKAT ALI TU SUPAYA BERCERAMAH PUN POWER.HEHE

MAWAR BERDURI said...

dear pang5 pitas.

ai nah tuan? kalu ko tinggal di pitas dakat saja bah tu Kuta marudu ko tempah ja..tak da masalah. k tq