BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Wednesday, December 31, 2008

Polis kenal pasti lelaki hina Nabi Muhammad

Pihak polis telah mengenalpasti pihak yang dipercayai terbabit dengan penulisan dan penyiaran gambar yang menghina Nabi Muhammad melalui sebuah laman blog.

Namun, siasatan polis masih diteruskan lagi memandangkan server yang digunakan bagi penyiaran blog berkenaan berada di luar negara.

''Kita juga dapat tahu laman blog itu menggunakan server di luar negara dan ini satu tugas yang sukar tetapi kita akan cuba yang terbaik,'' katanya.

Sehubungan itu menurut beliau, satu pasukan khas di bawah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) bagi mengesan dalang penerbitan laman blog berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan beret Pasukan Gerakan Khas (PGK) kepada 48 anggota 69 Komando dan Unit Tindakan Khas (UTK) di Ipoh.

Ismail menyatakan demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan dakwaan penglibatan seorang wanita Melayu mengenai penulisan dan penyiaran gambar yang menghina Nabi Muhammad.

Wanita berkenaan telah tampil menafikan pembabitannya dan mendakwa nama beliau telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
agendadaily

1 comment:

Suraya said...

Blog baru....

adibahahmed.blogspot.com

Jom FLAG!

Lepas Adibah Ahmad, keluar lah pula blog Adibah Ahmed! Aduhai...

Short Talk