BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Thursday, December 11, 2008

AIDILADHA BERLALU SEBU MENGIMBAU BERITA LALU

Memulakan bicara dengan mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi peluang kepada mawar hidup di bumi Malaysia yang aman. Mawar dapat menyambut raya aidiladha bersama keluarga dengan penuh bahagia.

Teringat pada kata-kata seorang teman katanya "di saat kita membuka mata di waktu pagi, seribu kali ucap syukur pun belum dapat mengantikan betapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia".

Isnin, 8 Des 2008. Pagi2 lagi mawar baca paper 'Berita Harian' dalam ruangan 'Berita Dunia' hati mawar bertukar menjadi sebu page 37, dipaparkan gambar seorang warga Palestin yang terpaksa mengunakan terowong bawah tanah yang melintasi Gaza dan Mesir dekat Rafah untuk membawa kambing menjelang sambutan Aidiladha berikutan Israel terus menutup lintasan sempadan.

Sebu di hati bukan saja kerana melihat penderitaan rakyat Palestin, tetapi kerana menyedari hakikat bahawa terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak menghargai keamanan yang telah kita kecapi sehingga hari ini.

Sambut lah apa saja perayaan agama masing2. tak kan ada yang terpaksa mengunakan lorong bawah tanah membawa bekalan makanan untuk keluarga...(kalau ada pun itu kisah naik tren bawah tanah ke Kampung Baru (2 ja pengalaman yang mawar ada)

Tidak habis dengan berita itu, mawar layu seketika sebelum berkembang semula (jadi bunga lain pula kot?) dengan kehadiran seorang manusia yang boleh digelar Dajjal bagi BPN (Blogger Pembela Negara) Dajjal ni mengelar dirinya Surind. Ramailah yang membari komen di blog manusia ni, mcm2 ada...tapi buat ndak best ni ada yang menyokong dan berkata Penganut Islam mudah melata tak bleh tegur sket (lebih kurang mcm gitulah kata2 mrk)..aku rasa yang memberi komen ini lagi Dajjal dari c Surind.

Adakah? manusia di muka bumi ni bila Amalan dalam agamanya di keji dan di hina boleh buat bodoh ja dan merasa bahagia. Mawar tak paham dengan manusia yang boleh berkata sedemikian!. Buta hati lah kali 2. Ada kata2 pujangga mengatakan "Manusia yang paling rugi di muka bumi ni adalah mereka yang tidak punya rasa hormat pada org lain" sebelum kita menghormati orang lain, perkara pertama adalah kita perlu menghormati diri kita sendiri.

kesimpulan bagi org2 yang suka menghina agama org adalah mereka tidak menghormati agama yang mereka anuti (jadi pertimbang2kanlah diri anda sebelum berkata2) kerana mulut badan binasa.


Setelah Surind menguris hati segenap pelayar blog yang berkesempatan membaca catatan yang paling jahil yang pernah Mawar baca..hari ini kwn2 BPN memaparkan di ruangan Chatroll ucapan maaf Surind. Apakah Surind benar-benar insaf? Adakah anda dapat memaafkan perbuatannya???

Tapi dalam Islam mungkin Surind n d geng pernah mendengar "sedangkan Nabi Muhammad maafkan umatnya" kalau ada yang tak faham n tak mau faham itu hak anda

Akhir kata Agama Islam, Agama Rasmi Malaysia dan penganut agama lain boleh mengamalkan ajaran agama masing2. Itu termaktub dalam perlembagaan.


3 comments:

Captain Jack said...

Salam…
JOM KITA FLAG
http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

lihat pada header blog ada satu butang "Flag blog"...

anjurkan pada para pembaca untuk menggunakan butang itu sebaiknya.

fungsi butang tersebut ialah untuk melaporkan pada blogger.com bahawa blog tersebut mengandungi unsur2 yg tidak dibenarkan atau SPAM.

orang seprti ini tidak takut pada ugutan, jadi kita gunakan kecerdikan. flagkan blognya supaya blogger.com bertindak menutup blog tersebut.
Salam Perjuangan….

Jack Sparrow

Panglima Perang Cyber said...

salam perkenalan mawar...

nanti saya ajak geng BPN datang ziarah mawar di sini.

salam.

MAWAR BERDURI said...

salam jack n pang5

ziarah2 pulak mcm mawar ni meghidap penyakit mcm c surind 2 hehehe..

by d way tq...datang umah lain kali buat ah kupi sendiri