BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Tuesday, May 4, 2010

ROBERT LAU JUNIOR CALON BN DI SIBU

SUPP Pilih Sepupu Mendiang MP Sibu Sebagai Calon BN

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah memilih peguam Robert Lau Hui Yew sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini .

Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yakin BN bakal mengekalkan kerusi Sibu, berikutan perpaduan erat dalam kalangan parti komponen BN negeri dan maklum balas positif rakyat kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui konsep 1Malaysia.

Hui Yew, 45, lebih mesra dikenali sebagai Robert Lau Junior, merupakan dua sepupu kepada penyandang kerusi Sibu selama lima penggal, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Beliau diuar-uarkan dipilih sebagai calon BN berikutan penyertaan aktif beliau dalam parti dan perwatakannya yang mesra dan mudah didekati, khususnya dalam menyelesaikan masalah penjaja di bandar Sibu.

Hui Yew, yang telah menjadi anggota SUPP selama 17 tahun adalah penolong bendahari SUPP cawangan Sibu.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei.

1 comment:

Apai Ngelai said...

aku nak undi KFC jer la... (Kakitangan kerajaan Facebook Community)

hahahaha......