BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Wednesday, March 18, 2009

SOAL JAWAB BERKAITAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN) DI PERAK : SIRI III

PERSOALAN KETIGA : Mengapa pelantikan MB baharu dibuat sedangkan MB lama belum berundur?

3.1 Isu ini tidak sepatutnya timbul jika Datuk Seri Nizar taat kepada titah yang telah diputuskan oleh Sultan tetapi beliau sengaja derhaka dengan menganggapkan dirinya masih Menteri Besar.

3.2 Sultan telah berlaku adil dengan memberi masa kepada Datuk Seri Nizar untuk berfikir supaya melepaskan jawatan. Namun, beliau tidak berbuat demikian kerana beranggapan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar masih sah di sisi Undang-Undang Tubuh Negeri. Siapakah beliau dibandingkan ke Bawah DYMM Baginda Sultan di sisi Undang-Undang Tubuh Negeri Perak?????

3.3 Datuk Seri Nizar juga secara terang-terangan telah melanggar sumpah beliau sebagai ADUN kerana dalam sumpahnya beliau menyatakan "Sesungguhnya saya Nizar Jamaluddin bersumpah akan taat setia kepada Sultan"

3.4 Sultan tidak sama sekali memecat MB sebaliknya apabila seorang MB sudah tidak mendapat sokongan majoriti maka Undang-Undang Tubuh menyatakan beliau wajib meletak jawatan MB.