BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Tuesday, March 17, 2009

SOAL JAWAB BERKAITAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN) DI PERAK : SIRI II

PERSOALAN KEDUA : TINDAKAN SULTAN PERAK DILIHAT BERCANGGAH DENGAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK SERTA PERASAAN DAN PANDANGAN RAKYAT

2.1 PERKARA 16 (6) - Baginda mempunyai kuasa mutlak tidak memperkenankan pembubaran DUN. Secara automatik jawatan Menteri Besar dan Jemaah Exco gugur.

2.2 PERKARA 12 (2) - Walaupun Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mensyaratkan pelantikan Menteri Besar hanya dari kalangan Orang Melayu dan Beragama Islam sahaja tetapi Undang-Undang Tubuh turut memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik Menteri Besar selain daripada orang Melayu/Islam jika baginda menimbangkan berfaedah berbuat demikian. Sebagai contoh, Sultan Perak telah mengunakan kuasa mutlaknya ini dengan melantik Datuk Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar walaupun PAS bukan majoriti berbanding DAP selepas PRU 12. Kenapa ketika itu tidak timbul isu Sultan melaksanakan kuasa Baginda secara bercanggah dengan undang-undang Tubuh dan tidak mengambil perasaan atau pandangan rakyat (khususnya bukan Melayu?)

2.3 PERKARA 16 (2a) - Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri yang pada pendapatnya boleh mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain.

2.4 PERKARA 18 (2a) - Kuasa-kuasa Sultan untuk "memutuskan mengikut timbangannya sendiri" termasuk dalam perkara "melantik Menteri Besar". satu lagi dalil kuasa mutlak Sultan adalah di bawah Perkara 16 (7) yang berbunyi -

6(7) Tertakluk kepada Fasal (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan Duli Yang Maha Mulia, tetapi seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu bolehlah pada mana-mana ketika meletakkan jawatannya.

2.5 PERKARA 7, Akta Tafsiran - menguatkan lagi kuasa Sultan yang memegang, menjawat dan menjalankan fungsi-fungsi jawatannya.

2.6 PERKARA 17 (Perlembagaan Persekutuan) - Perlembagaan Persekutuan telah jamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu. Ini bermakna semua kuasa budi bicara Sultan Perak sebagaimana yang termaktub di bawah perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (sebagai Perlembagaan Negeri) adalah kuasa mutlak Baginda dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

1 comment:

Sedingin Salju said...

Ok, terima kasih. Bagus ni.