BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Saturday, June 25, 2011

ANWAR IBRAHIM WAJIB LETAK JAWATAN - UTUSAN ONLINE

Anwar wajib letak jawatan – Zul Noordin


KUALA LUMPUR 24 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib meletakkan segala jawatannya selepas dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk ‘T’ menyerupai Ketua Pembangkang itu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, pakar dari AS itu juga mengesahkan rakaman video seks terbabit adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) serta ‘superimpose’ (imej ditindih).


Menurut beliau, bukan itu sahaja, kamera litar tertutup (CCTV) hotel turut membuktikan Anwar dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berada di lobi hotel tersebut ketika tarikh rakaman klip berlaku.


“Dia wajib letak jawatan. Semua jawatan. Tiada dolak-dalih, tiada putar-belit dan tiada bohong lagi. Semuanya sudah jelas. Letaklah semua jawatan; politik, kerajaan dan lain-lain.


“Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh; letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang; letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR serta letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.


“Hentikanlah sandiwara dan lakonan jijik serta kotor ini. Hentikanlah mengheret dan memperkudakan para ulama terutama dari Pas. Ringkasnya, pergilah bertaubat. Cucilah diri,” katanya dalam entri terbaru bertajuk ‘Dah terang bersuluh pula!’ di blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.


Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, selain pengesahan pakar dan bukti daripada CCTV, kelibat Shazryl Eskay turut muncul dalam klip video tersebut.


“Klip video berkenaan juga mengesahkan terdapat tiga watak di dalamnya iaitu seorang lelaki (Shazryl Eskay), seorang lelaki dikenal pasti sebagai Anwar dan seorang wanita berbangsa Cina.


“Perlu saya tekankan di sini, kita tidak menuduh Anwar berzina dengan wanita itu. Itu persoalan yang perlu dibuktikan di Mahkamah Syariah berdasarkan beban pembuktian yang ditetapkan syarak.


“Apa yang penting di sini ialah video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam,” tegas beliau.
Katanya, dalam beberapa kejadian yang berlaku di AS, Turki dan Indonesia sebelum ini, sudah ramai golongan pemimpin dan ahli politik bertindak meletak jawatan ekoran terlibat dengan ‘jenayah’ lucah.


“Tetapi di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dengan pembuktian asid deoksiribonukleik (DNA) yang jelas dan dengan klip video yang disahkan tulen, Anwar bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral beliau itu.


“Kadang-kadang, bila tengok rentetan peristiwa di luar negara, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka,” ujarnya.


Zulkifli kemudiannya menggesa rakyat supaya berhati-hati ekoran sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkannya bahawa terdapat perancangan untuk membuat satu klip video palsu atau mengubah suai klip video yang ditayangkan Shazryl Eskay sehingga menimbulkan keraguan.


“Video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat. Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat laporan polis mendakwa UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar klip video itu,” tambahnya.


Madah Berulam Sindiran : Ke ke ke ke....ngam sangat lah statement ni, dah anak dia mo pilihanraya di Malaysia ni konon bersih mcm d Turki than suruh ahhh bapa dia letak jawatan diatas semua skandal mundal yang hangat di pasaran sama seperti yang pemimpin2 Turki lakukan..cheng ceng cheng...:P

2 comments:

Apai Ngelai said...

wajib letak jawatan.. aku sukong.. kalau ada pilihanraya letak jawatan nuar tu, aku sanggup pi register..

MAWAR BERDURI said...

heheh..ko jua lah apai..pa kata buat pungutan/tandatangan blas2 juta plak rakyat msia tuk sokong anu-war letak jawatan..siuk!!!!