
teringat iklan kat tv...Tiada Binatang Mcm Manusia Tapi ramai Manusia Mcm Binatang (Kes Buang Bayi) Kalau isu ni, d buat iklan boleh lah skrip nya lebih kurang:
" Tiada Biawak Lidah Macam Manusia Tapi Ramai Manusia Lidah Macam Biawak" hehehe
BARISAN NASIONAL BARISAN KITA
Penghinaan yang terbesar yang PAS lakukan dan sangat-sangat tidak boleh diterima oleh Masyarakat di Rumah Panjang adalah isu "Pakai Cawat"...sangat tidak memaparkan moral seorang yang meninggikan syiar Islam dengan menghormati budaya dan agama orang lain. Inilah yang boleh dikatakan sebagai "kerana MULUT BADAN BINASA"...baru kamu rasa!
Gesaan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din agar semua pihak termasuk pembangkang menghentikan penggunaan isu kalimah Allah sebagai modal politik pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, memaparkan Kempen PAS di Sibu membantu DAP akan mengadaikan maruah perjuangan PAS yang sebenar. Menjual agama dan prinsipnya demi kuasa yang belum tentu menguntungkan PAS dan mahluk didalamnya.
PKR janganlah cerita, dah macam gila meroyan dan buat kempen di Sibu...cerita panjang-panjang pun tak guna PKR memang tak di terima langsung di Sibu tak masuk kisah c DAP lagi best, kali ini cerita ini berlaku di Rumah Panjang Bulu, ada la rombongan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng di usir oleh Tuai Rumah..ka ka ka balik lah bagus!
dengan kemudahan yang serba canggih dan hampir sempurna penduduk kawasan rumah panjang ini memberikan reaksi yang cukup positif terhadap pemimpin BN yang turun padang. Bagi mereka hanya kerajaan BN sahaja yang akan merealisasikan impian dan hasrat penduduk untuk terus menikmati kemudahan yang sewajarnya mereka nikmati dalam arus pemodenan hari ini.
Isu yang hangat diperkatakan hampir di kesemua rumah panjang di Sibu adalah penghinaan Pakatan (PAS) terhadap budaya cara berpakaian bagi Rakyat Iban di Sarawak yang bagi mereka hanya 'memakai cawat'. Bagi penduduk di kawasan Rumah Panjang tidak guna untuk memilih pemimpin yang tidak tahu menghormati budaya rakyat Sarawak ia adalah satu penghinaan yang besar dan tidak boleh di maafkan.
Teringat kata2 seorang teman berketurunan Cina katanya di suatu petang yang damai, menjawab soalanku mengapa keluarganya ingin terus menetap di Malaysia jika diberi pilihan untuk ke negara lain. katanya " disaat pertama kali dia membuka mata di waktu pagi, seribu kali ucap syukur pun belum cukup untuk mengantikan betapa bertuahnya dia hidup di Malaysia, tidak pernah merasa takut"...katanya lagi dia dapat belajar tinggi2, dapat cari kerja di mana dia mau.
Hatiku bermonolog kalau semua rakyat Malaysia tahu mensyukuri nikmat sebagaimana sahabatku ini pastinya mudah untuk kita menjelaskan bahawa tidak ada kerajaan terbaik selain Barisan Nasional yang mampu membangunkan negara dengan penuh keamanan dan ketenteraman dalam sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum.
Berbalik kepada cerita Di Sibu, secara peribadi aku dapat rasakan Sibu adalah Bandar yang cukup indah dan mewah, jika rakyatnya tidak dapat merasakan ini mereka adalah golongan yang rugi.
Aktif dalam persatuan dan pertubuhan merupakan Calon anak tempatan. Berkelulusan Ijazah Undang-undang Robert Lau Junior bakal menyuntik semangat kepada golongan muda untuk mengundi Barisan Nasional.
Kolej Laila Taib dahulunya dikenali sebagai United College Sarawak (UCS), Kerajaan negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah mengambil alih pentadbirannya atas pelawaan lembaga pengurusannya.
Dinamakan Kolej Laila Taib sempena Allahyarhamah Datuk Amar Laila Taib. Kolej Laila Taib akan memberi Fokus kepada melatih lebih banyak tenaga kerja teknikal dan pengurusan yang diperlukan untuk kejayaan pelaksanaan Koridor Pembangunan Wilayah Negeri SCORE (Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak).
Nota: Gambar sekadar hiasan
YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah
Kampung Hilir Sibu : Ketua Menteri Sabah memberi sokongan penuh kepada Calon BN di Sibu, Robert Lau Hui Yew daripada parti SUPP. Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa rakyat Sibu bijak untuk menilai antara Kaca atau permata. Pembangkang akan terus menjanjikan apa saja untuk meraih undi, menjanjikan bulan dan bintang. Tetapi akhirnya janji tinggal janji, rakyat diabaikan impian kuasa terlaksana.
Mawar: Semoga rakyat Sibu tidak terbuai janji manis sang pembangkang yang hanya tahu mengangkangkan mulut menfitnah dan mencaci apa saja, yang baik jadi buruk, yang benar di dustakan yang fakta diputar belitkan.
Kepimpinan DAP Sarawak yang dipimpin oleh Wong Ho Leng tidak mengutamakan masyarakat Dayak.
Tu Bukti Iya:
Y.B Voon Lee Chan madahka Wong Ho Leng dalam facebook enda ulih nerima jaku pikir ari Voon Lee Shan ke ka ngatur nama ke nuntung raban Dayak sereta enda besetuju ka ngadu cawangan DAP ba kawasan Serian enggau Sri Aman.
Pendedahan Y.B. Voon Lee Shan dalam Facebooknya mendedahkan Wong Ho Leng tidak menerima cadangan Voon Lee Shan untuk memperjuangkan permasalahan masyarakat Dayak dengan tidak bersetuju menubuhkan cawangan DAP di Kawasan Serian dan Sri Aman.
Ini satu penghinaan kepada orang Sarawak. memang kalau spesis sesumpah, di Kelantan berani lah dia cakap mcm tu. kalau dia masuk Rumah Panjang baru dia ckp itu mcm ahh ada ni tinggal tengkorang pulang.
Masyarakat Sibu perlu memilih wakil rakyat terbaik untuk kemakmuran dan kemajuan Sibu, bukan memilih wakil Pakatan yang suka meneguk di air keruh.
Oleh yang demikian, orang DAP dan konco2nya di Pakatan Retak tu memang udah kanak 'penyakit buta' bila sampai di Sibu.
Ahli Parlimen terdahulu YB. Datuk Robert Lau bersama wakil-wakil rakyat lain telah membentuk Pasukan Pembangunan Berwawasan BN Sibu dan telah menjadikan Sibu sebuah bandar yang indah dan bersih.
Rakyat Sibu harus bangkit dari terlena dengan taburan janji manis sang pembangkang yang memanglah kan terus menabur dusta hanya untuk meraih undi. Undi untuk menjadi tiket makan duit rakyat, namapun Pakatan Penipu Rakyat.
Aku ndak tahu apa benggap lah pemimpin pakatan pembangkang mau meraih undi di Sibu mcm2 cerita dongeng d urang ckp mcm tiada skula sumpah jadi tengkorak gantung di tepi sungai Rajang kali bagus!
Di Sibu Pembangkang sakap BN tak selesaikan isu banjir, nampak sangat asyek duduk tekangkang makan nasi kangkang Anu-war (Emosi pulak tulisan aku ni) uhuh terlebih sudah!!!
Apapun mana lah pembangkang mahu ambil tahu mengenai:
5 projek Rancangan Tebatan Banjir sedang dilaksanakan di Sibu dan dijangka siap akhir tahun ini.
Tidak berhenti di situ 2 pakej projek Rancangan Tebatan Banjir untuk Sibu yang dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam RMK-10.
Dalam 5 projek itu, 4 projek RTB bernilai RM 78 juta termasuk dalam pakej Rancangan Ekonomi dan satu lagi RTB diluluskan dalam kajian separuh penggal RMK-9.
Projek RTB di Sibu merangkumi kawasan Sungai Antu yang menelan kos RM 8.4 juta, RTB Sungai Nangka (RM 9.8 Juta), RTB Sungai Lo Lembangan-Jalan Oya (RM 9 Juta) dan RTB Ang Chui Kow dan Sungai Loba Lembangan-Pumphouse (RM35.9 Juta).
Memang mudah bercakap kalau dah memang di asuh jadi pembohong @ penipu. Rakyat Sibu harus sedar dan tidak terpedaya dengan kata dusta dan sandiwara drama pakatan retak menanti belah.
Parti Pembangkang suka menabur janji, sedang kelak kehidupan mereka akan lebih terabai. Kesedaran Tuai mengenai gerakan parti pembangkang kini yang suka menghasut dan membibitkan api pekauman adalah tindakan yang sangat kejam dan membunuh keharmonian hidup bermasyarakat.
Ada senyuman yang bisa terukir bila masyarakat di rumah Panjang sedar akan pembohongan pakatan retak. Jangan jadi orang yang diperbodohkan, bertepuk bila orang luar mengatakan Sibu tidak membangun, jalan di Sibu kata Anu-war mcm d India. Ini Anu-war tersangatlah bengapnya, samakan Sibu mcm India...ini bongol tahap gajah. Anu-war tidak layak untuk bercakap bagi pihak rakyat Sibu. Anu-war dan kuncu2nya bukan saja buta dan tuli tapi dah tahap mcm gila meroyan, mata juling mau jadi PM tapi otak dah mcm otak2 dah layak jadi makanan buaya di Sungai Rejang. Sekian dan jumpa lagi.
Mawar (bukan nama sebenar) : he he he...
Tetapi yang menjadi keluhan bukan saja kepada penduduk malah orang luar yang datang mungkin saja untuk bertugas sempena PKR ini mahupun yang datang untuk melihat sendiri suasana pilihanraya di Sibu, mula mengeluh apabila sebilangan peniaga dan pemandu teksi mula 'mengambil kesempatan dalam kesempitan'.
Sepatutnya masa-masa ini diambil oleh penduduk di sini untuk memberi imej yang baik kepada orang luar bahawa Sibu adalah destinasi yang hebat untuk dikunjungi.
Pihak berkuasa harus melakukan pemantauan berterusan bagi mengelak hal ini dari terus berleluasa dan individu yang terkena dan dikenakan jua tidak harus mengeluh dan menyalurkan maklumat kepada pihak yang tidak boleh mengambil tindakan.
Dalam apa jua keadaan janganlah kita jadi manusia yang suka mengambil kesempatan disaat org lain dalam kesempitan. Selamat mengundi kepada semua pengundi bedaftar di Sibu.
Bagi aku kehadiran insan yang bergelar ibu sangat menyempurnakan cinta dalam hidup ini.
Hari ini aku masih di SIBU, Melihat Ibu-ibu di Sibu hari ini di kawasan pasar dan deretan kedai rancak dengan kegiatan ekonomi masing-masing, aku dapat merasakan kehidupan mereka cukup aman di bawah pemerintah BN. Aku merasakan tidak wajar ibu2 ini terus disirami dengan kata2 fitnah pembangkang yang tidak habis-habisan mencerca pihak kerajaan dan membibitkan api perkauman.
Sahabat-sahabat terus bercerita kehidupan di rumah panjang sudah cukup jauh berbeza berkat usaha kerajaan BN memajukan masyarakat di kawasan ini. sedikit cela bukan harus memudarkan rasa cinta. kekurangan itu kadang2 adalah kekuatan. Cinta Ibu di Sibu akan lebih sempurna jika hatinya kekal bersama BN. Selamat Hari Ibu.
Mawar : Mungkin pemimpin Pakatan boleh tersenyum pabila melihat video ini, kerana ini lah yang diajar oleh mereka, inilah anak didik mereka. Puak2 PAS terus merasa megah bila Tuhan dan agamanya di hina. PAS kononnya parti Islam S'Malaysia, tapi apa yang aku lihat dan dengar PAS yang membuat Umat dan agama Islam terus diperlekeh dan dipersenda. Matlamat ingin menuntut KeAdilan buat Anu-war menjadi PM ekspres ala2 naik KLIA Ekspres menjadikan PAS apatah lagi sekutu2nya ibarat hilang pedoman.
Jangan kan Perdana Menteri, Sultan sendiri pun sudah tidak boleh Pakatan hormati. Jadi? aku ndak rasa Pakatan Retak benar2 ingin memberi perubahan untuk kebaikan buat rakyat. Paling2 pun perubahan menjadikan Malaysia lebih huru hara.
Rakyat Sibu harus bijak menilai, memilih kerajaan bukan ibarat kawin dan cerai, kerana masa depan anak bangsa lebih penting dari sekadar menurut kata hati. Jangan sesekali mengikut parti roket ke Bulan (bulan penuh dan bulan berpecah). Timbangan lebih penting harus seimbang dunia dan akhirat.