BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, November 13, 2009

BERHENTILAH BERPOLITIK UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI

Berpeluang membaca laman akhbar online di petang Jumaat ini, memberi kesempatan kepada aku untuk membaca smua laman yang ada d utusan Online bila bukan laman politik, terpapar berita di bawah ni :
Tindakan Anwar sabotaj
Oleh Saiful Haizan Hasamsaiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Strategi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai satu usaha untuk mensabotaj ekonomi negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussain berkata, tindakan mereka itu akan menyebabkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara terhakis.

Sedangkan kata beliau, kerajaan telah bertindak pantas untuk menangani masalah ekonomi global dengan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi, meliberalisasi pelbagai sektor dan menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia.

“Semua ini untuk memulihkan ekonomi negara supaya rakyat kembali mendapat pekerjaan yang sewajarnya untuk mereka menyara hidup keluarga dan anak-anak yang masih di bangku sekolah.

“Namun apabila wujud usaha yang digerakkan Anwar dan sekutunya untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan, sudah tentu ia akan menyebabkan keyakinan pelabur terhakis dan mereka tidak akan menanam modal di negara kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengenai keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar awal minggu ini.

Menurut Zulkifli, pada mesyuarat tersebut Anwar menasihati ahli-ahli mengenai strategi baru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri.

Mengenai imej negara dari sudut ekonomi, Awang Adek berkata, pelbagai tindak tanduk pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 menyebabkan sebuah akhbar di Jerman baru-baru ini melabelkan Malaysia sebagai mempunyai masalah yang sama dengan Thailand.

“Masalah kita dan Thailand adalah politik yang tidak berkesudahan, jika ada tulisan sebegitu dalam akhbar negara asing, siapa yang nak datang melabur.

“Usaha menarik pelabur asing sekarang bukannya tugas yang mudah kerana kita perlu bersaing dengan negara-negara lain yang juga giat melakukan perkara sama,” katanya.

Awang Adek melahirkan rasa sedih kerana perancangan yang menyebabkan ekonomi negara menjadi mangsa dilakukan oleh rakyat negara ini sendiri, bukannya oleh pihak asing.
Lebih-lebih lagi, katanya, ia digerakkan oleh Anwar yang merupakan bekas Menteri Kewangan yang sepatutnya arif dengan kesan buruk tindakannya.

“Ini sesuatu yang amat tidak adil kepada rakyat, mereka semua (Anwar dan pemimpin pembangkang) mempunyai duit simpanan yang banyak tapi rakyat ada apa? Rakyat hanya menang sorak tapi kampung tergadai, inilah yang sedang berlaku sekarang.

“Dalam suasana ekonomi dunia yang amat mencabar dan kerajaan giat berusaha untuk memastikan negara mampu bersaing di arena ekonomi global, tiba-tiba ada orang kita sendiri yang ‘sekat kaki’ dan mewujudkan halangan dan rintangan, bagaimana kita nak berjaya,” tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, perancangan Anwar itu mungkin disebabkan beliau kini berada dalam situasi ‘buku bertemu ruas’ dengan gandingan Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

.Katanya, walaupun pada mulanya rakyat mempunyai rasa sangsi dengan pelbagai pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan, mereka kini mula merasakan angin perubahan yang sedang berlaku.

kataku: Mungkin Anwar bukan siapa2 untuk kita, tetapi pengaruh beliau dalam memberi maklumat kepada dunia luar sangat2 dan sangat lah "Membahayakan". Tanpa memperdulikan kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Untuk apa? yang empunya diri saja yang ada jawapannya, berhentilah dari berpolitik untuk kepentingan peribadi. Mengata itu dan ini tapi Anwar tetap hidup mewah bersama seisi keluarga.

Benarlah bagai di kata "menang sorak kampung tergadai".

6 comments:

Ali Abdullah said...

Mawaom, tujuan PR berpolitik untuk kondemkan 1.umno 2.ISA 3.DEB 4.Media cetak/elektronik yang sokong kerajaan 5.Kakitangan kerajaan yang anti PR macam ko... hahaha......

MAWAR BERDURI said...

salam apai?

bila masa aku keja kerajaan aku keja jual perabot tolong bapa aku bah...kalau ekonomi malaysia ndak bagus mcm mana org mau beli perabot yang ku jual saban hari..ko tu kali yang kerja kerajaan tapi ndak sukung BN uh uh la la la

UMNO ChaCha Marba said...

Tu lah....nak katak,katak keburokan
orang,PR tak betoi,Anwar salah besor liwat sano,liwat sini,nak aib kan ore......Apobilo ore cemoh balik,nak berteriak: MANA BOLEH..!!
EKONOMI MERUNDUM......!!!!!!

Banyak PERSOALAN mengenai KORUPSI BN,Port Klang:Wang RAKYAT sampai 20BILLION(20,000 juta RM),mana pegi?
Lagi PROJEK2 rancangan Malaysia :
selama 30 tahun lepas,100-150BILLION,hilang sebab RASUAH BN, mana pegi WANG RAKYAT??? Wang untuk anak cucu kau dan aku..?????
ADA 1001 persolalan lagi.........

ANNA MONTANA said...

Saya rasa dari kata mengata antara satu sama lain,lebih BAIK kita pikir cara2 yg berguna untuk memajukan EKONOMI negara kita.....

MALAYSIAN 2020 said...

KITA PERLU KERAJAAN YG BOLEH TOLONG
RAKYAT sepanjang masa,bukan apabila
nakkan UNDI RAKYAT saja...!!!!
Lagipun Pilihan Raya 13,yg sepatut
diadakan sebelum March 2013,hanya
tinggal 28 bulan lagi...kalau BN,UMNO tak dapat selesaikan masaalah EKONOMI,alamatnya akan KALAH dalam P.R.U 13 nanti... NAUZUBILLAH....!!!!!

waritarakyat said...

Btul tu mwar. Ni la tbiat org tdak bsyukur. Hdup aman dmai dlm 1Malaysia tpi masih lgi ckap krjaan tak baik....