BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, September 19, 2008

BN SABAH KUKUH TANPA SAPP MILIK MR.YONG

Tarikh 17 Sept. 08 mungkin bukan satu kejutan besar bagi peramal politik Di Malaysia tak kala Parti Maju Sabah ( SAPP) mengisytiarkan keluar dari Komponen Barisan Nasional (BN). Walaubagaimanapun kesannya tidak memberi tekanan yang terlalu kuat untuk BN yang memerintah kerana SAPP hanya mempunyai 2 kerusi Parlimen dan 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di Sabah.
Reaksi masyarakat ramai yang mengaitkan tindakan ini didalangi oleh Presiden SAPP iaitu Datuk Yong Teck Lee (Mr. Yong) yang kecewa kerana tidak mendapat Jawatan dalam kerajaan.
Beliau mempengaruhi ahli-ahli majlis tertinggi parti yang dianggap miliknya itu untuk bertindak keluar dari BN walaupun tanpa perbincangan dan persetujuan penyokong akar umbi malah tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin kanan parti seperti Datuk Raymond Tan Shu Kiah, ADUN Tanjung Papat yang juga Timbalan Presiden, En. Au Kam Wah ADUN Elopura selaku Ketua Pemuda dan En. Jimmy Wong selaku setiausaha Agung.
Tiga pemimpin kanan Parti Maju Sabah (SAPP) ini yang menentang keputusan parti tersebut keluar daripada Barisan Nasional (BN), mengisytiharkan keluar parti (SAPP) berkuat kuasa hari ini.
Tindakan Mr. Yong ternyata untuk kepentingan diri semata-mata bukan untuk kepentingan rakyat dan masa depan generasi pewaris pemerintahan negara. Inilah yang dikatakan wang dan kuasa tidak mungkin dapat dipisahkan daripada mereka yang pernah mengecapi kedua-duanya...
Seandainya rakyat Sabah terus celik dan tidak terlena dengan kata2 c Mr. Yong ni pasti ramai yang telah menyedari semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sabah beliau juga tidak memberi rahmat dan pembangunan yang baik untuk Sabah.
Janganlah kita tahu mengata saja sedang diri sendiri belum tahu baik budinya??? . SAPP bukan milik lu sorang tapi milik ahli2 yang menyokong dan berjuang ke arah kemenangan BN di Sabah. Lu pikir la sandiri Mr.Yong.

6 comments:

Mohd Ariff said...

mr yong tu gle pangkat tu...
nk jd menteri la kononnye..
tp prinsip perjuangn x kukuh..
mmg x lyk berada dlm kabinet..

Anti Anwar said...

sorang lagi yang kemaruk kuasa sampai x pk apa perasaan pengundi yg memilih BN masa PRU haritu. supp akan bungkus jugak nanti. rakyat sabah bukan bodoh

ustazSAID said...

Salam Pkenalan,
Ya BN Sabah masih kukuh dgn 55 kerusi DUN, tp sharusnya langkah2 proaktif kena difikirkn oleh BN. Mgkin tindakan SAPP pemangkin kejatuhan BN spt PBS pd th 1985 mengalahkn BERJAYA yg sgt kuat masa tu ?

MAWAR BERDURI said...

Salam juga?

memang BN harus diperkukuhkan selalu..mcm 'sayang slalu'..

SAPP dan PBS sangat jauh berbeza.. pbs pada masa itu di lihat suara hati rakyat Sabah yang akan memperjuangkan apa yang Hak dan yang batil.

menjadi sokongan segenap pengundi yang pada asalnya ingin memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam erti kata yang sebenar.(akhirnya harapan punah bila PBS tidak merealisasikan apa yang diimpikan semasa menjadi pembangkang)

tapi SAPP ni? Mr Yong yang syok sendiri nampaknya. penyokong2 SAPP pun pakat keluar parti..org yang ckp tapi serupa apa yang dibikin, smua boleh nilai.

bagus lagi Mr. Yong yang di Out dari parti 2 bukan dia trep 'bus' saja...hei penin aku bla crita pasal c yong ni..sekian

Demang Lebar Daun said...

SAPP menuju kehancuran kerana kedangkalan pemimpin utamanya. BN bernasib baik kerana ditunjukkan wajah sebenar seorang pengkhianat. Penduduk Sabah juga dapat menilai siapa sebenarnya YTL.

Orang yg meninggalkan rakannya yg sedang tersepit lebih hina drpd seorg musuh.

MAWAR BERDURI said...

Yap! dalam makna kata2 mu wahai c demang lebar daun seunik namamu yang bernama daun?...

dalam pada rakyat Sabah kegeraman dengan perangai tak senonoh c mr yong ni..

nama mu meningatkan aku kpd Lemang. Sabah susah mau dapat lemang. Burasak Bugis ja banyak di kg mawar.

Selamat Berbuka.