BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Monday, April 4, 2011

BN MAMPU MENAWAN MIRI

Thankz buat sahabat kami d Miri...beberapa hari berkesempatan berada di Miri terasa best pula! Bandar Miri bukan saja bersih tetapi cukup indah pemandangannya.

Masuk ke kampung menjelajah rumah panjang bersama seorang sahabat pastinya menjanjikan pengalaman baru buat Mawar dan sahabat yang lain...mcm buat kajian plak kami! best2

Apa yang pasti BN masih mampu menawan Miri...tiada tempat pembangkang dihati pengundi terutama masyarakat rumah panjang yang tetap setia dengan BN yang dilihat mampu memberi pambangunan yang diharapkan oleh rakyat.

bukan cerita kosong, bukan parti cinta biasa...Ini Barisan Nasional bukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hanya boleh cakap kusung mcm tin kosong...

Apasal lah member aku ni buat hal taim aku ada masa mau bekunyayang di blog ni...

c u guyz next taim..jom masuk kampung

Wednesday, January 5, 2011

TIRAI 2011

Salam? kepada segenap pemilik blog, sama ada yang suka atau tidak untuk membuka dan membaca blog ini.

Sudah terlalu lama rasanya aku meninggalkan dunia penulisan blog walaupun aku bukanlah penulis yang bertaraf antarabangsa @ internasional hehe...

buka ja blog banyak jua komen yang baik (pada pandangan aku sbb dia memuji) dan yang jahat (pada pandangan aku sbb dia mengutuk aku dan suru aku insaf pula)

tak kisahlah yang penting aku happy tuk terus berkarya dengan caraku sbb blog ni bukan sapa2 punya org Sabah ckp Free bah..

Aku menulis sbb aku bukan buta, aku ada mata untuk tenguk, aku ada telinga untuk dengar, aku ada hati untuk rasa...bagi aku tidak semua org yang membaca dan mengatakan dirinya bijak itu adalah yang yang terbaik dan ilmunya yang paling tepat untuk membawa dia kesyurga

kerana syurga dan neraka Hak Allah untuk menentukannya.

Well well nesss..manusia biasalah suka tenguk dosa orang lain, tapi dia ndak sedar apa dosa yang dia buat...

Peringatan tuk diri aku jua, apa pun nama yang ingin aku gunakan itukan hak aku sbb ini blog aku kalau ada yang tercemburu buka lah blog sendiri bah heheheh.

Apapun lupakan lah kisah duka lara ~ Mulakan tirai 2011 dengan penuh keceriaan tanpa rasa benci. bunga mawar merah lambang cinta dan keberanian semoga hidup kita kan terus lebih bermakna. teringat lagu Adira buka tirai ilusi menjadi realiti dan biarkan diri mencapai rentak infiniti yang tinggi....uhhhhh

Friday, August 6, 2010

LIDAH BECABANG CABANG...


teringat iklan kat tv...Tiada Binatang Mcm Manusia Tapi ramai Manusia Mcm Binatang (Kes Buang Bayi) Kalau isu ni, d buat iklan boleh lah skrip nya lebih kurang:

" Tiada Biawak Lidah Macam Manusia Tapi Ramai Manusia Lidah Macam Biawak" hehehe

Friday, July 23, 2010

KALAU DAPAT LESEN MAU DIVING D PULAU MATAKING

Impian percutian ke Semporna belum sempurna sejak mendengar wujudnya Pulau Mataking cuma mengambil masa 40 minit dari Pekan Semporna, Pulau Mataking dikatakan antara lokasi diving yang terindah d dunia.
Tunggu...

Saturday, May 15, 2010

BEBEDAR GAWAKA PEMADAS SIBU



Vote BN


Penghinaan yang terbesar yang PAS lakukan dan sangat-sangat tidak boleh diterima oleh Masyarakat di Rumah Panjang adalah isu "Pakai Cawat"...sangat tidak memaparkan moral seorang yang meninggikan syiar Islam dengan menghormati budaya dan agama orang lain. Inilah yang boleh dikatakan sebagai "kerana MULUT BADAN BINASA"...baru kamu rasa!

1 "PAKATAN" 3 DREAMS...

Esok akan jadi penentu ~ pengundi Sibu akan memberi mandat kepada Siapa untuk mewakili suara mereka ke Parlimen. Di Sibu jelas menunjukkan konsep 1 Malaysia diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Lebih daripada penerima kepada Pakatan yang jelas kekadang hilang arah dan pedoman katanya 1 Pakatan tapi di dalamnya terlalu banyak yang bercanggah dari segi matlamat dan impian setiap satu Partinya mempunyai visi masing2...dan jelas kekadang sanggup mengadaikan prinsip masing-masing.

Gesaan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din agar semua pihak termasuk pembangkang menghentikan penggunaan isu kalimah Allah sebagai modal politik pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, memaparkan Kempen PAS di Sibu membantu DAP akan mengadaikan maruah perjuangan PAS yang sebenar. Menjual agama dan prinsipnya demi kuasa yang belum tentu menguntungkan PAS dan mahluk didalamnya.

PKR janganlah cerita, dah macam gila meroyan dan buat kempen di Sibu...cerita panjang-panjang pun tak guna PKR memang tak di terima langsung di Sibu tak masuk kisah c DAP lagi best, kali ini cerita ini berlaku di Rumah Panjang Bulu, ada la rombongan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng di usir oleh Tuai Rumah..ka ka ka balik lah bagus!

Friday, May 14, 2010