BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, March 23, 2012

JANGAN KAU KASI ANAK MU TENGUK TV KALAU TAKUT DGN LYNAS

LYNAS ADALAH TELUS
Yang sebenarnya, LYNAS adalah isu technical dan bukannya isu politik. Maklumat LYNAS adalah berdasarkan fakta saintifik yang boleh diuji dan dibuktikan. Malah LYNAS amat mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yangBERKELAYAKAN bagi menyemak laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar. Selain itu, pihak LYNAS turut mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yangBERKELAYAKAN untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri.

KILANG LYNAS TIDAK MERBAHAYA KEPADA ORANG AWAM, PERSEKITARAN DAN PEKERJANYA
Untuk pengetahuan semua, kilang LYNAS BUKAN KILANG NUKLEAR seperti yang digembar gemburkan puak-puak Pakatan Rakyat (PKR). LYNAS hanyalah kilang kimia yang biasa sepertimana terdapat di Pulau Pinang dan lain-lain tempat… Kena tutup juga lah kan kalau macam tu.
Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah LYNAS adalahBUKAN bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah amat rendah dibawah paras yang ditetapkan.
Dedahan radiasi kepada orang awam adalah TERAMAT RENDAH. Rujuk carta dibawah.