BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Tuesday, July 21, 2009

FENOMENA PASANG SURUT

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kalendar Islam berasaskan kepada peredaran bulan berbanding Kalendar masihi yang berasaskan atau berpandukan matahari, peredaran bulan memberi kesan kepada bumi dan isinya. secara saintifiknya telah terbukti bahawa peredaran bulan penyebab kepada fenomena pasang surut yang berlaku di bumi.

Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa pasang surut air bukan hanya bergantung kepada bulan dan matahari tetapi juga dipengaruhi oleh keadaan geografi, arah angin, lokasi dan kedalaman laut.

Jika kita merujuk kepada kajian dan kajian maka semua persoalan memberi jawapan. Namun apa yang pasti setiap kejadian alam yang Tuhan ciptakan melatih kita untuk berfikir dan mengagumi ciptaan dan kebesaranNya.

Bercerita soal pasang surut, hari ini di kampung Mawar pun gempar berhubung fenomena air pasang ni. Apa tidaknya? dimaklumkan air laut akan pasang lebih 20-30% daripada biasa, jika ramalan ini benar belaka maka ia akan mencecah lantai rumah di perkampungan tu.

pelbagai andaian dibuat oleh penduduk, apa yang penting kanak-kanak sudah diberi amaran untuk tidak ke sekolah kerana guru-guru bimbang akan keselamatan mereka.

Golongan yang mahir ilmu sains dan geografi di kampung aku mula membicarakan soal kedudukan bulan pada masa ini dikatakan terlalu dekat dengan bumi.

Pasang Surut air laut ini dijangka belaku (paling dalam) selama tiga hari berturut-turut bermula pukul lapan pagi dan kan surut pada 11 pagi.

Apapun jawapan kepada fenomena ini, aku harap jangan lah air laut tu menyebabkan kampung aku ditengelami air, semua selamat dan hidup sejahtera.

3 comments:

SOLYMONE said...

Nah, ini lagi satu post yang menarik dari Mawar.

Namun, saya tidak dapat memberi komen selanjut nya, kerana hal ini berunsur-unsurkan fenomena.

Oleh itu, kita hanya dapat berdoa dan berharap ia nya tidak akan transform menjadi fenomena kemusnahan.
Salam dan semoga Mawar success selalu.

MAWAR BERDURI said...

salam mr. solymone?

bukan apa pa bah tu, mama sya risau betul pasal air pasang tu..kasi sanang2 hati mawar post la cerita pasal tu hehe..hari ni lagi org ckp mau gerhana matahari hmm mcm siuk juga tu.

JomoSamaTuaran said...

Duh.......
Air itu naik,kamurang sibuk...air yang ini naik, kamu ndak sibuk. Air kamipun pandai naik turun bah...macammana mo kasih reda tu hahhh..???

Bah...sekarang sudah masuk/terlabih sudah 3 hari..belumpun ada apa-apa tanda air mo naik, darah N.Ajis naik adalah....!!! Tengoklah...siapa yang dulu jahanam...tatap sudah tu!!