BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Wednesday, April 29, 2009

SALAK MADU SANDAKAN MANIS DAN BERKHASIAT

Isnin lepas Mawar berkesempatan menghadiri PROGRAM BUMI HIJAU anjuran Jabatan Pertanian Sabah yang telah di rasmikan oleh YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah, di Taman Fajar Sandakan. kehadiran masyarakat setempat dan pelajar-pelajar sekolah begitu mengalakkan. Apa yang menarik semasa program ini adalah gerai2 pasar tani yang menjual buah2an tempatan dan pelbagai tanaman herba.
Program ini mengalakan masyarakat untuk bercucuk tanam, menternak dan akuakultur. Apa yang paling penting program ini sebenarnya adalah satu kempen berterusan bagi menangani kenaikan harga barangan di pasaran dunia.



Gambar Atas : Ketibaan YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman

Berbalik kepada sarita pasal buah2an - Salak madu antara buah kegeraman Mawar dan mungkin kegeraman anda di luar sana, buah ini bukan saja sebenarnya sedap di makan tetapi ia juga berkhasiat dan kajian (anda cariklah sendiri ya) menunjukkan buah ini boleh mencegah penyakit kanser.

Kalau di Sandakan buah ini mudah didapati dikawasan Rancangan Sungai Manila batu 12 dan di Kampung Garinono/Pertanian batu 25. Penduduk di kawasan ini bukan saja menjual buah salak yang segar malah ia turut dikomersialkan menjadi jeruk dan org selalu cakap jadik asam2. Ok juga rasanya. Kalau yang berkesempatan berkunjung ke Sandakan tidak kira dari mana lah kunun destinasi jangan lepaskan peluang mencuba ini buah yang bagus bah.

4 comments:

Jairo said...

adei mawar ko promosi ka ini? hahahaha

Apai Ngelai said...

Salam mawao,

Kenapa mawao geram pulak kat buah salak tu? Ataupun sebenarnya nak cakap buah salak buah kegemaran mawao?

Aku sebenarnya tak berapa suka buah salak ni, ialah sebab nak makan banyak kerja - leceh. Lagi satu ia tak sedap sangat..... kat Sarawak ni melambak.

Sebab itulah aku lagi suka makan anggur (atau grape dalam bahasa Sarawak)haha.. sumbat ja dalam mulut, tak payah nak kopek-kopek..

MAWAR BERDURI said...

salam jairo memang la bah aku memprumusi ni...paham2 la.. supaya sandakan tambah digerami ramai he he

MAWAR BERDURI said...

dasar apai ngelai pemalas, aku pun sebenarnya malas mau kupas kulit buah ni, jadik kan aku suru ja adik ku kupas kan ahahahah...heheheh aku bedal ja kalu sudah di kupas uh uh