BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Wednesday, September 19, 2012

PAKATAN HARAM KAU SUDAH HINA RAKYAT SABAH BARU KATAR2 TAK MENGAKU

Artikel ini Daripada Malaysia Instinct...



Tarian Sumazau telah dimanipulasi oleh PR hingga menimbulkan kemarahan seluruh Rakyat Sabah

Hangat diperkatakan oleh media Suara Pakatan Rakyat berhubung Tarian Sumazau yang dilihat sebagai rendah akhlak. Artikel tersebut telah mengundang rasa marah banyak pihak kerana menghina budaya sesuatu kaum. Rakyat Sabah terutamanya masyarakat dusun rasa terhina dek dikatakan sebagai penduduk yang berakhlak rendah dan bodoh.

Parti Bersatu Sabah (PBS) telah membuat laporan polis mengenai artikel itu. Mereka melahirkan rasa kekesalan kerana pihak pembangkang memainkan isu yang sensitif. Artikel itu menurut PBS boleh menyumbang kepada masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Tambahnya lagi perkataan 'bodoh' yang digunakan dalam tulisan tersebut tidak menggambarkan semangat Rukun Negara.

Oleh kerana telah menjadi kes polis, pihak PR pun cepat melatah, mengatakan bahawa portal Suara Pakatan Rakyat (SPR) sebenarnya bukan portal mereka. Mereka juga mendakwa ianya adalah satu portal palsu yang ingin menjatuhkan PR.


Persoalannya sekarang kenapa baru sekarang pihak pembangkang menafikan sekeras-kerasnya bahawa SPR bukan portal mereka. PR turut memberikan peringatan kepada penyokongnya tentang wujudnya portal-portal palsu. 

Jika selama ini portal tersebut dengan sewenang-wenangnya menabur fitnah terhadap kerajaan, memaki hamun kepimpinan sedia ada dan banyak lagi artikel yang sebenarnya lebih rendah akhlak daripada tarian Sumazau itu sendiri, langsung tidak dinafikan. Malah dengan rasa sombong bodohnya mencanang bahawa sokongan rakyat kini bertambah kesan dari penulisan portal tersebut.

PR sebenarnya rela dan redha jika blog-blog atau portal-portal mereka menghentam, menghina dan memaki pemimpin negara termasuklah PM. Berilah gambaran yang paling buruk terhadap pemimpin negara, mereka pasti menyokongnya dan ketawa puas. 

Seperkara lagi kenapa hanya blog Suara Pakatan Rakyat dan Penyokong Pas sahaja yang dinafikan. Bagaimana dengan blog-blog lain yang bersepah dimana kerjanya saban hari hanya menabur fitnah, tidakkah mahu diambil tindakan yang sama.     

Tapi dalam kes tarian Sumazau ini mereka telah tersalah langkah dan percaturan. Mereka telah mencuit rasa sensitiviti orang Sabah. Orang Sabah tidaklah bodoh sepertimana yang digambarkan oleh penulis SPR. Kebodohan itu lahir bila mana seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan fitrah manusia. Tiada salahnya dan bodohnya dalam tarian tersebut. 

Dah menjadi lumrah kerja PR suka menghina, walaupun niat asalnya ditujukan kepada Najib, namun orang Sabah melihat dari sudut yang berbeza. Pada mereka Najib menari tidak salah, yang salahnya SPR menghina budaya mereka. 

Dalam mana PR sedang berhempas pulas untuk memujuk orang Sabah agar menyokongnya, blog mereka memainkan isu bodoh ini. Sia-sia nampaknya bekas pemimpin kerajaan seperti Lajim Ukin melompat. Rupa-rupanya tempat dia melompat itu telah menghina dan merendahkan rakyat Sabah yang dilihat sebagai 'bodoh'. 

Ternyata PR terpaksa melupakan cita-cita untuk menawan Sabah.


MB : SELEPAS KAU BALING BATU KE MUKA ORANG WAHAI PAKATAN RAKYAT KO KATAR2 CONGKI2 MU KAU MAU TUDUH PIHAK LAIN PULA YG BUAT. DASAR BERANI JAK BUAT TANGGUNG NDAK MAHU...NILAH BILA DAH MELUDAH KE LANGIT LAST2 KENA MUKA SANDIRI..

4 comments:

Unknown said...

sudah lempar taik d muka org baru tak mau mengaku...mimang lah dasar pakatan mau mampus...

ms butterfly said...

sudah kentut sembunyi bontot! dasar suka membontot!

ms butterfly said...

lepas kentut sembunyi bontot! dasar suka membontot!

ms butterfly said...

lepas kentut sembunyi bontot! dasar suka membontot!