BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, May 14, 2010

BELUM CUKUP WALAU SERIBU KALI UCAP SYUKUR


Perjalanan ke Rumah Panjang memakan masa lebih kurang 30 minit dari Bandar Sibu, sepanjang perjalanan aku dapat menyaksikan deretan rumah banglo yang tersergam indah dan cukup mewah, tidak pernah dalam sejarah hidup aku melihat begitu banyak perumahan mewah di sepanjang jalan. Kalau d KL tu lain lah citanya.

Teringat kata2 seorang teman berketurunan Cina katanya di suatu petang yang damai, menjawab soalanku mengapa keluarganya ingin terus menetap di Malaysia jika diberi pilihan untuk ke negara lain. katanya " disaat pertama kali dia membuka mata di waktu pagi, seribu kali ucap syukur pun belum cukup untuk mengantikan betapa bertuahnya dia hidup di Malaysia, tidak pernah merasa takut"...katanya lagi dia dapat belajar tinggi2, dapat cari kerja di mana dia mau.

Hatiku bermonolog kalau semua rakyat Malaysia tahu mensyukuri nikmat sebagaimana sahabatku ini pastinya mudah untuk kita menjelaskan bahawa tidak ada kerajaan terbaik selain Barisan Nasional yang mampu membangunkan negara dengan penuh keamanan dan ketenteraman dalam sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum.

Berbalik kepada cerita Di Sibu, secara peribadi aku dapat rasakan Sibu adalah Bandar yang cukup indah dan mewah, jika rakyatnya tidak dapat merasakan ini mereka adalah golongan yang rugi.

2 comments:

sumandak bayu said...

Salam sis,

Lain kali ambiklah gambar keindahan panorama alam kat Sibu... setakat cakap tu orang da tak nak sangat... ndak laku ba pok! Jadi agak2 la aku pun mao gak tengok keindahan di sana. hehehehe ;)

MAWAR BERDURI said...

salam sumandak?

bukan sya tidak mau ambil gmbar..sik ada kamera canggih sya bawa..malam galap bah suemandak d jalan atuk..kalau sya suda ada pic tu sya publish jua bah

kenapa ko tidak turun cna sibu sumandak tenguk sendiri bah hehehe