Tetapi yang menjadi keluhan bukan saja kepada penduduk malah orang luar yang datang mungkin saja untuk bertugas sempena PKR ini mahupun yang datang untuk melihat sendiri suasana pilihanraya di Sibu, mula mengeluh apabila sebilangan peniaga dan pemandu teksi mula 'mengambil kesempatan dalam kesempitan'.
Sepatutnya masa-masa ini diambil oleh penduduk di sini untuk memberi imej yang baik kepada orang luar bahawa Sibu adalah destinasi yang hebat untuk dikunjungi.
Pihak berkuasa harus melakukan pemantauan berterusan bagi mengelak hal ini dari terus berleluasa dan individu yang terkena dan dikenakan jua tidak harus mengeluh dan menyalurkan maklumat kepada pihak yang tidak boleh mengambil tindakan.
Dalam apa jua keadaan janganlah kita jadi manusia yang suka mengambil kesempatan disaat org lain dalam kesempitan. Selamat mengundi kepada semua pengundi bedaftar di Sibu.
No comments:
Post a Comment