BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, March 20, 2009

LOGO DAN MOTO TERBARU PAS UNTUK PILIHANRAYA KECIL


SEAWAL PAGI MAWAR MELAYARI SEMUA BLOG-BLOG BPN YANG MEMAPARKAN ISU-ISU YANG PANAS DAN HANGAT DI PASARAN POLITIK SEMASA.

MAWAR TERTARIK DENGAN MOTO PAS YANG TERBARU DAN RASANYA TELAH DIILHAMKAN SENDIRI TANPA RAGU2 OLEH BLOG ASPIRASI BANGSA. EKORAN TOK GURU NIK AJIS TU TAK MAU MANGAK -Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran Pas-Barisan Nasional (BN).

UH UH ni Tok Guru Ajis ni lebih suka ngan Pakatan yang memang telah lama mencemar dan mengadai maruah orang Melayu. Kepada Presiden PAS? ADA BERANI? KALAU BERANI campurkan saja..dari pakat2 masuk longkang dengan PKR dan DAP??? sendiri mau fikir. Sekian

Thursday, March 19, 2009

SOAL JAWAB BERKAITAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN) DI PERAK : SIRI IV

PERSOALAN KEEMPAT : Mengapa tidak diadakan Pilihanraya Negeri untuk memilih Kerajaan Negeri yang baru?

4.1 Pilihan Raya dan undi tidak percaya bukannya satu-satu kaedah penyelesaian sebaliknya bergantung di atas pertimbangan Sultan untuk memutuskan apa2 kaedah menurut kuasa dan dan budi bicara yan g terletak hak ke atas Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

4.2 BN sentiasa bersedia menghadapi mana-mana PR sama ada umum atau kecil, namun demikian dalam situasi ini, Sultan telah memutuskan pembubaran DUN tidak perlu dan Baginda berpuas hati BN telah mempunyai sokongan majoriti ketika itu.

4.3 Tuanku sangat prihatin dan bijaksana dalam menangani situasi ini di mana Baginda mengambil kira bahawa PR Kecil/Negeri memerlukan bajet tinggi dan tidak bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu. Pada masa yang sama untuk mengadakan PRK boleh juga mengundang masalah ketidaktentuan politik dan mungkin hanya mendatangkan hasil yang sama.

4.4 Dengan itu, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak telah memperuntukan kuasa mutlak kepada Sultan pertukaran Kerajaan boleh dilaksanakan tanpa perlu mengadakan PR Negeri dan dengan cara ini dapat dielakkan sebarang pembaziran wang rakyat.

MAWAR: Dalam kesibukan semua org membicarakan soal Lembaga dan lembaga disiplin bukan lembaga Hitam??, serta PR di bukit2 smua tu. Mawar masi tekun dan tidak bosan2 publish soal jawab berhubung negeri Perak ni. Almaklumlah baru gia ada masa ku menaip2 ni. Mudah2an menjadi wadah dan hujan untuk perjuang2 di Perak.

Wednesday, March 18, 2009

SOAL JAWAB BERKAITAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN) DI PERAK : SIRI III

PERSOALAN KETIGA : Mengapa pelantikan MB baharu dibuat sedangkan MB lama belum berundur?

3.1 Isu ini tidak sepatutnya timbul jika Datuk Seri Nizar taat kepada titah yang telah diputuskan oleh Sultan tetapi beliau sengaja derhaka dengan menganggapkan dirinya masih Menteri Besar.

3.2 Sultan telah berlaku adil dengan memberi masa kepada Datuk Seri Nizar untuk berfikir supaya melepaskan jawatan. Namun, beliau tidak berbuat demikian kerana beranggapan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar masih sah di sisi Undang-Undang Tubuh Negeri. Siapakah beliau dibandingkan ke Bawah DYMM Baginda Sultan di sisi Undang-Undang Tubuh Negeri Perak?????

3.3 Datuk Seri Nizar juga secara terang-terangan telah melanggar sumpah beliau sebagai ADUN kerana dalam sumpahnya beliau menyatakan "Sesungguhnya saya Nizar Jamaluddin bersumpah akan taat setia kepada Sultan"

3.4 Sultan tidak sama sekali memecat MB sebaliknya apabila seorang MB sudah tidak mendapat sokongan majoriti maka Undang-Undang Tubuh menyatakan beliau wajib meletak jawatan MB.

Tuesday, March 17, 2009

SOAL JAWAB BERKAITAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN) DI PERAK : SIRI II

PERSOALAN KEDUA : TINDAKAN SULTAN PERAK DILIHAT BERCANGGAH DENGAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK SERTA PERASAAN DAN PANDANGAN RAKYAT

2.1 PERKARA 16 (6) - Baginda mempunyai kuasa mutlak tidak memperkenankan pembubaran DUN. Secara automatik jawatan Menteri Besar dan Jemaah Exco gugur.

2.2 PERKARA 12 (2) - Walaupun Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mensyaratkan pelantikan Menteri Besar hanya dari kalangan Orang Melayu dan Beragama Islam sahaja tetapi Undang-Undang Tubuh turut memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik Menteri Besar selain daripada orang Melayu/Islam jika baginda menimbangkan berfaedah berbuat demikian. Sebagai contoh, Sultan Perak telah mengunakan kuasa mutlaknya ini dengan melantik Datuk Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar walaupun PAS bukan majoriti berbanding DAP selepas PRU 12. Kenapa ketika itu tidak timbul isu Sultan melaksanakan kuasa Baginda secara bercanggah dengan undang-undang Tubuh dan tidak mengambil perasaan atau pandangan rakyat (khususnya bukan Melayu?)

2.3 PERKARA 16 (2a) - Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri yang pada pendapatnya boleh mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain.

2.4 PERKARA 18 (2a) - Kuasa-kuasa Sultan untuk "memutuskan mengikut timbangannya sendiri" termasuk dalam perkara "melantik Menteri Besar". satu lagi dalil kuasa mutlak Sultan adalah di bawah Perkara 16 (7) yang berbunyi -

6(7) Tertakluk kepada Fasal (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan Duli Yang Maha Mulia, tetapi seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu bolehlah pada mana-mana ketika meletakkan jawatannya.

2.5 PERKARA 7, Akta Tafsiran - menguatkan lagi kuasa Sultan yang memegang, menjawat dan menjalankan fungsi-fungsi jawatannya.

2.6 PERKARA 17 (Perlembagaan Persekutuan) - Perlembagaan Persekutuan telah jamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu. Ini bermakna semua kuasa budi bicara Sultan Perak sebagaimana yang termaktub di bawah perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (sebagai Perlembagaan Negeri) adalah kuasa mutlak Baginda dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Monday, March 16, 2009

KACAK BANAR 'LAGU KITA' BILA BUDAK SRWAK NI NYANYI

Best pulak Mawar mendengar 'Lagu Kita' ciptaan dan nyayian asal oleh Aizat apabila dinyanyikan oleh budak Sarawak Hafiz AF 7. Tu pun Mawar baru dapat tenguk ulangan kat TV al maklumlah bukan nya pun kita ni ada masa yang banyak tenguk2 tv nyanyi2 ni. Jadik ini sekadar penghibur mata dan minda, akhir kata Jangan durhaka pada ibu bapa dan juga pada Sultan dan negara. uh uh

LAGU KITA : AIZAT

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu

Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu
Kupetik gitar akustik ini

Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita

Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Oh..oh..oh Oh..oh..oooh

Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus Menyanyi lagu ini untukmu

Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita

Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Terciptalah lagu kita

Friday, March 13, 2009

SOAL JAWAB BERKAITAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN) DI PERAK : SIRI 1

SOALAN PERTAMA : MENGAPA SULTAN PERAK TIDAK BERSETUJU UNTUK MEMBUBARKAN DEWAN RAKYAT SETELAH DIAJUKAN PERMOHONAN PEMBUBARAN

1.1 Dari segi Undang-Undang Tubuh Negeri, Sultan Perak mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti dalam peruntukan perkara 18 (2b) seperti berikut:

- Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi pembubaran DUN.

1.2 Dalam konteks pembentukan negara, pandangan rakyat semata-mata tidak boleh diambil kira kerana ia berasaskan kepada emosi dan persepsi. pada kebiasaannya, pandangan rakyat bukan berasaskan kepada Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Walhal perkara ini tertahluk dan wajib dirujuk sepenuhnya dahulu kepada perlembagaan dan undang-undang.

1.3 Sultan berlaku adil dengan mengambil kira suasana semasa dalam menyelesaikan kemelut politik di mana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang sokongan majoriti ADUN.

1.4 Sultan berlaku adil dengan bertemu 28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas secara bersemuka satu demi satu untuk mendapatkan pendirian dan sokongan mereka terhadap BN.

1.5 Dalam Hal ini, Sultan Mempunyai 3 Opsyen:

a) Membubarkan DUN dan satu Pilihanraya Kecil Negeri diadakan,
b) Mengadakan undi tidak percaya terhadap NIZAR
c) Mengenalpasti dan membenarkan parti yang mendapat sokongan majoriti menubuhkan kerajaan.

Sehubungan dengan itu, baginda memilih opsyen yang ke-3 iaitu memilih BN yang mendapat sokongan majoriti.

1.6 Baginda merupakan seorang yang bijaksana, berilmu berpegalaman dan bekas KETUA HAKIM NEGARA.

MAWAR : Semoga paparan-paparan ini akan memberi sedikit ilmu kepada kita bersama dan khususnya penyokong Parti Pakatan yang macam kena ikat kepala otak dengan tidak mahu memahami sesuatu yang sebenarnya sangat mudah untuk difahami jika mereka mengunakan akal yang waras dan tidak taksub dengan pemimpin yang gila kuasa dan lupa sejarah.

Saksikan persoalan-persoalan lain di episod akan datang.

YEAH YEAH! TIADA PILIHANRAYA KECIL DI PENSIANGAN

SALAM SEMUA PELAYAR BLOG YANG BERBUDI BAHASA. UH UH

HARI INI, MAHKAMAH PERSEKUTUAN TELAH MENOLAK KEPUTUSAN MAHKAMAH PILIHANRAYA BERHUBUNG KEMENANGAN BN DI PENSIANGAN OLEH YANG DEMIKIAN JOSEPH KURUP KEKAL MP PENSIANGAN DAN TIADALAH PILIHANRAYA KECIL DI PENSIANGAN SEPERTI MANA YANG TELAH DIGEMBAR GEMBURKAN SEBELUM INI.. KEPADA PAKATAN RAKYAT YANG BERTREP MAU DATANG P SABAH? TANAM LAH DULU IMPIAN KAMURANG, KASI KEBAL DULU ILMU MENANGKIS SANTET BARU BERTEMPUR DI SABAH SECARA SEHAT PILIHRAYA KE -13 KELAK, ITU PUN KALU PAKATAN MASIH ADA NYAWA LAGI LAH. AKHIR KATA YEAH YEAH

Wednesday, March 11, 2009

GEMPAR ! ANWAR PERANGKAP PAKLAH BERTEMU DENGAN KETUA AJARAN SESAT DI HULU LANGAT !


ARTIKEL INI DI PETIK DARI BLOG GERAKAN ANTI PKR


PERKARA 1

Salam untuk semua sahabat bloger dan pembaca. apa yang gap akan dedahkan ini merupakan satu bukti sahih dan benar,perancangan jahat anwar untuk melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat islam di malaysia.

Sebelum ini kita umat islam telah banyak didedahkan akan beberapa sikap liberal dan munafiknya anwar bin ibrahim memperkuda/merosakkan islam demi mengejar cita-citanya kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri.

anwar bin ibrahim pernah menyanjungi salman rushdie dalam komentarnya memuji buku satanic verses, anwar bin ibrahim tidak pernah menyatakan BANTAHAN dalam persoalan murtad lina joy, hudud yang selama ini diperjuangkan oleh parti pas kini sudah menjadi bahan cacian karpal singh, kumpulan artikel 11 dan pejuang-pejuang IFC ( INTER FAITH COMISSION) kini sudah kembali 'bertenaga dan bersemangat' setelah anwar secara komited memberikan HARAPAN BARU untuk mereka menyamarata kan hak ISLAM DAN BUKAN ISLAM.

Ini adalah beberapa contoh betapa 'terdesaknya' anwar bin ibrahim untuk 'mengejar saki baki masa' yang ada untuk MEROSAKKAN SECARA TOTAL HAK AGAMA DA BANGSA DEMI MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU UNTUK BERKUASA MENJADI PERDANA MENTERI KE 6.
dalam keadaan yang cukup menyesakkan nafas anwar ini, hari ini kita telah digemparkan dengan cerita dan gambar pertemuan anwar dan paklah di hulu langat. anwar bin ibrahim adalah pengamal kaedah 'political animal' . kepala munafik ini sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja untuk memerangkap musuh politiknya, walaupun dengan menggunakan kaedah agama.

Hari ini anwar telah memerangkap paklah untuk bertemu dengan seorang tua bernama mahmud bin hj abd rahman (pengasas ajaran aurad ismailiah) yang telah difatwakan sebagai SESAT oleh bekas mufti negeri selangor, almarhum dato' ishak baharom. orang tua ini telah dijadikan medium perantaraan untuk anwar bertemu dengan paklah dan digunakan sebagai 'agenda pemula' anwar untuk kembali menjadi pejuang islam dan ikon perpaduan melayu. sayang perangkap anwar bin ibrahim ini TELAH DAPAT PIHAK KAMI KESAN.

Sila baca 2 perkara dibawah sebagai rujukan. gap mohon kepada anda semua baik dari pihak bloger dan pembaca untuk MENYEBARKAN BERITA GEMPAR INI kepada seluruh umat islam di malaysia. sebarkan ia melalui rangkaian blog,website BN dan PEMBANGKANG, email dll cara supaya berita ini sampai.

AYUH DEMI ISLAM,BAIK UMNO,PAS,PKR SILA SELAMATKAN AKIDAH ANDA ! KITA TOLAK PERBEZAAN POLITIK DALAM HAL PENTING INI ! SELAMATKAN AKIDAH KITA DARIPADA DI SESATKAN OLEH ANWAR BIN IBRAHIM !

PERKARA 2

INI ADALAH SALINAN FATWA DARI ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM YANG TELAH MENGISTIHARKAN AJARAN ISMAILIAH YANG DIBAWA OLEH MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN ADALAH SESAT !


NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.




ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989

PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989


IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.

JADUAL/ SCHEDULE
( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]

DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor


PERKARA 3
INI ADALAH ARTIKEL YANG DIPETIK DARI BLOG MSO BERKENAAN DENGAN PERTEMUAN DAN PERANCANGAN JAHAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENYESATKAN PAKLAH/UMNO SERTA SELURUH UMAT MELAYU !

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.



Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.


Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.


Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!


Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap.


Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.


Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.


Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?


Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.



Tuesday, March 10, 2009

RESOLUSI BPN 5/2009

RESOLUSI 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan. BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.

BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.

BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.

BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.

BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.

BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...

DAULAT TUANKU !!!!

Yang benar :
Blogger Pembela Negara

Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara

Sunday, March 8, 2009

AKHLAK YANG AGUNG UMPAMA BUNGA YG INDAH

SALAM MAULIDULRASUL BUAT SEMUA UMAT ISLAM


Esok di kampung Mawar ada sambutan MaulidulRasul, melihat kesungguhan ibuku menyediakan persiapan untuk dihantar ke Masjid esok membuat aku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di blog Mawar yang tidak seberapa ini. Almaklumla dalam kesempitan waktu yang Mawar lalui setiap hari tidak memberiku peluang membuka dan meng up date blog ini setiap hari.

Sebelum Mawar menghasilkan coretan ringkas alias karya marya malam ini, Mawar sempat membaca beberapa naskah buku dan karya di internet berhubung sejarah kelahiran Rasulullah SAW. Dalam berbanyak2 karya yang Mawar terbaca coretan di bawah ini telah menjadi pilihan untuk renungan dan tatapan kita bersama:

Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung selainnya, baik sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia. Kerana itulah, sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandungi rahsia dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungan dengannya. Padanya terkandung rahsia Tuhan yang patut kita kaji dan ungkapkan. Rahsia dan hikmah di sebalik tarikh kelahiran baginda yaitu: Sebelum Fajar, hari Isnin, l2 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.”

Sebelum Fajar

Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar bererti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.

Hari Isnin


Bahasa Arab Isnin yang berarti dua. Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana telah lama tidak ada Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Isnin.

Angka 12

Jika dirujuk pada malam, ia adalah puncak kegelapan. Artinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.

Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari. Ertinya kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk sekelian alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu, batu dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak dapat diperlakukan sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah puncak bulan dalam setahun. Ertinya baginda adalah penutup dan puncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuk semua etnik, berlanjutan hingga
berzaman-zaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada. Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap di dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawaNya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.

Bulan Rabiul Awwal

Rabi’ dari bahasa Arab berarti musim bunga. Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Oleh Makhfud