Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa pasang surut air bukan hanya bergantung kepada bulan dan matahari tetapi juga dipengaruhi oleh keadaan geografi, arah angin, lokasi dan kedalaman laut.
Jika kita merujuk kepada kajian dan kajian maka semua persoalan memberi jawapan. Namun apa yang pasti setiap kejadian alam yang Tuhan ciptakan melatih kita untuk berfikir dan mengagumi ciptaan dan kebesaranNya.
Bercerita soal pasang surut, hari ini di kampung Mawar pun gempar berhubung fenomena air pasang ni. Apa tidaknya? dimaklumkan air laut akan pasang lebih 20-30% daripada biasa, jika ramalan ini benar belaka maka ia akan mencecah lantai rumah di perkampungan tu.
pelbagai andaian dibuat oleh penduduk, apa yang penting kanak-kanak sudah diberi amaran untuk tidak ke sekolah kerana guru-guru bimbang akan keselamatan mereka.
Golongan yang mahir ilmu sains dan geografi di kampung aku mula membicarakan soal kedudukan bulan pada masa ini dikatakan terlalu dekat dengan bumi.
Pasang Surut air laut ini dijangka belaku (paling dalam) selama tiga hari berturut-turut bermula pukul lapan pagi dan kan surut pada 11 pagi.
Apapun jawapan kepada fenomena ini, aku harap jangan lah air laut tu menyebabkan kampung aku ditengelami air, semua selamat dan hidup sejahtera.