BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, July 17, 2009

KEDUDUKAN MATAHARI BERADA BETUL-BETUL DI ATAS KAABAH DI MADINAH


Tentu ramai diantara kita yang telah mengetahui akan bermaknanya tarikh 17.07.09 (Khamis) pukul 5.28 petang. Berita di Tv dan akhbar telah memaklumkan bahawa umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman, atau lebih tepat dari ruang solat mereka.

Mawar pun tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri, matahari terbenam dari kediaman kami sekeluarga. bertuah sebab rumah kami memang tada halangan mau lihat matahari terbenam hanya dihalang oleh rimbunan bakau di perkampungan Nelayan yang aman damai. Kelmarin adalah masa kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.


13 Julai lepas dalam Bernama Online : Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), En. Omar Said berkata arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam. Beliau berkata Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya.


5 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Kiblat ikut matahari paling baik tetapi kena tanya orang yang arif juga.

MAWAR BERDURI said...

betul tu abg mie...tu yang ambil peluang tenguk kat belakang umah kelmarin..

Ajin b. Gagah said...

Salam Mawar,
Tidak banyak blogger yang terfikir perkara macam ini.
Selalu nya, yang lain sebuk dengan politik dan pembangunan.

Apa yang menarik di sini, bukan lah kedudukkan mata hari dikaabah madinah ( terlalu jauh untuk di pastikan), tetapi usaha mawar sekeluarga melihat fenomena ini berlaku. Syabas dan solute.

Secara jujur nya , saya rasa tidak banyak yang perihatin tentang hal ini. Termasuk (dengan maaf) diri saya sendiri.

Teruskan melapur perkara yang menarik lagi unik saperti ini. Semoga success.

MAWAR BERDURI said...

salam kembali en. solymone?

benar jugak pa yang en katakan..itulah kekdang dalam keghairahan membicarakan soal politik ni, mawar tu menyimpang2 baca rencana kat bernama banyak yang menarik menambah pengetahuan am kita...yalah bagi mawar blog bukan sekadar ruang berbicara soal politik semata2 tapi lebih dari itu...blog en. solymone pun mawar tenguk menarik juga dengan isu semasa..k keep in touch

cicit pahlawan said...

salam perkenalan