
Mawar pun tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri, matahari terbenam dari kediaman kami sekeluarga. bertuah sebab rumah kami memang tada halangan mau lihat matahari terbenam hanya dihalang oleh rimbunan bakau di perkampungan Nelayan yang aman damai. Kelmarin adalah masa kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.
13 Julai lepas dalam Bernama Online : Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), En. Omar Said berkata arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam. Beliau berkata Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya.