BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, June 19, 2009

ADA JUGAK MUSIM IKAN









Salam kepada semua pelayar blog yang proaktif lagi inovatif, kekadang ada yang sensitif...uh Melayari rutin harian ku setiap hari dengan membaca akhbar secara online. termanggu jugak aku seketika pesal al tok guru nik aziz lebih rela bepadu dan memadu dengan dap dari membetuk perpaduan parti Pas tu ngan UMNO..esh2 esh2. Uhm? cerita ni memang langsung tak da kaitan dengan post mawar hari ni. jadik kepada blogger2 yang sekalian yang rapat ngan Tok Guru mereka tu harap2 dinasihatkan la beliau untuk mementingkan perpaduan dikalangan Melayu-Islam dari terus meminum madu yang kian bertukar racun dengan PKR dan DAPe2 tu. Sekian.

Kembali kepada tajuk asal 'MUSIM IKAN' he he...bukan musim buah2an jak ada, musim ikan pun ada bah. Mawar suka mengimbas zaman masa aku kecik dulu dibesarkan di perkampungan nelayan, di pinggir bandar Sandakan. Kalu tenguk awan (seperti gambar yang dipaparkan di atas) musti dalam hati terdetik uhh? ni musti banyak ikan ni di laut. Yelah pernah juga aku bertanya dengan arwa bapa semasa hayatnya tentang kebenaran cerita2 yang mungkin boleh kita gelar sebagai 'Mitos tentang Awan' diceritakan kepada kami masa kecik2 dulu..Bila saja ku bertanya tentang kebenaran cerita ini. soalan ku pastinya berbunyi "betulkan pa kalau awam tu mcm becicik (berkepul2) banyak ikan di laut, musim ikan"????.

Jawapan yang selalu ku terima pastinya positif "kadang2 juga kami di laut tenguk langit, di mana awan bersisik kami ke tempat itulah, selalunya memang banyak ikan"...

hmm detik hatiku ajaib juga petanda yang diberi Tuhan untuk nelayan di laut. Subhallah. Hati ku terus memuji kebesaran Allah, tiada yang mustahil dengan kehendaknya, sebagai manusia semua ilmu Tuhan harus kita teroka agar kita tidak terus hidup dengan berbekalkan perasaan semata2.

Tetapi kejadian-kejadian ini semamangnya punya penjelasan dari ilmu geografi masa kita sekolah-sekolah dulu. Penjelasan-penjelasan yang berlegar di zaman kanak-kanak ku (awan becicik/berkepul=banyak ikan d laut)terus digelar 'Mitos Awan' lantaran manusia dikatakan menginginkan penjelasan yang terlalu cepat tentang sesutau perkara/kejadian alam. Apapun penjelasan ilmiah hari ini mungkin juga banyak yang bersumberkan mitos yang disampaikan dan tersebar dari alam kanak2.

Aku tersenyum sendiri tak kala melihat Awan bersisik, aku ndak ingat pulak apa namanya Cirrostratus, Cirrus ataupun Cirrocumulus kah? (kelompok awan tinggi) apakah?? tapi dalam hatiku terus berbisik "aik awam ikan musti banyak ikan di laut" he he he (mitosnya jugak yang aku ingat uh uh)Apa pun penjelasannya yang penting aku masih bersandarkan bahawa semua yang tercipta di langit dan di bumi adalah bukti kebesaran Allah.

Sekian dulu esok Mawar post kan Kelunakan Sup Kaki Ayam Pasar Sim-sim Sandakan, jangan kasi lama bah.

2 comments:

B-Thinker said...

salam?

wah mawar pu nelayan ka? he he. awan becicik ikan...di tempat sya, nelayan guna angin jak. aku pun tk pasti..biasanya penanda jalan dorg guna panduan bintang dan bukit supaya tk sesat. masalahnya bila ttba hujan..bukit n bintang pn tk kelihatan lagi. naa terpaksa guna instinct melalui pengalaman la..he he he

MAWAR BERDURI said...

salam b?

kalau tak da bintang dan bukit tenguk awam la he he..kalu awan dah mengitam angin kencang tak keruan ai nak tu gamak nya kena pulang ke darat lerrrr he he