BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Wednesday, June 10, 2009

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN

Bulan merayakan pesta Keamatan yang lazimnya dirayakan pada bulan Mei telah berakhir. Apa yang pasti sambutan peringkat negeri telah berlangsung dengan meriah di Padang Merdeka, Kota Kinabalu Sabah pada 7 Jun, 2009 yang lepas. Walaupun perayaan ini adalah amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun di Sabah tapi ia diterima baik oleh semua lapisan masyarakat di Sabah. Perayaan ini bukan saja lambang penyatuan masyarakat Kadazan-Dusun malah ia adalah manifestasi budaya yang disahami oleh semua kaum di Sabah.

Apa yang pasti ia selaras dengan konsep "1 Malaysia', menyatukan masyarakat agar sahami (kongsi) budaya dan apa jua yang baik demi perpaduan dan menghidar sengketa.

Mawar Berkesempatan menghadiri program tersebut yang turut dihadiri oleh T.Y.T Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah, Yang Di-Pertua negeri Sabah & Y.A. Bhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah binti Awang Japar dan beberapa pemimpin tertinggi Malaysia termasuk Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah YB. DSP. Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Ketua Menteri Sabah.

Berkongsi info untuk tatapan pelayar blog mengenai Perayaan ini

Pesta Keamatan (Tadau Kaamatan atau dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bombazon" iaitu menurut kepercayaan suku Kadazan-Dusun adalah semangat padi. Perayaan ini merupakan amalan tradisi yang diwarisi sejak zaman berzaman. perayaan ini pada kebiasaaannya diadakan selepas menuai padi.

Pesta Keamatan yang dirayakan ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi. oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Antara sambutan yang menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. tarian ini ditarikan oleh petani dengan memakai pakaian tradisi. Tarian dipersembahkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibarkan-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

selain daripada persembahan tarian Sumazau, Pertandingan nyanyian "Sugandoi", pertunjukan bina badan dan ratu cantik 'Unduk Ngadau' juga diadakan . Tidak dilupakan persembahan memaparkan segala jenis kesenian dan kraftangan.

Hidangan popular semasa perayaan adalah tapai atau lebih dikenali sebagai "Kinomol". Tapai merupakan minuman tradisi diperbuat daripada beras (nasi) dan ubi kayu. Nasi akan diperam lebih kurang 2-3 minggu. bagi memberi rasa sebenar ia dicampur dengan ragi. Keunikan suku ini menikmati minuman tersebut adalah mereka mengunakan "Sumbiling" iaitu buluh kecil untuk menyedut air tapai dari tempayan besar. Gelas yang digunakan pula pada kebiasaaannya mengunakan buluh yang digelar "Singgarung".

Akhir kata, dari Mawar sama-samalah kita menjayakan "1 Malaysia". Berkongsi citra budaya dan kebudayaan tanpa menjejaskan amalan kita selaras dengan tuntutan agama dan bangsa masing-masing.

No comments: