BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Thursday, August 21, 2008

2 Exco, bekas Adun Perak ditahan BPR

Suspek disyaki minta suapan percepat projek perumahan RM180j

KUALA LUMPUR: Dua ahli Exco Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah antara enam orang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membantu siasatan kes rasuah seks dan sogokan lebih RM123,400. Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO yang juga Adun Changkat Jering, Kapten (B) Osman Mohd Jailu dan bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, ditahan bersama seorang lelaki di sebuah hotel di Ipoh pada jam 6 petang kelmarin, manakala dua lagi ditahan di sekitar bandar raya itu antara 9 hingga 10.30 malam kelmarin.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan yang juga Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, pula ditahan di Pejabat BPR Perak, jam 10.30 pagi semalam. Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegah Rasuah 1997 bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan satu projek perumahan di Seri Iskandar bernilai RM180 juta...berita harian Online

Inilah bukti Kerajaan Perak cuba untuk merealisasikan Kerajaan Bersih. Bersih Ke?... semalam bila ditanya dengan kuncu2nya. Jawapan mereka "seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah" kalau tidak bersalah kepada tutup muka mcm pesalah jenayah seks, takut ke? belum salah lagi kan kenapa takut?

7 comments:

hasipin66 said...

2 x"ko" tu tutup muka pasal bukannya macam artis nak galmour,tapi dah glaterr kot.Biarkan BPR buat kerja,itulah kerja diorang ba.kalau ada bukti,apa buli buat.ngamla tu.sebab BPR tak pilih siapa punya keturunan,pandailah diorang jawab tu.Ingat saya Perak (PR)cuma dapat lebih 3 kerusi DUN je pada PRU12.

MAWAR BERDURI said...

Salam Hasipin?

tak kesah ah..bukan mau gilamor ke ape ke? glaterrr ke?( lucu jugak ayat kau ni)tapi apa yang penting pakatan pembangkang ni jangan kalu buat silap, ditangkap, malar lah menuduh kerajaa dgn konspirasi. mcm lah diorg 2 malaikat tak pena buat salah. ni mulut sampai senget2 mengumpau ja. sekian

sumandak bayu said...

Dorang dah 'kenapatan'='ketahuan' tapi sanggup g cakap ni konspirasi daripada kerajaan BN. Apa lah..... da kena cekup insaf jalah dan terima ja hukuman.... KITAKAN MANUSIA AKAN MELAKUKAN KESILAPAN...
Habislah Pakatan Rakyat koran uar-uarkan RASUAH rupanya korang pun terlibat ye.... 'KECIAN LUNCAI JATUH DENGAN LABU-LABUNYA'

UMNO PARTI PENJARA said...

Perjuangan utama PKR adalah Rahsuah :)

daddy-wafiah said...

salam mawar,
2 orang exco ni bukan apa, mau cover nda bersalah bah tu.dicakap lah ada konspirasi bn dengan BPR untuk menjatuhkan diorang. BPR tidak akan siasat kalau tiada bukti. siap mau saman lagi tu. kalau aku lah, tangkap diorang ni hantar pigi palestin,biar diorang tahu mcm mana erti kemerdekaan dan keamanan.
kemaruk pangkat dan wang kali diorang,lama kan menunggu mau jadi exco..heheheh

Anonymous said...

Tahniah DSAI...menang besar bila seluruh bala tentera BN di tumpu ke situ...

Tanda tanda UMNO/BN nak terkubur...

Dulu...Kini dan Selamanya No to UMNO.

Kesian dia

Raz

MAWAR BERDURI said...

DSAI bukan menang besar lah menang teruk...

apa kaitan kemenangan anwar dengan UMNO terkubur hang ni taksub sangat lah Raz dengan DSAI.

aku kecian memang kesian dengan kamuorg yang berjuang utk DSAI bukan untuk Agama, Bangsa dan Negara..