BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Monday, August 11, 2008

Menang jika jentera kerja kuat

ALOR STAR 10 Ogos - Barisan Nasional (BN) boleh memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini sekiranya ahli parti itu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

Pengerusi BN Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pencapaian BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini membuktikan parti itu mampu berbuat demikian.
''BN mempunyai banyak pengalaman menghadapi pilihan raya kecil. Sebelum pilihan raya umum lalu, kita pernah menghadapi lima atau enam pilihan raya kecil, jadi tidak ada masalah.


''Malah pada pilihan raya umum 2004, kita cuma tewas dengan majoriti 500 undi sahaja,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan BN Kedah mengenai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Bangunan UMNO di sini malam tadi.

Mengenai cabaran yang bakal dihadapi BN dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pembangkang, Mahdzir berkata, BN Kedah telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya berkenaan...http://www.utusan.com.my/

Mawar : Aku Pun suka kalau BN menang tak da lagi kerajaan lagi bagus selain Barisan Nasional di Malaysia ni yang dapat membuatkan semua tanaman subur dan bunga-bunga berkembang di halaman selain BN. Hidup BN!

No comments: