BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, April 17, 2009

PAKATAN SEWEL DAN PRK

Petang2 ni idea untuk berkarya memang telah kering dan kontang, setelah sekian lama meninggalkan alam karya marya.

MaWAR terus gagahkan hati melayari blog2 rakan BPN dan geng2 keras ku yang memang hebat2 smua kalu bab berkarya dan mengulas mulas ni...Blog JomoSama antara blog yang akan ku kunjungi setiap hari almaklumla c Jomo ni lazzer nya kalah juga mak joya jiran aku di kg tu..uhuh. Dalam Mawar pening keponingan segar terus otak ku mambaca karya c Jomo yang sgt lah lucu dan menerujakan utk aku copy dan publish kan di blog ku ini.

Berkat keyakinanku aku yakin c Jomo tak kan saman aku la sebab copy karya nya yang ala2 kehebatan karya majalah APO dan UJANG ini. kerna yang pasti c Jomo bukanlah C Keparat Singa yang suka saman dan meyamankan di balai2 polis dan penjara di Malaysia.

kepada pelayar blog yang sedang tidak dapat berfikir kenapa Pakatan suka hati nenek tiri dan sesuka hati mengerami pilihanraya kecil mcm piliharaya tu guna duit simpanan nya, baca artikel jomo yang cute di bawah ini. akhir kata dari MAwar ini pikir la sendiri!!!

Oleh : JomoSama

Pakatan Rakyat dan Pilihanraya Kecil sudah cukup sinonim dalam agenda kita hari ini. Sat lagi PRK...PKR...PRK..PKR...!! Inilah yang termampu mereka lakukan untuk `MENUTUP' ketidakmampuan mereka menyumbang atau menyelesaikan masalah-masalah dikawasan yang mereka kuasai.

Anda semua jangan hairan kalau selepas ini, akan ada lagi PRK dikawasan lain selepas PENANTI. Entahlah... surat letak jawatan tu dihantar sendiri oleh YB tu ke atau memang sudah ada dalam simpanan Anwar, cuma perlu faks sahaja kepejabat Speaker DUN bila `terdengar' YB Fairus mula tunjuk taring... seperti yang berlaku diPERAK.

Entahlahhh...... bila lah kita nak buat kerja pembangunan, kalau asyik-asyik sibuk pilihanraya. Sapa yang kaya nanti...TOKEY2 PERCETAKKAN.!! Kita hanya `langap-langap' mulut...basah kuyup dengan peluh, hilang suara...berkempen disana-sini..!!

Pakatan Rakyat cuba untuk menunjukkan pada rakyat mengenai `kekuatan' mereka dalam PRK kecil...dengan memilih kawasan-kawasan selamat mereka untuk diadakan PRK.. lepas tu, mereka akan HEBOHKAN SATU DUNIA...LIHATLAH MALAYSIA, KAMI MENANG LAGI MENENTANG KERAJAAN BN....!! Mahu menunjukkan pada umum bahawa `kononnya' Pakatan Rakyat diterima oleh rakyat...tetapi, kerajaan BN tidak berani buat PIRU ke-13. Alangkah `membazirnya' akal dan fikiran mereka-mereka yang ada dalam PAKATAN RAKYAT itu???

Cubalah fikirkan `sesuatu' yang boleh memberi manafaat jangka panjang pada penduduk-penduduk kawasan yang kamu wakili, habiskanlah tempoh `honeymoon' kamu itu `berkuasa' sementara menunggu PIRU ke-13 nanti.. buatlah apa saja..asalkan bukan tanam pokok `demokrasi' macam diPERAK, atau ladang khinzir moden diSelangor, bukan juga adegan tidur telanjang apa lagi buat anak haram macam di Bukit Selambau. Bukan juga `sembah derhaka' atau perkataan `CILAKA', jauh sekali menyondol buntut lelaki lain...(ishhh..adakah patut). ANDA SEMUA PATUT `BERTAUBAT' seperti apa yang siKERPALA SINGH CILAKA cakap. BERTAUBAT...!!!!!

Amboi-amboi...JomoSama makin `lazer' sudah sekarang...!!!

6 comments:

Ali Abdullah said...

memang itulah niat sebenar Anwar dan rakan PKRnya. Umpama kaduk naik junjung, ditengah-tengah tenggelamnya kehebatan Anwar dan Partinya mereka mula nak mengilap glamer dengan prk penanti. NAK PUBLISITI MURAH LA TU!

Hah, jangan terlalu yakin, rakyat kat Peranti tu tak semuanya sokong PKR. Manusia boleh berubah, tak mustahil kalau BN menang. Yang kita takut nanti kalau PKR kalah, akan ada warga Malaysia yang menyusul tindakan calon pilihanraya macam kat Indonesia tu baru-baru ini. Gantung diri sebab tak dapat nak terima hakikat yang rakyat dah tak sokong dia lagi.

PARPUKARI said...

OOPPPPSSS, KITA ADA YB YANG TERELBIH SUDAH DI MALAYSIA...HE HE HE....

Anonymous said...

Parpukari ni yang ori ke ceduk ni..mawar???

Apai ngelai.. saya setuju dengan pendapat saudara. Kalau BN menang nanti...MEREKA AKAN KATA MACAM-MACAM, TAPI KALAU MENANG..mereka diam-diam TIKUS.

Tengoklah macam diBATANG AI tu...adakah patut c ANWAR bilang peti undi kena BUANG KE LAUT DARI ATAS HELIKOPTER.. tu lah pasal durang kalah..wakakaka, aduiii... lucunya batang hidung aku!!

MAWAR2BERDURI... boleh bah kalau kau. No saman-saman, hantar rombongan meminang tu mungkinlah.. wakakakaka!!

Tok Pambu said...

Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

Anonymous said...

Eloo mamak nalaparpu.....susah hati pulak ko bila orang lain dok sebuk pasal puak mamak ko tu eks...yang puak ko dok sibuk pasaii unmo apa hal nya...kalau betul nak berkhidmat untuk rakyat ngape nak letak jawatan...cuba ko tunjuk ape yang telah dilakukan oleh PR (Penipu Rakyat) di 5 negeri oopp sekarang tinggal 4 untuk rakyat..cuma tau mengorek kesalahan orang jee....mana pegi 5 kontena kes yang nak didedahkan oleh anuar tu....semua kontena tu dah jatuh kelaut kee

SPARK said...

Mahukan laman web sendiri sila layari DREBUFF anda mampu memilikinya...