BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, March 13, 2009

SOAL JAWAB BERKAITAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN) DI PERAK : SIRI 1

SOALAN PERTAMA : MENGAPA SULTAN PERAK TIDAK BERSETUJU UNTUK MEMBUBARKAN DEWAN RAKYAT SETELAH DIAJUKAN PERMOHONAN PEMBUBARAN

1.1 Dari segi Undang-Undang Tubuh Negeri, Sultan Perak mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti dalam peruntukan perkara 18 (2b) seperti berikut:

- Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi pembubaran DUN.

1.2 Dalam konteks pembentukan negara, pandangan rakyat semata-mata tidak boleh diambil kira kerana ia berasaskan kepada emosi dan persepsi. pada kebiasaannya, pandangan rakyat bukan berasaskan kepada Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Walhal perkara ini tertahluk dan wajib dirujuk sepenuhnya dahulu kepada perlembagaan dan undang-undang.

1.3 Sultan berlaku adil dengan mengambil kira suasana semasa dalam menyelesaikan kemelut politik di mana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang sokongan majoriti ADUN.

1.4 Sultan berlaku adil dengan bertemu 28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas secara bersemuka satu demi satu untuk mendapatkan pendirian dan sokongan mereka terhadap BN.

1.5 Dalam Hal ini, Sultan Mempunyai 3 Opsyen:

a) Membubarkan DUN dan satu Pilihanraya Kecil Negeri diadakan,
b) Mengadakan undi tidak percaya terhadap NIZAR
c) Mengenalpasti dan membenarkan parti yang mendapat sokongan majoriti menubuhkan kerajaan.

Sehubungan dengan itu, baginda memilih opsyen yang ke-3 iaitu memilih BN yang mendapat sokongan majoriti.

1.6 Baginda merupakan seorang yang bijaksana, berilmu berpegalaman dan bekas KETUA HAKIM NEGARA.

MAWAR : Semoga paparan-paparan ini akan memberi sedikit ilmu kepada kita bersama dan khususnya penyokong Parti Pakatan yang macam kena ikat kepala otak dengan tidak mahu memahami sesuatu yang sebenarnya sangat mudah untuk difahami jika mereka mengunakan akal yang waras dan tidak taksub dengan pemimpin yang gila kuasa dan lupa sejarah.

Saksikan persoalan-persoalan lain di episod akan datang.

3 comments:

Z-MAY said...

sultan perak dah buat keputusan betul dah...

Ali Abdullah said...

Nak bagi opsyen ke4 - Sultan boleh menggunakan kuasa veto untuk mengenakan buang negeri mereka yang melanggar sumpah taat setia kepada sultan.

Ini kerana penderhaka tidak layak mempersoalkan keputusan raja-raja apatah lagi dalam keadaan telah bersumpah untuk taat setia kepadanya.

Tai said...

Mereka bukan tak faham, tapi kemeruk kuasa punya pasal, jadi buat-buat tak faham.