KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu melihat kemajuan yang dicapai oleh Terengganu sekarang diteruskan tanpa sebarang gangguan, sekali gus memenuhi impian setiap rakyat di negeri itu.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan memastikan setiap rancangan yang dirangka untuk negeri itu sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih daripada parti PAS akan dilaksanakan.
"Saya nak lihat kemajuan di negeri ini berterusan, tak tersangkut, tak tersekat atau apa-apa projek yang dirancang diketepikan, bahkan apa yang dirancang akan dibina.
"Apa yang diimpikan oleh rakyat Terengganu tetap akan jadi kenyataan," katanya berucap pada majlis peletakan batu asas Kompleks Pakar Materniti dan Kompleks Psikiatri Kesihatan Mental Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini hari ini.
Untuk itu kata Abdullah, kerjasama baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang berlangsung sekarang harus meliputi semua peringkat termasuk peringkat bawah bagi memudahkan pelaksanaan setiap projek yang dirancang.
"Oleh sebab itulah kita mahu wakil yang sama dengan kita seperti sebelum ini untuk kawasan ini bagi memudahkan kita bekerja," katanya.
Perdana Menteri berkata sejak BN mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada PAS pada 2004, pelbagai projek yang membawa manfaat kepada rakyat telah dilaksana termasuk penubuhan Universiti Malaysia Terengganu, menaiktarafkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan pembinaan lebuh raya.
"Apa yang kita nak buat ini (pembinaan kompleks pakar) juga satu lagi kejayaan yang dibawa oleh kerajaan BN di Terengganu dan kerajaan BN Persekutuan, iaitu satu lagi projek impian yang menjadi realiti bagi orang Terengganu," katanya.
Abdullah juga menegaskan bahawa sejak BN mengambil alih pentadbiran negeri daripada PAS pada 2004, tahap kemiskinan berjaya dikurangkan dari 15.4 peratus kepada 6.5 peratus sekarang.Selain itu katanya, Terengganu juga berada di tempat paling atas daripada segi pencapaian dalam peperiksaan yang kejayaan itu tidak mudah dicabar pelajar di negeri lain.
Abdullah berkata semua kejayaan itu menunjukkan projek yang dilaksana kerajaan membawa impak besar kepada rakyat Terengganu.
"Saya bersyukur kerana kerajaan negeri ini sentiasa beri perhatian kepada keperluan rakyat dan setiap yang dilaksana itu adalah untuk semua, tanpa memilih keturunan, bangsa atau agama," katanya.
Perdana Menteri berkata walaupun rakyat bebas memilih kerajaan yang dikehendaki, adalah menjadi tugasnya menyampaikan kepada masyarakat mengenai maklumat yang tepat bagi membantu rakyat membuat keputusan bijak.
"Saya tahu apa yang diputuskan pengundi adalah hak pengundi, tapi menjadi kewajipan saya untuk memberitahu maklumat yang baik," katanya.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Datuk Ahmad Said.-- BERNAMA
Mawar : Buat semua pengundi kat KT 'Cari-cari tempat mandi, pertama teluk kedua pantai, cari2 apa nak undi, pertama BN tak yah pilih PAS" uhuh
2 comments:
BN telah kalah..
Tun Dr M ada berkata tempoh hari
"Wan Farid adalah SEBURUK-BURUK calon bagi UMNO" .
Apabila Pak Lah diminta mengulas kenyataan Tun ini, Pak Lah dengan bodoh sombong dan penuh keegoaan berkata, "MAHATHIR sudah TIDAK RELEVAN dalam UMNO".
Pokoknya disini Pak Lah kah atau Tun Dr M yang tidak RELEVAN?
Isunya besa saja..isu personalty menyebabkan calon BN tumbang di KT. Yang ironinya, pemimpin tidak nampak bahayanya meletakkan Wan Farid di KT? ini satu lagi kelemahan UMNO dalam memilih calon? istilah kalau pokok pisang sekali pun calon BN, tetap akan menang, suda tidak relevan lagi...PIRU13 kena selective...pilih calon yang releven..
Post a Comment