BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Friday, December 19, 2008

Budaya mengendeng pemimpin perlu dihentikan

DALAM mana-mana pilihan raya kecil, suasana inilah yang kerap atau biasa tertonjol setiap kali pemimpin Barisan Nasional (BN) - merujuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak - turun padang meninjau kempen jentera pilihan raya.

Yakni, budaya menggendeng pemimpin.

Cukup rimas dibuatnya. Kalau setakat menyambut ketibaan kedua-dua pemimpin di lapangan terbang, kemudiannya menyertai taklimat perjalanan dan operasi kempen jentera pilihan raya, tidak mengapalah. Ini sampai berbondong- bondong mengikuti ke mana arah langkah pemimpin itu pergi dari satu bilik gerakan ke satu bilik gerakan, pondok panas ke satu pondok panas dan satu peti undi ke satu peti undi, maka itu tentunya satu kerugian besar kepada parti berkenaan - khususnya dari aspek liputan menyeluruh meraih undi dan tumpuan asakan kempen ke kawasan-kawasan 'hitam' dan 'kelabu.'

''Kalau yang mengikut kedua-dua pemimpin ini dalam satu kumpulan kecil tak mengapalah, ini sehingga satu konvoi berkereta yang panjang, sudah tentu ada yang tidak kena," kata seorang
ketua UMNO bahagian Terengganu yang enggan disiarkan namanya kepada Utusan Malaysia semalam. Berita Lanjut

Mawar Berkata: teringat plak kata2 seorang teman "jangan suka mengendeng2 bah nanti kena indik hehehe" . Betul juga lah ulasan ni kan? kalau dan smua dok ngendeng bila pemimpin turun padang sapa dok nak buat karaja di lapangan yang masih luas terbentang. kesimpulannya hindari diri anda dari ngendeng mengendeng.

3 comments:

Captain Jack said...

Salam Mawar...

Biasala... ini lah masanya nak tunjuk muka... Kununnya klu nak projek kena la tunjuk muka, mengendeng2, bodek lebih...

Bila x dapat projek mula la nak salah orang itu, orang ini... yang sebenarnya salah sape yang, salah diri sendiri lahkan...

Jack memang tak suka budaya mengendeng2... kerana orang yang suka mengendeng2 ni bahaya sikit... silap2 tikam kawan dari belakang...

Salam Perjuangan

CJ

AKULAH GHAIBMAN said...

biasa la tu dalam politik.. huhuhu yang penting die sokong BN. hahaha

panglimapitas said...

Salam..
yezza.. betul tu mas...
ni nak ikut ke sana kemari dorang ni.. kali tengok sukung parti pembangkang la pulakkk... matai la ini...