Terkini
ALOR GAJAH 27 Dis. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.
Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan menimbulkan masalah besar dalam negara ini.
“Saya sudah beritahu kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya mengambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat Dusun Buah-Buahan Tropika D-Paradise dekat sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas laman blog tersebut yang turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu.
Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat pihak lain.
Abdullah berkata: “Saya baru saja, dalam ucapan Hari Krismas baru-baru ini, mengatakan kita perlulah bersikap toleran, perlu pastikan kehidupan rakyat Malaysia yang berlainan agama dan berlainan keturunan, kita mesti sentiasa waspada, sentiasa mengingati diri kita, jangan menimbulkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keadaan yang tidak kita suka, ini pula hal berkaitan dengan agama”.
- Bernama
2 comments:
Salam Mawar,
Walaupun kita mengamalkan toleransi kaum dan agama, namun kita tidak lepas daripada hasutan dan gangguan-gangguan oleh sesetengah pihak yang berniat jahat cuba untuk mengucar-kacirkan kesejahteraan dalam negara ini.
Agama adalah perkara yang paling sensitif sekali untuk dipertikaikan apatah lagi apabila melibatkan penghinaan terutamanya kepada agama rasmi negara - agama Islam. Sesungguhnya, ada segolongan manusia yang pasti dapat manfaat daripada ketegangan agama yang dicipta mereka. Mereka merasa puas dengan semua cacian, melepaskan geram kepada Islam dengan cara yang sungguh biadap dan tidak bertamadun.
Marilah kita bersatu menumpaskan mereka yang secara terang-terangan merobek kesucian agama kita. Laporlah kepada pihak yang berwajib sekiranya mengetahui kewujudan blog seperti ini, agar tindakan susulan dapat diambil ke atas penghina tersebut.
Lupakanlah perbezaan politik dalam menegakkan syiar islam, asingkan tuntutan agama dan keperluan politik dalam menyahut segala bentuk cabaran terhadap agama islam di akhir zaman ini. Ingatlah, Bersatu teguh bercerai roboh..
Wassalam
salam apai?
benar belaka apa yg apai katakan..
usaha berterusan dan bersepadu harus segera diambil agar tidak ada pihak yang membodohkan diri mrk dengan membuat penghinaan terang2an terhadap agama.
lastly pai jap g mawar publish keindahan pulau kat sabah ya.
Post a Comment