BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Monday, September 22, 2008

Raymond Tan kekal Timbalan Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU 22 Sept. – Kerajaan Sabah mengekalkan Datuk Raymond Tan Shu Kiah sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, meskipun tidak menyertai mana-mana parti politik pada masa ini.

Shu Kiah berkata, keputusan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, selepas pertemuan dengan beliau di Wisma Innoprise, di sini hari ini.

"Jawatan saya kekal kerana Ketua Menteri mempunyai hak istimewa dan perkara itu adalah di bawah bidang kuasa beliau untuk berbuat demikian.

"Ini selaras dengan kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri dan selepas ini saya akan kembali bertugas seperti biasa," katanya yang bertindak keluar daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan kini bergerak sebagai anggota Bebas tanpa parti.

Shu Kiah yang juga bekas Timbalan Presiden SAPP keluar daripada parti tersebut kerana tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi parti pada 17 September lalu, keluar daripada BN selepas hampir tiga bulan menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat itu pada awalnya merancang menyerahkan surat peletakan jawatannya dalam kerajaan hari ini berikutan keputusan SAPP itu. – 22/09/2008,Utusan Online.

Walau apa pun harapan mawar. semoga Datuk Raymond dapat memilih satu parti dalam komponen BN bagi membolehkan keutuhan kepimpinan BN di Sabah

No comments: