BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Tuesday, February 14, 2012

Pok NiK Jgn U-Turn Lagi

Nik Aziz kan membari kata dua kpd Anwar agar menarik balik kenyataannya yg menyokong Israel. Apakah ia lebih bersifat sebagai kenyataan politik.
kenyataan sokong Israel sudah lama dibuat Anwar kenapa baru skrg Pas beri kata dua????? Uhuh

Pok Nik Aziz Jgn buat U-Turn spt mana isu2 sebelum ini utk selamatkan Anwar & pembangkang kekeke...

Renung2kan

Wednesday, February 1, 2012

KALAU? SOKONG PKR SOKONG ANU-WAR SOKONG ANU-WAR SOKONG ISRAEL

Berkesempatan menyelak ruangan berita hari ini, dan terpanggil untuk bercerita soal Anu-war dan Israel nya aku terjumpa Artikel Coretan Zulkifli Nordin semoga kita semua mendapat pengajaran. Renung2 kan. Janganlah kerana kepentingan peribadi Anu-war masa depan anak bangsa kita jadi taruhan

Zulkifli Noordin : Apa Pendirian PAS, Bila Anwar Sokong Israel

Salam 2 all.

“Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, begitu petikan wawancara bersama Anwar Ibrahim menurut lapuran terbaru sebuah media yang dikuasai Yahudi, Wall Street Journal.

Dan itulah persoalan yang hangat diperbincangkan didunia cyber, kedai kopi, disurau masjid dan banyak tempat lain! Ramai yang bertanya, apa kejadahnya Anwar membuat kenyataan saperti yang dilapurkan di Wall Street Journal itu? Wartawan WSJ tersebut menyatakan “Anwar hanya tidak menyebut samada dia akan membuat sebarang hubungan diplomatik dengan Israel” jika dia menjadi Perdana Menteri.

Umum mengetahui Kerajaan Malaysia adalah antara satu-satunya Kerajaan didunia ini yang tidak mengiktiraf rejim zionis Israel, malah kita langsung tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Didalam paspot antarabangsa Malaysia tercatat jelas rakyat Malaysia dilarang mengunjungi Israel! Pendirian kita terhadap rejim zionis Israel jelas dan konsisten sejak merdeka lagi!

KERAJAAN & RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENGIKTIRAF REJIM ZIONIS ISRAEL!

SANDIWARA POLITIK DUALAM

Pada teman, kenyataan Anwar Ibrahim “menyokong usaha melindungi keselamatan Israel” kepada Wall Street Journal adalah bukti sandiwara politik dualam yang dimainkan oleh Anwar. Jelas sikap hipokrit dan talam dua muka Anwar dalam isu ini!

Buktinya? Jangan lupa inilah juga manusia yang menyerang Dato’ Sri Najib dan Kerajaan Malaysia habis-habisan dengan fitnah APCO! Konon Najib dikelilingi oleh penasihat Yahudi melalui APCO Worldwide Konon Kerajaan Malaysia, termasuk pasukan keselamatan PDRM telah diresapi oleh Yahudi melalui APCO Worlwide. Habis diperdaya rakyat dan ditakut-takutkan umat Islam bahawa Kerajaan Malaysia kini dikuasai Yahudi melalui APCO Worldwide.

Sedangkan satu dunia tahu bahawa APCO Worldwide bukan milik Yahudi! APCO Worldwide adalah badan perunding yang ditubuh oleh sebuah syarikat guaman Amerika bernama Arnold-Procter Company (membawa kepada singkatan APCO) untuk membantu klien dan anakguam mereka dalam soal perundingan dan konsultansi.

Dan sebuah lagi badan bernama APCO, iaitu akronim kepada American Protocol Communication Outfit (APCO), badan yang menyediakan perkhidmatan rundingcara dan pembekalan bahan-bahan hubungan radio dua-hala (walkie talkie contohnya). Inilah antara badan yang memberi khidmat nasihat kepada pihak PDRM dalam hal hubungan radio dua-hala. saperti walkie-talkie Langsung tidak ada kena mengena dengan APCO Worldwide, badan perundingcara diatas.

Tetapi Anwar Ibrahim tidak pedulikan semua itu. Yang penting kepentingan politik sempit dia. Habis diputarbelit dan diputar cerita konon Dato’ Sri Najib, PDRM dan Kerajaan Malaysia diresapi dan dikuasai Yahudi melalui APCO!

Tetapi kepada media yang dikuasai Yahudi saperti Wall Street Journal, Anwar main wayang lain. Disitu, dia tahu pembacanya adalah Yahudi atau pro-Yahudi! Maka keluarlah kenyataan menyokong Israel pulak. Sampai sanggup menyokong usaha melindungi keselamatan rejim Israel!

Teman berharap rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya dapat melihat dengan jelas bukti manusia yang bermain saniwara politik dualam ini. Semuanya hanya untuk kepenting politik dia. Kerana kita tahu Anwar memerlukan sokongan Yahudi dalam memenuhi nafsu dia mahu bertakhta di Putrajaya!

HUBUNGAN ANWAR-YAHUDI

Hubungan Anwar dengan Yahudi ini sudah diketahui umum. Teman sendiri semasa masih bersama Anwar berasa sangat pelik apabila kami pergi Munich (konon untuk rawatan sakit belakang dia) pada tahun 2004. Tiba-tiba Setiausaha Pertahanan (Menteri Pertahanan) Amerika Paul Wolfowitz datang menziarahi dia. Begitu jauh dia terbang dari Amerika hanya untuk menziarahi Anwar!

Sedangkan Paul Wolfowitz adalah Zionis Yahudi yang menjadi akitek kepada pencerobohan dan serangan terhadap negara umat Islam Iraq dan Afghanistan! Ratusan ribu rakyat Iraq & Afghanistan mati dibunuh ditangan tentera Amerika la’natullah ini.

Tiba-tiba Wolfowitz terpacul di Arabella Hotel, Munich untuk bertemu menziarahi Anwar. Kebetulan teman ada pada masa itu. Teman dapat lihat kemesraan dua manusia ini, hubungan yang bukan sekadar diplomatik, tetapi lebih daripada itu. Apa yang berlaku dalam bilik pada masa itu, insyallah nanti bila tiba masanya, dan jika ada keperluan, akan teman dedahkan! Tetapi cukup sekadar peringkat ini rakyat ketahui Anwar memang punya hubungan yang sangat akrab dengan dalang zionis Yahudi Paul Wolfowtiz ini; yang ditangannya bergelumang dengan darah umat Islam!

Cuma mike jangan lupa Wolfowitz lah yang melantik Anwar sebagai Pengerusi badan International Foundation For the Future (IFFF), dan dia juga terlibat dalam perlantikan Anwar sebagai pensyarah di John Hopkins University.

Apabila timbul skandal Wolfowitz dengan teman wanitanya Shaha Ali Riza yang merupakan eksekutif kanan di Bank Dunia, Wolfowitz meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia. Dan teman wanitanya Shaha Ali Riza dipindahkan ke badan IFFF dimana Anwar adalah Pengerusi yang dilantik Wolfowitz! Anwar yang menulis surat kepada Robin Cleveland, penasihat undang-undang Wolfowitz tahun 2006 untuk meminta Shaha dipindahkan ke IFFF. Mike tak nampak lagi jaringan-skandal Anwar dengan Wolfowitz zionis Yahudi la’natullah ni yop?

Jangan lupa hubungan Anwar dengan Martin Indyk, seorang Yahudi yang juga bekas Duta Amerika ke Israel. Juga hubungan Anwar dengan seorang lagi Yahudi bernama James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia. Dan rakyat Malaysia pasti tak lupa hubungan akrab Anwar & Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika yang begitu biaDAP menghina Kerajaan Malaysia semasa datang sebagai tetamu Kerajaan dalam sidang APEC 1998 di Kuala Lumpur.

Begitu juga hubungan akrab Anwar dengan seorang lagi yahudi bernama William Cohen, bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan Amerika semasa zaman Presiden Bill Clinton. Dan jangan lupa juga Michael Danby, seorang keturunan Yahudi yang menjadi Ahli Parlimen di Australia, menjadi penyokong kuat kumpulan seks bebas Gay & Lesbian di Australia, dan mengetuai kumpulan beberapa Ahli Parlimen Australia yang mendesak Kerajaan menggugurkan tuduhan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful.

Buat masa ini teman tidak bercadang nak dedahkan butiran hubungan ini. Termasuk juga hubungan Anwar dengan IIIT, dengan Open Society milik George Soros, dengan badan kebajikan Konrad Adenaeur. Ini semua akan didedahkan bila tiba masa dan keperluannya nanti.

Cuma yang penting diperingkat ini ianya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim punya hubungan yang tersangat akrab dengan tokoh-tokoh zionis Yahudi dunia, yang antara mereka bergelumang ditubuh badan dan tangan mereka darah umat Islam yang dibunuh kejam tanpa belas kasihan!

Sebab itu teman tidak terkejut bila Anwar terpaksa “berlari” ke New York “melutut” minta maaf kepada Yahudi apabila timbul isu dia mengkritik Yahudi di Malaysia! Sebab saperti yang teman sebut, inilah sikap hipokrit manusia bernama Anwar Ibrahim, pakar sandiwara politik dualam; sana cakap lain, sini cakap lain.

Teman berharap rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu umat Islam dapat melihat sandiwara Anwar ini. Di Kelantan kata “ambo sokong hudud, tapi itu pendapat peribadi ambo”; tapi bila balik ke KL, depan NGO Cina dan bukan Islam, dengan tegas Anwar kata “menjadi dasar Pakatan Rakyat tidak menerima Negara Islam dan menolak perlaksanaan hudud” jika memerintah (na’uzubillah).

Dan kesian kepada orang PAS yang masih terpekik terlolong konon nak hudud, dia tak tahu yang pemimpin dia dah sign perjanjian dengan pakatan BiaDAP-PKR-PAS tidak akan menegakkan Negara Islam dan tidak akan melaksanakan hudud! Memang kena kencing hidup-hidup dengan parasit Anwarinas orang-orang PAS ni! Kasihan yop!

PENDIRIAN PAS?

PAS sebenarnya agak konsisten didalam isu Israel ini. Teman teringat pertengahan tahun 1990an bagaimana PAS “mengamuk” sakan apabila Kerajaan Tun Mahathir menjemput pasukan kriket remaja Israel ke Malaysia. Walaupun Tun M berkali menegaskan ianya bertujuan memberi pendedahan kepada remaja Israel bagaimana Malaysia sebagai negara pelbagai agama boleh hidup secara aman dan harmoni supaya mereka boleh membawa idea itu balik ke Israel, namun “amukan” PAS tidak mengenal batas.

Satu demonstrasi diadakan di hadapan Masjid ArRahman, Universiti Malaya. Ramai yang kena tangkap pada masa itu. Teman antara peguam yang membela aktivitis PAS pada masa itu yang dibicarakan di Mahkamah Majistret KL. Antaranya termasuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayob dan lain-lain.

Apabila disabitkan dengan kesalahan dan diberi peluang membayar denda sebagai hukuman, ada segelintir antara mereka enggan membayar denda dan sanggup ke penjara selama sebulan. Konon pada masa itu atas prinsip tidak mengiktiraf Israel! Kira teman pun turut sama menyumbang dengan tidak mengambil satu sen pun bayaran guaman untuk membela mereka ini walaupun teman dengar ada tabung dibuat untuk sumbangan kos guaman bagi kes itu!

Malahan nama “ISRAEL” ni cukup memberi fobia kepada PAS! Hinggakan bila ada penceramah tersalah sebut “malaikat Israel” (yang sepatutnya malaikat Izrael), habis kena maki hamun penceramah tersebut! Kata orang, kena lari tak cukup tanah lah yop, semata-mata tersalah sebut “malaikat Israel”! Begitulah fobianya PAS dengan perkataan “ISRAEL”.

Jadi persoalan besarnya ialah apa respon dan pendirian PAS dalam isu kenyataan Anwar “menyokong usaha melindungi keselamatan Israel”? Ini soal penting. Ini bukan soal kriket. Ini soal nak mengiktiraf rejim zionis Israel! Ini soal nak mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel! Ini persoalan kemungkinan Malaysia akan menghantar tentera Malaysia termasuk yang beragama Islam untuk melindungi rejim zionis Israel!

Ini soal maruah negara; maruah yang begitu konsisten dipertahan dan dipelihara oleh Kerajaan Malaysia sejak merdeka. Prinsip yang dihormati kawan dan digeruni lawan! Prinsip yang menyebabkan rakyat Falastin menangis terharu kerana Malaysia adalah satu-satunya negara didunia yang jelas mempertahan dan membela rakyat Falastin dan berani bertegas tidak mengiktiraf rejim zionis Israel! Teman melihat sendiri semasa bersama dengan rakyat Falastin bulan Ramadhan 1431/ 2009 di Ghozzah! Mereka bangga bersaudara dengan Malaysia!

Tetapi sehingga kini pimpinan dan ulama’ PAS menjadi saperti syaitan bisu! Kalau ada pun, yang memberi respon ialah Ketua Pemuda PAS sendiri Ustadz Nasharudin Hassan Tantawi. Beliau menegaskan bahawa mereka yang mahu melindungi rejim zionis Israel ini melakukan pengkhianatan terhadap umat Islam. Tetapi beliau pun tak berani nak sebut nama “Anwar Ibrahim”, sekadar menyebut “orang itu”!

Kasihan teman melihat parti PAS ni yop! Sejak diresapi dan dikuasai para parasit Anwarinas, PAS menjadi lebih sekular dari segala sekularis! PAS menjadi lebih liberal dariapada para liberalis! PAS menjadi lebih terbuka dari segala mereka yang membuka! Bak kata Datuk Dr. Hasan Ali, mantan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, akronim P.A.S. hari ini sudah bertukar maksud menjadi “Parasit Aqidah SeMalaysia”!

Kebetulan pulak slogan dan simbol “PAS 4 ALL” sama dengan “ISRAEL 4 ALL”! Harap ianya hanya satu kebetulan sahaja yop!

PENDIRIAN PAS

Pada teman, Datuk Hadi Awang, Datuk Nik Aziz, dan lain-lain ulama’ kepimpinan PAS perlu membuat pendirian yang jelas.. Adakah PAS berkongsi rasa dan pandangan dengan Anwar Ibrahim yang mereka nak tabalkan sebagai kalipah mereka?

Ini penting kerana rakyat tidak diberitahu apa pendirian mereka jika menjadi kerajaan (na’uzubillah)! Didalam manifesto tidak ada, dalam kitab jinggay tidak ada, didalam kitab oren tidak ada! Jangan nanti rakyat diperdaya, merasa tertipu dan ditipu saperti yang penduduk Kg. Buah Pala sudah rasakan sekarang!

Persoalan yang rakyat Malaysia dan umat Islam nak tahu ialah, adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan mengiktiraf rejim zionis Israel? Adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel? Adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan menghantar tentera Malaysia untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel?

Rakyat sebagai Hakim Negara berhak tahu semua ini sebelum PRU 13! Rakyat yang akan menentukan hukuman di Mahkamah Rakyat pada PRU 13 berhak tahu apa pendirian dan dasar pakatan BiaDAP-PKR-PAS mengenai rejim zionis Israel.

Pendirian Kerajaan Malaysia jelas, kita tidak mengiktiraf rejim zionis Israel, kita tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel, kita melarang rakyat Malaysia daripada pergi negara rejim zionis Israel!

Rakyat Malaysia dan umat Islam tidak perlu gusar dengan pendirian Kerajaan Persekutuan! Kita konsisten dengan pendirian ini sejak merdeka! Dan kita bukan sahaja berkata sedemikian di Malaysia, dikalangan negara umat Islam, dihadapan rakyat Falastin; malah kita tegaskan sedemikian dihadapan dunia, di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu, dihadapan rejim boneka Yahudi Amerika Syarikat, termasuk dihadapan zionis Israel sendiri. Kita tidak malu berkata sedemikian, kita tidak segan berpendirian sedemikian. Malah pendirian kita diketahui seluruh dunia. Pendirian yang dihormati kawan, tetapi digeruni lawan!

Dan rakyat Falastin juga berhak tahu apa pendirian pakatan BiaDAP-PKR-PAS terhadap rejim zionis Israel! Selama ini rakyat Falastin, yang begitu lama tertindas, dizalimi dan dianiaya oleh rejim zionis Israel dan bonekanya Amerika boleh bergantung harap kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membela mereka!

Apakah nasib mereka terbela jika pakatan BiaDAP-PKR-PAS menjadi Kerajaan (na’uzubillah)? Atau apakah nasib masadepan rakyat Falastin turut akan dijual gadai, sebagaimana kalimah ALLAH digadai, Negara Islam digadai, anak bini digadai, umat Islam dimusuhi, kafir harbi dikasihi! Na’uzubillah min zalik!

Jika itu pendirian mereka, bersekongkol dengan Anwar mahu menyokong usaha mempertahankan keselamatan rejim Israel, maka sudah pasti SLOGAN BERIKUT BOLEH DIGUNAKAN:

“UNDI DAP UNDI ISRAEL,

UNDI PKR UNDI ISRAEL,

UNDI PAS UNDI ISRAEL”!

RUMUSAN

Pada teman, kenyataan Anwar Ibrahim yang dipetik dan dilapurkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal sebagai berkata “dia menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan Israel” tetapi di Malaysia “menentang pengaruh Yahudi dalam kerajaan melalui APCO” hanya sekadar membuktikan sandiwara politik dualam yang sudah menjadi darah daging yang sudah meresap sebati dalam tubuh badan Anwar Ibrahim!

Anwar Ibrahim, apabila tersepit dan nak menyelamatkan diri, mendakwa konon kenyataan dia disalah lapur! Kalau salah lapur, persilakan saman Wall Street Journal! Takkan takat berani menyaman Utusan Malaysia sahaja! Kalau berani, kalau ada pendirian, silakan saman Wall Street Journal. Tengok apa jadi nanti. Dan teman nasihatkan media Malaysia, eloklah hubungi editorial Wall Street Journal. Bagitahu mereka Anwar kata dia telah disalah lapur.

Teman yakin kenyataan Anwar dia disalah lapur itu hanyalah untuk telinga rakyat Malaysia sahaja. Sedangkan lapuran WSJ sudah dibaca oleh para pembacanya dikalangan pro-Yahudi, yang sudah tentu seronok membaca ada orang Malaysia bersedia “menyokong usaha menjaga keselamatan negara rejim zionis Israel”.

Padanlah akhbar Jerusalem Post milik rejim zionis Lsrael ghairah membuat lapuran “Anwar bakal PM Malaysia” apabila dia dilepaskan Mahkamah daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful!!! Tentu mereka berasa beruntung kalau ada spesis macam Anwar Ibrahim yang menyokong usaha melindungi keselamatan rejim zionis Israel!

Masih lagi Pekak Bisu & Buta yop? Bacalah Bismillah hirrohma nirrohim, dan telitilah surah Al Baqarah: 6-18, moga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada mike semua yop!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua’lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin, Ahad, 06 Rabi’ul Awal 1433, 29 Jan 2012.

Sunday, January 15, 2012

Ini Budak U kah Uli...


Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi FB nya, di Georgetown Ahad.

Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.-15/1/2011 - Agenda Dail

M2b Said: Kalu di kampung kami uli tu kandang Wogok bagus lah budak ni p d hantar belajar sana...uhhhhh

ANU-WAR SOKONG GAY DAN SEKUTUNYA




Mawar2berduri: Fikir2kan lah..kalau undang2 hanya halalkan lelaki dan wanita kawin...di katakan lapuk maka di Malaysia jika Anu-war berkuasa dia kasi kamu kawin sama apa jantina kamu mahu..kalau kamu? - tak kan lah kamu kan kalau kamu maka tiada lah kiranya kamu mempunyai zuriat kerana anu kamu palsu..maka dgn itu anak2 kamu semua adalah tergolong di kalangan mereka yang mempunyai hubungan sejenis maka tergolong lah kamu di kalangan orang2 yang mau menempah jalan singkat ke NERAKA. Semoga Allah selalu melindungi Malaysia dari terus dicemari pemimpin seperti ini.

Saturday, January 14, 2012

TIDAK ADA KONSPIRASI

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD


" Pembebasan Anwar daripada pertuduhan itu jelas menunjukkan tidak ada konspirasi, dari dulu sehingga sekarang. Hakikatnya, sangkaan buruk selama ini adalah tidak berasas sama sekali, yang mengatakan kerajaan begitu zalim sampai hakim pun kerajaan hendak manipulasi adalah tidak benar dan tidak pernah berlaku. Pada masa saya dulu, parti saya (UMNO) dianggap sebagai haram. Jadi kita kena ingat institusi kehakiman kita memang bebas dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak sama ada lawan ataupun kerajaan."


Mawar: Sapa ckp hakim buli di beli tu pelacur politik...

Wednesday, December 7, 2011

Bantuan Tunai RM500 Bermula Sabtu 10 Disember 2011

SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
______________________________________________________________________
KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II
DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN
BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah
mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off,
sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan
RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan
Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos
sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau
wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau
ketua keluarga. Ini merangkumi individu:

 Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama
ibu bapa;

 Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;

 Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai
tanggungan; dan

 Warga emas sebatang kara 3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai
RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk
tempoh satu bulan.

Borang-borang pendaftaran boleh didapati
secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan
Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil
Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan
hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan
Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta
pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah
yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta
isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara
ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6

Wednesday, November 2, 2011

AMBIGA BAKAL MERASMIKAN BERSIHKAN SEKSUALITI ANDA!!!!


Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijadual diadakan di The Annexe Gallery bermula 9 hingga 13 November ini dijangka dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) , Datuk S. Ambiga ~ Wau? mahluk ni lagi hehehe...program ini lebih baik jika bergelar Program BERSIH kan Seksualiti Anda 2.0 he he he

ketawak ketawak jugak ( ketawak seram lah namanya ini) apa yang pasti dewasa ini kemelut seks abnormal kian mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarahnya tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar bah angkara gejala itu. Kisah /peristiwa Nabi Luth yg diutus untuk kaum Sadoum dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali. Semua kemusnahan dan bencana alam yang ditinggalkan untuk renungan dan ingatan umat selepas itu.

Allah berfirman : Dan Luth ketika berkata kepada kaumnya: m

engapa kalian mengerjakan perbuatan faahisyah (keji) yang belum pernah dilakukan oleh seorangpun sebelum kalian. Sesungguhnya kalian mendatangi laki-laki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kalian ini kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: ‘Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali istrinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.” [QS Al-A'raaf:80-84].

Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Rakyat kita sendiri kembali leka. Di Malaysia termaktub dalam perlembagaan agama Islam ada agama rasmi. sedih apabila rakyat pelbagai kaum sudah tidak mahu menghormati mejoriti rakyat di Malaysia adalah penganut agama Islam. dan dalam Islam Homoseksual dan Lesbian adalah HARAM.

Kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan Program Seksualiti Merdeka 2011. Penganjur kononnya menyatakan mereka percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan homoseksual. di sini barulah bagus Ambiga kasi 'Bersih Without Fear'...sot

Temanya ‘Queer Without Fear’ dengan mengunakan kebijaksanaan aku ini yang tinggal sedikit gara2 memikirkan program ini temanya ini baguslah diertikan sebagai “Merosakkan Tanpa Ketakutan”...sbb perbuatan mereka ini bukan pelik tapi merosakkan Fitrah manusia.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Penganjur menyatakan mereka percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan homoseksual. dgn ganas aku mau tambahlah walaupun aku bukan penganjur mereka juga tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri dan paling menyedihkan lagi makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.

Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat kita pada 10, 25 tahun dan 50 tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat generasi anak dan cucu kita?

Pertanyaan ini dilontarkan kerana sesungguhnya terlalu banyak persoalan yang berlegar berhubung isu ancaman homoseksual dan Lesbian kepada umat manusia termasuk di negara ini.

Di Malaysia, ramai anak muda sudah terjebak dengan gejala itu. Kelab-kelab, spa dan rumah urut gay beroperasi secara tertutup apakah selepas ini kelab2 itu akan beroperasi dengan megahnya dalam apa yang dianggap sebagai gerakan gay underground akan tidak underground lagi???? Terbaru terdapat pengumuman yang dengan mengaku ” saya gay, saya ok” dari seorang melayu Islam di Malaysia. Tidakkah ini membimbangkan?


Kita sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila mendengar 1001 cerita tentang gejala tersebut di tanah air ini. Kalau dibongkar habis-habisan, pasti ia lebih menggerunkan. Mungkin sama dahsyat dengan keadaan di Uganda. Cabarannya, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut.

Usaha untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini boleh dikatakan sangat melampau...apa tah lagi program ini berlangsung di kala Umat Islam sedang menunaikan Rukun Islam Ke-5. Di mana PAS saat ini apakah hanya dengan kata2 dan penulisan kenapa di saat Kempen BERSIH, PAS lah paling lantang kenapa di saat ini PAS tidak mengadakan juga KEMPEN BERSIH kan Homoseksual...BERSIHkan Ambiga.

Kepingan2 gambar di bawah di ambil daripada beberapa blog yang sempat saya layari. Jadi pedoman kita bersama..apa perasaan anda jika ahli keluarga anda berada di dalamnya, apa akan jadi kepada nasib anak bangsa kita kalau perbuatan sebegini sudah diiktiraf sah dan tidak salah dari segi moralnya???? renung2kanlah


QADDAFI BERSUMPAH BAPA & KELUARGANYA TIDAK AKAN MEMILIKI RUMAH

HAYATI LAH PENULISAN DI BAWAH INI KERANA SELEPAS INI PASTI TIDAK AKAN ADA LAGI SENYUMAN DI BIBIR KITA TAK KALA MELIHAT PEMIMPIN YANG MEMBERI KEAMANAN KEPADA NEGARA KITA DIKATAKAN TIDAK BERSIH OLEH BIBIR2 HINA YANG MENDUKUNG KEPIMPINAN DAN KEZALIMAN BOS NATO C USA...

Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.

Sukar untuk menelah apa sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi semakin kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia terselamat dari bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun lingkaran gempa bumi. Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih bersifat kemusnahan "kemanusiaan". Bencana yang akan mengalirkan air mata berbaur darah. Sukar dimengerti sehinggalah ia benar-benar terjadi kelak. Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang paling lembut bertoleransi ini bakal diregut dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa ini juga.

Kita toleh ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya. Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim (adakah benar?). Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.

LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antarabangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saudi Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikmati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion" perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.


(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)


Siapa Gaddafi sebenarnya?
Keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mewujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukupi untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.

Catatan tambahan:
Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي‎ Muʿammar al-Qaḏḏāfī audio(bantuan maklumat) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati. Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan; pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.


Kehidupan awal

Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun,Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber] , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.

Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.

Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.

Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan diTurki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.

Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dan sosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.

Gaddafi juga memperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudi di kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.

Tidak mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq. Itulah kebebasan dan keindahan demokrasi yang diidam oleh rakyat Libya. Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, "Lebai Malang".

Demokrasi adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini. Mampukah kita lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya mampu berusaha agar syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman yang ada. Itu pun jika kita rasakan berada dikelompok manusia beriman. Untuk itu patuhilah saranan Rasulullah SAW mendindingi diri dari fitnah Dajjal. Dinasihatkan agar menghafal dan sering amalkan 10 ayat surah al Kahfi tanpa jemu. Kita akan diperlihatkan KafFaRa di "dahi" Dajjal ini. InsyaAllah.

Kita bernasib baik kerana kita diantara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang terawal seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah merencanakan begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa para Aulia diperkenankan Allah SWT. Bersyukurlah. Segala kemelut politik dan sosial yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan sebaliknya.

Memandangkan kita sekian lama merangkul demokrasi sekular, halacara menjatuhkan pemerintahan sedia ada menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi mereka yang berjiwa kental dan liat, mereka masih berpeluang mengucar kacirkan negara ini. Walaupun starategi terpaksa diubah dan disesuaikan dengan keadaan, perancangan untuk menjatuhkan pemerintah Islam tetap akan dilaksana terutama yang melaksana sistem yang berbeza dengan apa yang mereka sarankan.


Malaysia juga diantara negara yang cuba popularkan "Dinar Emas" satu masa dahulu tetapi menenggelamkan hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana yang bakal dihadapi. Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba bangunkan projek "Dinar Emas" ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya telah dihanguskan dan projek tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil pula Iraq dan Libya mempunyai rezab bijih emas di bawah perutbumi padang pasir yang luas itu. Sebab itu mereka berani menyuarakannya.


Apa yang berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya sebagai jualan "koleksi" bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak menggugat sistem kewangan antarabangsa. Zionis tetap mencurgainya dan bimbang Malaysia mengambil langkah drastik mengisytiharkan untuk menggantikan wang kertas satu masa nanti. Mereka tahu Malaysia antara negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal sistem kewangannya dan berupaya mengenepikan pandangan pakar IMF.

Rekod mengenai hasrat kerajaan Malaysia mahu menggunakan "Dinar Emas" sebagai forex atau tukaran perdagangan antarabangsa disatu masa dahulu masih tersimpan kemas dalam diari Illuminati dan zion, mereka masih tidak percaya Malaysia telah melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri bagi Illuminati yang sekian lama telah menipu dunia melalui terbitan "wang kertas" yang bersandarkan hutang (debt/riba) itu. Syarikat yang mencetak wang kertas ini juga milik mereka dan proksi mereka.

Untuk menghilangkan terus kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti dengan proksi mereka. Siapakah proksi mereka? Akan didedahkah sedikit waktu lagi bila masa mengizinkan. Mungkin bukan dalam blog ini kerana komputer peribadi saya sudah diintip dan perhubungan internet pula sering terganggu.

Jika rakyat negara ini masih siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat menyesatkan dan mustahil umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri. Setelah tumbangnya Syria (pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan baru jika Indonesia dapat ditawan secara aman. Dalam pada itu jika pembaca meyakini kemungkinan ini bukan sekadar hipotesis, adalah dinasihatkan supaya segera mengumpul "dinar/dirham (emas dan perak) Malaysia" sekadar yang terdaya. Kerajaan negeri Kelantan juga telah mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan Kelantan juga telah mengetahui kemungkinan apa yang bakal terjadi atau mungkin hanya bertujuan menghidupkan kembali tradisi Kelantan sebelum dijajah British.




Kemerosotan nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara Eropah gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula semakin lemah kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit Malaysia juga tidak akan dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur sama. Buat waktu ini, USA masih berupaya melindungi kejatuhan nilai dollarnya, tidaklah diketahui berapa lama lagi ia dapat bertahan. Mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun sahaja lagi. Keadaannya dilapurkan sangat tenat.

Emas akan menpunyai nilai yang berkali-kali ganda dari nilainya sekarang bilamana nilar ringgit merosot kelak kerana ringgit juga masih berdiri atas nisbah tukaran antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas dunia bersandar kepada bon dan "debt" atau nama asalnya ialah RIBA. Inilah perusahaan Illuminati (anggota Dajjal) selama ini. Mereka mengumpul emas sebaliknya memaksa dunia menggunakan wang RIBA.

Tanah Melayu pernah digelar Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi ekonomi penduduk purba Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British dan sejarah orang Melayu hanya bermula dari kewujudan Kesultanan Melaka..

Walaupun beratus tahun menjajah Tanah Melayu, namun atas kehendak Allah mereka masih gagal menemui simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang. Pelbagai ekpedisi dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran Titiwangsa. Di mana tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan alasan sebagai kawasan rehat. Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas di perut bumi Tanah Melayu ini. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah bijeh timah.

Tumpuan mereka hanya untuk menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan negeri Fathani kepada penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada sebabnya. Dapatkah dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui simpanan emas yang banyak di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari apa yang wujud sekarang.

Simpanan rezab emas "mentah" Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan talibarutnya telah lama mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi yang mereka miliki, dalam diam mereka telah mengkaji, mengesan dan memantau secara rahsia kedudukan dan nilai rezab tersebut.

Kerajaan sekarang juga sudah lama mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu pernah membayangkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran perdagangan menggantikan USD). Menjadi tanggung jawab kerajaan untuk merahsiakannya dari pengetahuan umum demi keselamatan negara atas nasihat pakar strategik.


Sebab itu mereka (zion) akan cuba sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang dari terus memerintah. Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik sepertimana yang semua orang diharapkan, namun sehingga kini mereka masih berupaya melepaskan diri dari perangkap Yahudi (zion/illuminati).

Allah masih belum izinkan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada . Andai sebaliknya berlaku, proksi mereka akan mengambil alih pemerintahan dan dengan mudah semua rezab ini diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa untuk mereka semakin suntuk. Usaha mereka selama ini masih belum menampakkan hasil. Kini dengan bantuan Jesuit (cawangan gerakan sulit zionis), mereka berharap keadaan akan berubah dan memihak kepada mereka. Sebagai makluman, Jesuit telah hampir berjaya menawan Indonesia melalui gerakan para proksinya. Gerakan Islam di sana semakin lemah dicemari LIBRALISMA kecuali Acheh.

Walau bagaimanapun, hanya Allah yang tahu untuk siapa rezab ini disimpan begitu lama.Perancangan Allah melangkaui tipudaya makhluk. Hakikatnya segala rahsia adalah "hak Mutlak" Allah Subhana Wa Taala. Wallahu A'lam.