BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Saturday, October 22, 2011

PENGAJARAN DARI SETIAP DETIK HIDUP NATRAH


Sebelum kita meneruskan PEMBONGKARAN PEMBOHONGAN PAKATAN HARAM hari ini aku begitu teruja untuk menulis mengenai tragedi yang menimpa seorang wanita yang kehilangan segala-segalanya akibat ketamakan, kesombongan, ego, ketidakadilan dan manipulasi keputusan mahkamah sekular. Semoga kehidupan Natrah menjadi tragedi terakhir yang menyebabkan rusuhan kerana sentimen agama dan warna kulit.

Hati terpanggil untuk menulis kisah hidup wanita ini lantaran menjadi pemerhati blog2 dilaman sosial. hari ini berlangsung satu HIMPUNAN SEJUTA UMMAT SELAMATKAN AQIDAH. tanpa mengira fahaman politik ironinya Parti Islam Semalaysia (PAS) menyatakan pendirian tidak menyertai perhimpunan ini atas alasan ia tidak melibatkan parti politik ia dinyatakan oleh Presidenya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun sebelum keputusan itu di buat Pemuda PAS dan Pemuda UMNO telah menyatakan pendirian untuk menyokong dan menyertai perhimpunan ini..( pening sendiri aku baca pendirian dan keputusan PAS ni heheheh) apa pun umum sudah sedia maklum PAS bukan lagi memperjuangkan agama PAS sudah hilang arahnya kerana PAS kini dgn slogannya Negeri Kebajikan mungkin juga ingin mengantikan fungsi Jabatan Kebajikan kekeke...


Lupakan kisah Parti PAS ni sakit hati jak kalu cerita panjang..kalau saya ahli PAS sudah lama sya tukar parti. :P

Menyingkap semula kisah hidup Natrah nama sebenarnya Nadra Maarof atau nama belanda Berth Hertogh.

Dilaporkan meninggal dunia pada usia 73 tahun akibat leukimia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, 9 Julai 2009.

Natrah mengalami penderitaan demi penderitaan, hingga menyebabkan dia pernah dituduh cuba membunuh Suaminya. Perjalanan hidupnya yang sangat menyayat hati dan kedukaan serta penderitaan yang dialaminya selepas meninggalkan Tanah Melayu, sangat menyedihkan. Semoga setiap detik perjalanan hidupnya dapat menjadi pengajaran buat kita bersama.


MARI SAMA-SAMA KITA BACA RENTETAN PERJALANAN KEHIDUPAN NATRAH


Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertog



  • 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terenggan melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

  • 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik keBandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.


  • 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

  • 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
  • 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

  • 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

  • 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.

  • Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

  • 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.

  • 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

  • 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.

  • Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

  • Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

  • 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

  • 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
  • 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

  • Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadiKristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
  • 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

  • 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.


  • 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.


  • 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.

  • 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.

  • 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

  • 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

  • 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.




  • 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
  • 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.

  • Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.

  • Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

  • 9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.




Friday, October 21, 2011

SESI MEMBONGKAR PEMBOHONGAN PAKATAN

Selamat bertemu kembali, dengan penuh senyuman di blog mawar yang dibenci oleh penyokong Anu-war dan sekutunya tapi di sayang oleh manusia yang cintakan negara (hem hem) => baru2 ini aku berbicara dengan seorang sahabat yang bolehlah dikatakan ada pendidikan tapi heran2 dan kehairanan aku di buatnya? (dengan nada hairan) dia berbicara soal buku jingga...!!! mcm nak muntah pun ada nasib baik lah aku ndak muntah kan?

Di pendekkan sarita lah, mungkin ada yang belum pernah tenguk pun buku tu, sapa belum pernah tenguk ndak payahlah tenguk..sbb kalau baca memang indah ayatnya kalau d fikir mcm taik jak isinya warna pun oren yellow mcm taik..(esh ayat ku ni mcm kutur bah kan) tapi ini soal kereasonalan lah..semua yang dperkatakan pembangkang adalah sesi pembohongan untuk rakyat...

Sapa yang terpedaya bagus p skula tadika lah balik dan minggu ini adalah sesi untuk aku meluahkan dan membongkar pembohongan pakatan haram jadah di negeri yang mereka telah tahluki dengan janji kosong tertunai tapi bakal di gadai...

PKR Di Selangor Saja Contohnya berjanji untuk mengurangkan Cukai Pintu Rumah kediaman sebanyak 20% sayang seribu kali sayang..dan malanglah bagi mereka yang mahu berfikir setelah mereka berkuasa MENTERI BESAR SELANGOR en. Gagap the Movie mengumumkan bahawa dengan sesungguhnya Selangor tidak mengizinkan janji tersebut ditunaikan. Tatkala PBT di Cheras, Serdang dan ULU Yam telah menaikkan cukai pintu kepada rakyat Selangor...wa wa wa inilah hasil punasihat nombul satu PKr..

Pembongkaran akan bersambung esok mahupun lusa...kepada insan yang sakit hati dgn blog ini ko buatlah blog sendiri...itupun kalau ko ada auta mau sokong itu PKR n sekutunya..c u soon

Wednesday, October 12, 2011

FAHAMI BELANJAWAN UNTUK RAKYAT

Ucapan Belanjawan 20122011/10/07“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”


Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk


“Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.


MUQADDIMAHSaya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim.Tuan Yang di-Pertua,Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam Al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti.Seperti firman-Nya dalam surah Quraish ayat 3 dan 4:“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini yakni Ka’abah, yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.”


1. Alhamdulillah, dipanjatkan sejuta pujian ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada rakyat dan negara Malaysia. Sebagai warganegara yang menganut pelbagai kepercayaan, kita mempunyai sebab yang bukan sedikit untuk melahirkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa.2. Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya.


Dalam tempoh yang singkat, kita telah merubah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi. Sesungguhnya, kejayaan ini tidak datang bergolek dan tidak terhidang di atas dulang emas.


Ia hasil ikatan antara Kerajaan dan rakyat yang telah bersama memecahkan ruyung-ruyung ketidakyakinan dan dogma dengan bertunjangkan perancangan sistematik dan pelaksanaan berkesan. Inilah limpahan rahmat kepada negara yang mempunyai kerajaan bertanggungjawab semenjak merdeka. Kerajaan yang bukan menjanjikan bulan, bintang ataupun cakerawala singgah ke riba tetapi ini adalah sebuah kerajaan yang saban hari memikir, mena’kul, merancang dan melaksanakan dasar serta prakarsa demi kerukunan rakyat dan kesejahteraan negara.sELANJUTnya

http://http//www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanBelanjawan2012/Article/index_html

Saturday, September 10, 2011

Cukai 6 % Talian Tel Pra Bayar Di Tangguh - Rais Yatim

Tangguhkan hasrat kenakan cukai 6% - Rais

10/09/2011 11:49am - Utusan Online

KUALA LUMPUR 10 Sept — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim meminta syarikat telekomunikasi (telco) menangguhkan hasrat mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon pra-bayar.

Beliau berkata, perkara ini akan dibawa kepada perbincangan jemaah menteri pada minggu hadapan sebelum diputuskan sama ada cadangan itu akan diteruskan atau tidak.

"Masa dan ketika tidak kena sebab tiba-tiba diputuskan begitu,” katanya kepada pemberita selepas rancangan Bicara Rakyat di Angkasapuri di sini, malam semalam.

Beliau berkata, syarikat telco perlu mengambil kira hak pengguna memandangkan ada syarikat terbabit meraih keuntungan besar sekitar RM800 juta hingga RM1.2 billion setahun. — Bernama

Tuesday, August 30, 2011

Esok Ulangtahun Kemerdekaan Mat Sabu Mabuk Lagi Kah?

Hari ini hari raya..esok pula kita sambut merdeka! syok2 tenguk tv dari kelmarin aku gerigitan mo menulis pasal isu mat sabu ~ aku gelar org ni mat gian siabu...apa tidak nya buli2 dia ckp dgn pemberita dia tidak ingat apa dia cakap pasal bedio utube dia bekunyayang pasal 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950 ~ Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ~ ialah pegawai British . Mat Sabu mat Sabu? mat sabu ni nama jak Timbalan Presiden PAS tapi mcm Presiden Ampas-ampas Saja ada...heheheh gila buta..buta mata ok lagi ni dah mcm buta hati sudah kekekek...

Mat Sabu dah mabuk kah masa ckp? org mabuk jak ndak ingat apa dia ckp..ndak pun mat sabu ada masalah nyanyuk di usia silver kekekeke...ndak pun mat sabu ni? Cinta Komunis..bah bagus lah mat sabu ini d buang negara ~ sanang gia

Tuesday, August 23, 2011

Lu Takut Maknanya Lu Salah...

3 Pilihan Yang Diberi Kepada Anu-war dalam Perbicaraan kes liwat peringkat bela diri di Mahkamah Tinggi

1) Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi(ada kredibiliti, disoal balas DPP)

2) Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah( tak ada kredibiliti, keterangan tak ada pemberat, tak disoal balas DPP )

3) Berdiam diri ( terus jatuh hukuman )

Tidak mungkin dia memilih tuk berdiam diri..sebb tidak lah kelihatan dia sebagai pelakun paling panas di pasaran jika ia bebuat demikian.
Maka seperti yang dijangkakan Anu-war telah memilih Pilihan ke 2...ish ish bukankan itu pilhan yang tidak ada kredibiliti kenapakah c liau memilih jalan itu? Apakah kerana c liau merasa sangat seram untuk bersumpah kerana sangat takut di makan sumpah??? atau gusar menjadi sesumpah hehehhe...

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan bersama...ini namanya takut kerana salah kui kui

Thursday, July 7, 2011

Stadium Shah Alam Ko Ndak Mauk Bah D Mangkuk Tandas lah...

Apa Kah agenda sebenar Ambadigol setelah di kasi free2 guna stadium Shah Alam tapi ndak mau? Stadium Merdeka, jadi idaman nya mcm gila glemour betui lah mahluk asing ni...Selangor di bawah pemerintah paling bekeramat Khalid Gagap tidak Demokrasi kah wahai tuyul jadian???

Memang dasar 2A ni mau memusnahkan keamanan negara...susah2 ambigak n d geng buat jak d mangkuk tandas...dah pakai baju kuning sama jak baju tu ngan najis yang digelar taik...cesssss (keemosian datang tanpa diduga) akhir kata jangan lah kita jadi mcm sitan. menjadi penjajah dinegara sendiri..kan kah bagus penjajah itu d buang negara saja..i loike.


Tuesday, July 5, 2011

BAHAN LETUPAN DITEMUI BERSAMA T-SHIRT beshit





Polis kesan pihak cuba cetus huru-hara ketika perhimpunan haram 9 Julai


KUALA LUMPUR: Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini.

Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.

Hasil siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi mendapati bahan letupan berkenaan diletakkan tiga suspek lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja yang didaftarkan di Negeri Sembilan.

Suspek dilapor dalam keadaan mencurigakan selepas dilihat keluar dari kereta dengan memakai penutup muka dan sarung tangan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, ketika menyembunyikan bahan letupan itu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis tidak menolak kemungkinan bahan letupan itu akan digunakan ketika perhimpunan haram, tetapi siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci.

"Polis kini mengesan suspek berkenaan bagi mengetahui sama ada wujud bahan letupan turut diletakkan di beberapa lokasi lain yang kita percaya akan digunakan pada hari perhimpunan haram itu Sabtu ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau berkata, orang ramai diminta tidak panik menghadapi situasi berkenaan kerana polis sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan beberapa pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, polis berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan.

Difahamkan, ini adalah penemuan pertama polis ke atas bahan letupan berbahaya yang dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram itu.

Sementara itu, sebuah kumpulan anti-BERSIH membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh dan diancam akan diserang dengan kumpulan bersenjata jika kumpulan berkenaan cuba menghalang perhimpunan BERSIH.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata kumpulan anti-BERSIH itu menerima SMS berbunyi 'Lu Melayu Mau Mati ka, masa 13 Mei kami belum sedia, tapi 9 Julai sapa yang mati.. jadi jangan cuba mengganggu Perhimpunan BERSIH, kami yang akan bersenjata tidak akan teragak-agak menyerang anda seperti 13 Mei 1969.'

Sementara itu, Polis Selangor menemui satu beg berisi molotov coktail, dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan petang semalam.

Penemuan itu berdasarkan maklumat beberapa Orang Asli yang terlihat barang berkenaan ketika sedang mencari rotan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut kes itu. -Berita Harian Online


Mawar : ui nah aman nya ada parang dan bahan letupan..sangat aman oh oh oh

Saturday, July 2, 2011

BERSIN : RUSUHAN AWAM TERANCANG



Mawar Nan Berduri : Apa mau kasi lama tangkap saja ini orang ohhh...