BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Wednesday, December 31, 2008

Polis kenal pasti lelaki hina Nabi Muhammad

Pihak polis telah mengenalpasti pihak yang dipercayai terbabit dengan penulisan dan penyiaran gambar yang menghina Nabi Muhammad melalui sebuah laman blog.

Namun, siasatan polis masih diteruskan lagi memandangkan server yang digunakan bagi penyiaran blog berkenaan berada di luar negara.

''Kita juga dapat tahu laman blog itu menggunakan server di luar negara dan ini satu tugas yang sukar tetapi kita akan cuba yang terbaik,'' katanya.

Sehubungan itu menurut beliau, satu pasukan khas di bawah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) bagi mengesan dalang penerbitan laman blog berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan beret Pasukan Gerakan Khas (PGK) kepada 48 anggota 69 Komando dan Unit Tindakan Khas (UTK) di Ipoh.

Ismail menyatakan demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan dakwaan penglibatan seorang wanita Melayu mengenai penulisan dan penyiaran gambar yang menghina Nabi Muhammad.

Wanita berkenaan telah tampil menafikan pembabitannya dan mendakwa nama beliau telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
agendadaily

Tuesday, December 30, 2008

Pembangkang tiada isu di KT

KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Parti pembangkang khususnya Pas tidak mempunyai isu untuk diketengahkan kepada rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, Pas juga tidak mungkin mampu meraih undi lebih besar apatah lagi mencatatkan kemenangan.

''Pengalaman masa lalu jelas membuktikan rakyat Kuala Terengganu tidak mudah termakan pujuk rayu Pas kerana ia biasanya hanya retorik politik,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa bertemu dengan pengundi di Kedai Kopi Ladang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad Farid berkata, BN sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil dan bertekad meraih sokongan lebih besar daripada pengundi kawasan tersebut.
Katanya, jentera perayu undi telah mula berjumpa dengan penyokong-penyokong BN di kawasan tersebut.


Wan Ahmad Farid berkata, berdasarkan pertemuan dengan pengundi, beliau diterima sebagai calon BN walaupun ada spekulasi tidak baik sebelum ini.

Katanya, beliau juga telah berjumpa dengan semua ketua cawangan dan maklum balas yang diberikan amat positif terutama peringkat akar umbi UtusanOnline

Sunday, December 28, 2008

HIJRAH BERSAMA ILMU

UMAT Islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah.

Hijrah adalah peristiwa penting dalam sejarah Islam. Dalam konteks sirah Rasulullah s.a.w, Hijrah membolehkan baginda mengatur strategi lebih berkesan bagi umat Islam menggembleng usaha dan mengukuhkan kekuatan umat Islam.

Menyambut Maal Hijrah, bukan bermaksud sekadar kita berhijrah dari Makkah ke Madinah atau dari satu tempat ke tempat lain tetapi yang penting menjiwai perjuangan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w menjana serta menobatkan Islam di mercu dunia demi kesejahteraan umat.

Hijrah bagi umat Islam bukan sekadar membilang detik masa atau mengadakan pertunjukan hiburan dan bunga api, apatah lagi mabuk sehingga melupakan tata susila sebagai seorang manusia.

Umat Islam perlu berhijrah daripada melakukan perbuatan yang buruk kepada mencapai sesuatu yang lebih baik dan kejayaan.

Paling penting ialah meningkatkan ketakwaan agar terus kekal sebagai Muslim yang mampu berdepan dengan apa jua cabaran yang mengganggu gugat keimanan.

Salam Hijrah Buat Semua Ikhlas Dari Ku Mawarberduri

IMPIAN TERPENUHI :KHAS 4 APAI N GENG BPN

Apai? ni ah gambar Mawar





Gambar2 di Pulau Mabul



IMPIAN TERPENUHI :KHAS 4 APAI N GENG BPN




Gambar kenangan d Kapalai Resort
















Saturday, December 27, 2008

Abdullah: Ambil tindakan terhadap blog hina Rasulullah ~ Malaysiakini

Terkini


ALOR GAJAH 27 Dis. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan menimbulkan masalah besar dalam negara ini.

“Saya sudah beritahu kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya mengambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat Dusun Buah-Buahan Tropika D-Paradise dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas laman blog tersebut yang turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu.

Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat pihak lain.

Abdullah berkata: “Saya baru saja, dalam ucapan Hari Krismas baru-baru ini, mengatakan kita perlulah bersikap toleran, perlu pastikan kehidupan rakyat Malaysia yang berlainan agama dan berlainan keturunan, kita mesti sentiasa waspada, sentiasa mengingati diri kita, jangan menimbulkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keadaan yang tidak kita suka, ini pula hal berkaitan dengan agama”.

- Bernama

Friday, December 26, 2008

BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM ~ Malaysiakini

KENYATAAN MEDIA

BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/ , http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com/ adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..

BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.

BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.

BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..


Yang Benar,
PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com/
Yang Dipertua,
Blogger Pembela Negara ( BPN )

Blog rasmi BPN : http://parlimenbpn.blogspot.com/

Friday, December 19, 2008

PULAU MABUL IMPIAN PERCUTIAN HUJUNG TAHUN II

Jangan tidak percaya d Sabah juga terdapat Pulau indah yang menjadi impian mereka yang gemar diving...uhh? tak payah susah2 p oversea. Sabah juga menjanjikan percutian yang indah dan menawan kalbu.

Gambar atas adalah gambar Pualu Mabul..indah mempersonakan! jangan lepaskan peluang melancong di Sabah hujung tahun ni.

Budaya mengendeng pemimpin perlu dihentikan

DALAM mana-mana pilihan raya kecil, suasana inilah yang kerap atau biasa tertonjol setiap kali pemimpin Barisan Nasional (BN) - merujuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak - turun padang meninjau kempen jentera pilihan raya.

Yakni, budaya menggendeng pemimpin.

Cukup rimas dibuatnya. Kalau setakat menyambut ketibaan kedua-dua pemimpin di lapangan terbang, kemudiannya menyertai taklimat perjalanan dan operasi kempen jentera pilihan raya, tidak mengapalah. Ini sampai berbondong- bondong mengikuti ke mana arah langkah pemimpin itu pergi dari satu bilik gerakan ke satu bilik gerakan, pondok panas ke satu pondok panas dan satu peti undi ke satu peti undi, maka itu tentunya satu kerugian besar kepada parti berkenaan - khususnya dari aspek liputan menyeluruh meraih undi dan tumpuan asakan kempen ke kawasan-kawasan 'hitam' dan 'kelabu.'

''Kalau yang mengikut kedua-dua pemimpin ini dalam satu kumpulan kecil tak mengapalah, ini sehingga satu konvoi berkereta yang panjang, sudah tentu ada yang tidak kena," kata seorang
ketua UMNO bahagian Terengganu yang enggan disiarkan namanya kepada Utusan Malaysia semalam. Berita Lanjut

Mawar Berkata: teringat plak kata2 seorang teman "jangan suka mengendeng2 bah nanti kena indik hehehe" . Betul juga lah ulasan ni kan? kalau dan smua dok ngendeng bila pemimpin turun padang sapa dok nak buat karaja di lapangan yang masih luas terbentang. kesimpulannya hindari diri anda dari ngendeng mengendeng.